in

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013

Setelah ditunda tarikh penganjuran, akhirnya pada hari ini, tanggal 24 Mei 2014, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH) telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 9 malam dengan tema Magis Alam. Anugerah ini menampilkan Fara Fauzana, Amy Mastura dan kumpulan Shiro selaku pengacara. Budiey kira, satu gabungan yang secocok. Amy Mastura sangat spontan. Shiro seperti biasa, cukup lawak.

Menepati tema ABPBH kali ini, Budiey lihat, ramai juga selebriti hadir memeriahkan acara karpet merah dengan penuh pesona dan gaya. Tahniah kepada Raja Ilya yang dinobatkan Anugerah Pakaian Terbaik. Fesyen dan artis mana boleh dipisahkan. Pendek kata segmen permaidani merah ni antara yang Budiey rasa paling penting sebab masa ni lah Budiey nak rakam selebriti kita melaram. Kepada anda, jangan lupa untuk subscribe Youtube Channel Budiey.com ya. Untuk melanggan, sila klik SINI.

Apa yang menariknya, seramai lima orang pengacara ditugaskan untuk mengendalikan tiga segmen dalam acara karpet merah ABPBH kali ini. Segemen itu ialah segmen mengenang MH370, Fashion Police dan juga Karpet Merah.

Walaupun Budiey lihat ABPBH pada tahun ini agak suram, namun tatkala masuk ke lokasi PICC, kehangatannya masih dapat Budiey rasakan. Kesuraman sebelum ini dirasakan mungkin kerana penundaan kesan dari tragedi kehilangan pesawat MH370.

ABPBh kali ini juga tidak terlalu menonjolkan elemen hiburan. Segmen untuk mengenang MH370 selama 15 minit itu adalah sesuatu yang wajar. Segmen karpet merah yang dikendalikan oleh Saiful Nizam Ismail yang meminta selebriti dan artis memberi ucapan dan berkongsi harapan kepada keluarga mangsa.

Apa-apa pun, fokus utama untuk melihat selebriti melaram di karpet merah tidak tersasar. Acara karpet merah dihoskan oleh Awal Ashaari dan Didie Alias dan sebagai kelainannya, seorang pereka fesyen, Jovian Mandagie diundang untuk bersama Scha Alyahya untuk memberi pandangan dan kritikan samada gaya fesyen artis ni oops atau stailista. Kalau kita tengok betul-betul ia tak ubah seperti program Fashion Police.

Namun, acara malam kemuncak malam ini boleh dikatakan agak meriah juga. Acara dimulakan dengan laluan selebriti di karpet merah seawal jam 7.45 malam. Anugerah edisi ke-27 anjuran Berita Harian ini disiarkan secara langsung di TV3, stesen radio Hot FM selain laman web rasmi www.abpbh.com.my dan di Portal Tonton.

ABPBH 2014

Aaron Aziz Rampas Gelaran Tertinggi

Di sini, Budiey nak ucapkan tahniah kepada Aaron Aziz yang berjaya merampas kembali gelaran Bintang Paling Popular dengan meraih 76,742 undi mengetepikan saingan lima finalis lain iaitu Shah Iskandar, Zizan Razak, Adi Putra, Dazrin dan Siti Saleha. Wow, Budiey pun rasa terkejut juga. Kebangkitan semula Aaron Aziz dan mungkin juga peminat Aaronators tidak lagi leka dan sentiasa berwaspada. Kemenangan ini sekaligus memberi keuntungan yang besar kepada Aaron Aziz di mana beliau membawa pulang hadiah berjumlah RM207,100 di mana beliau bakal memandu pulang hadiah utama, kereta Nissan Teana 2.5L berharga RM180,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, selain barang kemas daripada Natika Gold & Diamond berharga RM25,000 dan jam tangan Tendence bernilai RM2,100 berserta trofi.

Kali terakhir Aaron Aziz mengenggam trofi anugerah tertinggi itu pada ABPBH 2011.

Kemenangan Siti Saleha Mengejutkan!

Budiey juga nak ucapkan tahniah kepada Siti Saleha yang berjaya membuatkan Budiey terkejut besar. Inilah pertama kali pelakon Nora Elina itu menjulang trofi Pelakon Filem Wanita Popular dengan mengetepikan saingan paling sengit iaitu Yana Samsudin dan Lisa Surihani. Kemenangan berganda apabila Siti Saleha juga berjaya menyingkirkan pencabar utama, Fasha Sandha dan Neelofa sekaligus menjulang trofi Pelakon TV Wanita Popular.

Kejutan juga dibuat oleh Shah Iskandar apabila mengetepikan saingan terdekat iaitu Adi Putra dan Izzue Islam.

Agak malang bagi Shila Amzah yang tak berjaya mengekalkan kemenangan Penyanyi Wanita Popular tahun lalu sekaligus memberi ruang kepada Stacy untuk merampas gelaran tersebut.

Tahniah! Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada tokoh perfileman, Datuk Rahim Razali yang kini berusia 75 tahun dan kalai kita tengok kembali sejarah beliau dalam industri seni memang banyak di mana selama enam dekat ya beliau berjuang. Datuk Rahim menerima trofi yang disampaikan oleh Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Badrulhisham Othman diiringi Pengerusi Bersama Jawatan Kuasa Pengelola ABPBH 2013, Shamsul Azree Shamshir.

Sebanyak 14 kategori dipertandingkan pada malam ini. Budiey ucapkan tahniah buat semua pemenang ABBH 2013.

