in

Ini Dia Senarai Nama 12 Orang Bintang AF Yang Akan Berentap dalam AF MEGASTAR

Hujung minggu sekarang tak sunyi lagi kerana dapat bersantai menonton Konsert AF MEGASTAR. Malam ini, Budiey berada di Royal Theater Shah Alam untuk buat liputan 360 kemas kini di Instagram, Facebook dan Twitter. Nantikan sessi temubual Budiey bersama bintang Akademi Fantasia.

Seperti yang kita sedia maklum, kuasa mutlak pemilihan untuk pusingan homecoming ini adalah 100% diserahkan bulat-bulat kepada juri-juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Ziana Zain.

Empat orang juara Akademi Fantasia buat persembahan pada malam ini.

Persembahan pertama dan pembukaan dari Anding mendendangkan lagu FEELING GOOD satu percubaan yang baik dan nampak kesungguhan Anding membawa aura lagu ini buat penonton. Bagi Budiey, Anding banyak upgrade persembahan vokal. Mungkin Anding banyak belajar dari peesembahan teater MUD KL yang dibuat di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Bayangkan persembahan Anding di teater yang diterbitkan oleh Enfiniti itu dua kali sehari.

Pastinya, Anding banyak belajar dan mempertingkatkan mutu persembahan dari pengalaman di situ. Namun begitu, Datuk Ramli MS mengatakan vokal Anding yang dianggapnya ‘biasa-biasa’ masih tak cukup untuk menandingi peserta yang lain.

Persembahan kedua dari nyanyian bintang yang pernah menang tempat ke-3, Amylea yang menyanyikan lagu KU BERSERAH. First, Budiey nak sentuh tentang imej penampilan elegan glamor dari Amylea.

Konsert AF Megastar Homecoming minggu kedua akhirnya memuktamadkan 12 peserta dipilih bagi meneruskan perjuangan di pentas AF Megastar bermula minggu hadapan. Berikut adalah senarai yang berjaya mara ke konsert pertama AF MEGASTAR:

1. Syamel
2. Indah
3. Bob
4. Idayu
5. Marsha
6. Amir Jahari
7. Adira
8. Shahir
9. Amir
10. Sufi
11. Ewal
12. Azhar

Dua juri tetap yang dilantik untuk menilai peserta ialah pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan penyanyi yang juga guru vokal, Syafinaz Selamat serta juri jemputan ialah Ziana Zain.

Malam ini menyaksikan 12 peserta berentap iaitu Rosma menyampaikan lagu Hanya Satu, Anding (Feeling Good), Amylea (Ku Berserah), Faizal (Sejati), Nubhan (Ku Mohon) dan Aril (Dahsyat).

Selain itu, Adira (Ku Ada Kamu), Shahir (Kebahagiaan Dalam Perpisahan), Indah Ruhaila (Tergantung Sepi), Faizul Sany (Rapuh), Syamel (Diari Hatimu), dan Amir (Grenade).

Konsert AF Megastar bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135) pada setiap hari Ahad, 9 malam.

Juara AF Megastar bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi dan hadiah sampingan lain penaja.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

SPRM Terbitkan Teater Bahara Emas

Peraduan Premiere With Budiey Filem MOTHER!