in ,

A Aida Kemalangan, Tak Sempat Lihat Jenazah Kakak

KERETA Ford Mustang yang dipandu penerbit terkenal, Datuk A Aida terbabas di Kilometer 390, Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil, Terengganu, kira-kira jam 6 petang hari ini.

Aida bagaimanapun berkata, dia bersama tiga anak yang dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Jertih kerana kematian kakak sulung tengah hari tadi tidak mengalami sebarang kecederaan.

A. AIDA

“Tadi hujan lebat, jadi saya pandu perlahan saja. Tapi, secara tiba-tiba ada sebuah kereta memotong dan air terkena cermin.

“Saya panik sebab tak nampak apa-apa dan kereta terus hilang kawalan hingga terlanggar pembahagi jalan kiri dan kanan.

Nasib baik ketika kejadian tidak ada kenderaan lain,”

– Datuk A. Aida

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan semua beg udara kereta terkeluar dan mereka sekeluarga terkejut, namun bersyukur kerana selamat.

“Ini insiden pertama saya terbabit kemalangan. Apatah lagi ia bukan berpunca daripada saya,”

– Datuk A. Aida

Laporan telah dibuat di Balai Polis Kuala Berang.

Katanya, kereta itu mengalami kerosakan pada lampu depan serta kemek di bahagian kiri dan kanan.

Aida berkata, disebabkan kemalangan itu dia tidak sempat melihat jenazah arwah kakaknya buat kali terakhir.

“Saya anggap tiada rezeki menatap wajah arwah buat kali terakhir, padahal sudah menyusun waktu perjalanan.

“Tapi, ketentuan Allah sebaliknya dan saya reda. Apa yang penting tidak ada kemalangan jiwa,”

Datuk A. Aida

Menurutnya, dia tidak kisah keretanya rosak kerana ia boleh dibaiki dan trak tunda juga sudah membawa kereta ke bengkel.

“Polis yang bertugas juga memaklumkan sebelum saya ada dua lagi kereta terbabit kemalangan di kawasan sama,”

Datuk A.Aida

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Hadiah CINTA LUAR BIASA Buat 100,000 Subscriber Youtube Miliknya

Hisyam Hamid Akui Perselisihan Suami Isteri Boleh Diselesaikan Tanpa Pihak Ketiga