in ,

Aaron Aziz Bagi Amaran Kepada Pengendali Blog Letak Tajuk Yang Menjurus Kepada Fitnah

Pelakon Datuk Aaron Aziz telah memadam sebuah video amaran yang dimuat naik  mengenai sebuah blog yang didakwa telah membuat headline berunsurkan fitnah di Instagram (IG) miliknya. Meski demikian, sebagai seorang yang profesional dan rasional, setelah blog tersebut akur dengan amarannya, Aaron juga tidak ingin memanjangkan cerita.

Awalnya sebelum itu, Datuk Aaron Aziz tampil memberi amaran keras kepada sebuah blog yang telah mengeluarkan artikel dan tajuk yang boleh membawa fitnah sehingga mengaibkan dirinya. Aaron menerusi entri video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya sebentar tadi menuntut penggendali blog tersebut segera menurunkan artikel berkenaan dalam tempoh tiga jam.

Aaron Aziz

“Nak beritahu blog ini korang nak buat tajuk pasal diri aku dan keluarga aku, jangan buat tajuk fitnah. Sekarang aku bagi korang warning, bring down that bloody video ataupun korang tengok apa yang berlaku. 

“Jangan nak buat kelakar setakat nak suruh orang baca korang punya blog bodoh tu. Saya bagi masa tiga jam, kalau tak turun saya buat report polis, tengoklah apa yang jadi (nanti),”

– Datuk Aaron Aziz
Aaron Aziz

Blog tersebut telah memuat naik artikel bertajuk ‘Aaron Aziz Kantoi Dengan Isteri Berasmara Dengan Perempuan Lain’.

AARON AZIZ

Penulisan artikel itu merujuk kepada sebuah entri yang mana menunjukkan Aaron telah memanggil seorang wanita dengan panggilan ‘sayang’ sebelum diketahui oleh isterinya, Datin Diyana Halik.

Aaron Aziz

Walhal ia hanya merupakan gurauan semata-mata di antara pasangan suami isteri tersebut.

Selepas blogger tersebut akur dan memadamkan entri tersebut, Datuk Aaron Aziz turut memadam video amaran itu kerana tidak ingin memanjangkan cerita.

“Blog tu dah padam posting dia, jadi saya pun buat benda sama. Tak payah minta maaf asalkan dia dah turunkan posting. Saya tak nak jatuhkan maruah dan tutup periuk nasi dia. Asalkan dah padam, kira okay dah,”

– Datuk Aaron Aziz

Semoga isu ini menjadi pengajaran buat anda semua yang menjadi pengamal media.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ini Reaksi Cik B Tengok Lakonan Sendiri Semasa drama Lelaki Lingkungan Cinta di TV

Isu Kontroversi Video Panas, Hun Haqeem Serah Kepada Pengurusan Metrowealth