in , ,

11 Band Muzik Indie Tempatan Bergabung Dalam Gig Rakyat Jelata 

GIG RAKYAT JELATA dianjurkan oleh CdBagasi Music & akan melibatkan 11 band tempatan dan kesemuanya adalah penggiat muzik indie.

GIG ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi industri muzik indie tempatan di mana tiket yang dijual dengan harga marhaen. 

GIG ini juga bertujuan untuk menyemai semangat ‘BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA’. Enam band akan beraksi di setiap venue. Dua band lokal akan terpilih bagi mewakili ‘rakyat’ di mana persembahan diadakan. 

11 Band Muzik Indie Tempatan Bergabung Dalam Gig Rakyat Jelata

Sesuai dengan konsep GIG ‘DARI RAKYAT, OLEH RAKYAT, UNTUK RAKYAT! ‘ 

GIG ini terbahagi kepada dua volume. Lokasi pertama berlangsung di ‘Insider Satellite’, Ipoh pada 22 Julai 2023. Lokasi kedua pula akan diadakan di Rooftop City Plaza’, Johor Bahru. 

Setiap acara akan berlangsung pada jam 5 petang dan berakhir sebelum jam 12 malam dengan persembahan setiap band selama 40 minit. Enam band akan membuat persembahan di setiap lokasi. 

Band-band yang akan membuat persembahan di Ipoh adalah Couple & Muck selaku band lokal. Manakala band yang lain adalah Pretty Ugly, Nitrus, Strike Out & Late Night Frequency. 

Di Johor Bahru pula band yang terlibat adalah Plague Of Happiness & Terang Bulan sebagai wakil band lokal. Selainnya adalah Zip Zieller, Banyakbunyikrepublik, Sabda Alam & Pretty Ugly. 

Tiket GIG untuk kesemua venue ini akan mula dijual pada 26hb Mei 2023 jam 9 malam di laman web https://cdbagasimusic.ubertickets.asia. Ia akan dijual pada harga RM70 untuk satu venue. 

11 Band Muzik Indie Tempatan Bergabung Dalam Gig Rakyat Jelata

Buat peminat muzik tempatan yang ingin menyaksikan persembahan di kedua venue Ipoh & JB, bolehlah membeli pakej harga bundle berjumlah RM120. Tiada tiket early bird ditawarkan kerana harga tiket yang dijual adalah sangat murah. 

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami di email : [email protected] ataupun terus hubungi UberTickets 


Majulah RAKYAT untuk muzik Malaysia! 

11 Band Muzik Indie Tempatan Bergabung Dalam Gig Rakyat Jelata

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Angelica Petra

Angelica Petra Kini Muncul Dengan Single Kedua Berjudul DETIK

8 Band Bergabung Dalam Konsert 20th Anniversary Semangat Zaman