Berikut adalah senarai Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013)

[toggle title=”Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Rahim Razali”]Tahniah! Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada tokoh perfileman, Datuk Rahim Razali yang kini berusia 75 tahun dan kalai kita tengok kembali sejarah beliau dalam industri seni memang banyak di mana selama enam dekat ya beliau berjuang. Datuk Rahim menerima trofi yang disampaikan oleh Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Badrulhisham Othman diiringi Pengerusi Bersama Jawatan Kuasa Pengelola ABPBH 2013, Shamsul Azree Shamshir.[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Artis Baru Lelaki Popular: Achey”]

1. Achey

2. Dazrin

3. Mikael Andre

4. Nomad

5. Waris[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Artis Baru Wanita Popular: Zara Zya”]

1. Atikah Suhaime

2. Chacha Maembong

3. Elfaeza Ulhaq

4. Hanis Zalikha

5. Zara Zya[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Pelakon TV Lelaki Popular: Shah Iskandar”]

1. Adi Putra

2. Akim

3. Izzue Islam

4. Johan As’ari

5. Shah Iskandar[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Pelakon TV Wanita Popular: Siti Saleha”]

1. Ana Dahlia

2. Fasha Sandha

3. Neelofa

4. Raja Ilya

5. Siti Saleha[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Pelakon Filem Lelaki Popular: Aaron Aziz”]

1. Aaron Aziz

2. Adi Putra

3. Pekin

4. Shaheizy Sam

5. Zizan Razak[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Pelakon Filem Wanita Popular: Siti Saleha”]

1. Erra Fazira

2. Lisa Surihani

3. Nora Danish

4. Siti Saleha

5. Yana Samsudin

[toggle title=”Pemenang Artis Komedi Lelaki Popular: Jep Sepahtu”]

1. Ebby Yus

2. Jep Sepahtu

3. Johan

4. Rahim Sepahtu

5. Zizan Razak[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Artis Komedi Wanita Popular: Jihan Musa”]

1. Didie Alias

2. Jihan Musa

3. Noorkhiriah

4. Sharifah Shahira

5. Siti Chubby[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Penyanyi Lelaki Popular: Hafiz”]

1. Awi Rafael

2. Black Hanifah

3. Hafiz

4. Hazama

5. Shahir[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Penyanyi Wanita Popular: Stacy”]

1. Alyah

2. Najwa Latif

3. Shila Amzah

4. Stacy

5. Yuna[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Artis Duo/Berkumpulan Popular: Stacy & Akim”]

1. Altimet & Awi Rafael

2. Forteen

3. Hyperact

4. Stacy & Akim

5. Tasha Manshahar & Syed Shamim[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Pengacara TV Lelaki Popular: Datuk AC Mizal”]

1. Datuk AC Mizal

2. Johan

3. Nabil Ahmad

4. Nik Michael Imran

5. Zizan Razak[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Pengacara TV Wanita Popular: Neelofa”]

1. Adibah Noor

2. Erra Fazira

3. Fara Fauzana

4. Hazlin Hussain

5. Neelofa[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Penyampai Radio Lelaki Popular: Johan”]

1. AG

2. Halim Othman

3. Johan

4. Kieran

5. Ray[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana”]

1. Abby Fana

2. Dina

3. DJ Lin

4. Fara Fauzana

5. Norshela Baharudin[/toggle]

5 Finalis Kategori Online ABPBH 2013

[toggle title=”Artis Lelaki Stailo: Awal Ashaari”]

1. Adi Putra

2. Awal Ashaari

3. Karl Shafek

4. Nazim Othman

5. Shaheizy Sam[/toggle]

[toggle title=”Artis Wanita Stailo: Yana Samsudin”]

1. Fazura

2. Mizz Nina

3. Scha Alyahya

4. Yana Samsudin

5. Ziana Zain[/toggle]

[toggle title=”Gandingan Serasi Di Layar: Azlee Khairi & Zara Zya”]

1. Aaron Aziz & Nadiya Nisaa

2. Aeril Zafrel & Wawa Zainal

3. Azlee Khairi & Zara Zya

4. Zizan Razak & Siti Saleha

5. Izzue Islam & Tiz Zaqyah[/toggle]

[toggle title=”Watak Jahat Dalam Filem/Drama Popular: Sofi Jikan”]

1. Datuk Rosyam Nor

2. Hanez Suraya

3. Izreen Azminda

4. Nabila Huda

5. Sofi Jikan[/toggle]

[toggle title=”Artis Berpengaruh di Laman Sosial: Dato’ Siti Nurhaliza”]

1. Dato’ Siti Nurhaliza

2. Nora Danish

3. Shila Amzah

4. Yana Samsudin

5. Zizan Razak[/toggle]

[toggle title=”Chef Selebriti Paling Popular: Chef Wan”]

1. Chef Amran

2. Chef Anis Nabilah

3. Chef Nik Michael Imran

4. Chef Sherson Lian

5. Chef Wan[/toggle]

[toggle title=”Aksi Di Youtube Paling Popular: Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)”]

1. Parodi Sayang (Bobo)

2. Parodi Gwiyomi (Nora Danish)

3. Anak Tomok OIAM merajuk (Tomok)

4. Macam Cantik Je Macam Comel Je Versi Nasyid (Amar)

5. Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)[/toggle]

Anugerah Bintang PALING Popular Berita Harian 2013 : Aaron Aziz

Tahniah buat semua pemenang!

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013

ABPBH 2014

ABPBH 2014

ABPBH 2014

ABPBH 2014

ABPBH 2014

ABPBH 2014

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Ramalan Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013

Aaron Aziz

Aaron Aziz Julang Semula Gelaran Bintang Paling Popular