in , ,

Isu Kontroversi Video Panas, Hun Haqeem Serah Kepada Pengurusan Metrowealth

Namanya baru sahaja meningkat naik menerusi drama bersiri Kampung People, nampaknya timbul cerita tak sedap didengar apabila pelakon Hun Haqeem pula menjadi mangsa terbaru penyebaran video lucah mirip dirinya di media sosial. Adakah betul Haqeem atau mungkin pelanduk dua serupa atau pelakon itu menjadi mangsa teknik ‘deepfake’?

Pelakon kontroversi, Hun Haqeem menyerahkan isu video ‘panas’ yang tersebar sejak minggu lalu kepada syarikat pengurusan, Metrowealth International Group (MIG) untuk diselesaikan.

Enggan memanjangkan cerita sensasi itu, Hun mahu memberi tumpuan kepada kerjaya seni terutama komitmen di lokasi penggambaran sekarang.

“Saya serahkan segala-segalanya kepada pihak pengurusan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyebar video terbabit.

“Saya mahu memberi tumpuan kepada kerjaya seni dan sedang melunaskan baki penggambaran drama Angkara Cinta.

– Hun Haqeem

Saya memohon maaf kepada mana-mana pihak termasuk teman wartawan kerana mengambil pendekatan berdiam diri ketika kontroversi video itu tercetus,” katanya kepada BH Online.

Hun mengulas kontroversi tercetus apabila video yang memaparkan wajah pelaku yang dikatakan mirip pelakon drama popular, Kampung People itu melakukan aksi tidak senonoh, viral, di laman sosial.

Semalam, MIG memuat naik video durasi dua minit memaparkan Pengarah Urusannya, David Teo memberi amaran mengambil tindakan tegas terhadap penyebar video terbabit.

Percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi, Hun atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy optimis mahu terus mengukuhkan namanya di persada seni.

Sementara itu, Teo berkata, pihaknya sudah mengenal pasti penyebar video terbabit dan memandang serius perbuatan menyebarkan rakaman seumpama itu.

“Banyak artikel, video dan foto disebarkan di platform media sosial seperti Twitter, Youtube dan lain-lain.

“Saya sudah berunding dengan peguam dan kami sudah mengenal pasti penyebar video dan berita palsu membabitkan Hun.

“Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang terbabit dan semua bukti sudah dirakam.

“Saya harap sesiapa yang menyebar video, foto dan artikel, sila turunkan atau padam sebelum tindakan undang-undang diambil,” katanya.

– David Teo

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aaron Aziz Bagi Amaran Kepada Pengendali Blog Letak Tajuk Yang Menjurus Kepada Fitnah

Puma & Creative Artists Kidsuper Studios Release Football Inspired Streetwear Collection