in

Yahoo! Malaysia Lancar Portal Khas Sempena Ramadan Mubarak

Pengalaman perayaan digital bagi pengguna Yahoo! Malaysia sempena Ramadan Mubarak

Menggabungkan aspek kerohanian, social dan budaya sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Yahoo! Malaysia (NASDAQ: YHOO), syarikat media berpacukan teknologi, dan Listerine, jenama kesihatan oral daripada Johnson & Johnson, hari ini mengumumkan pelancaran laman Ramadan Mubarak, yang menjanjikan Pengalaman Berjenama Khas (CBE) yang direka cipta untuk menyediakan semua maklumat yang diperlukan umat Islam sepanjang bulan yang mulia ini.

Ramadan Mubarak

Laman khas ini akan menawarkan kandungan agama dan gaya hidup istimewa, termasuk himpunan Hadith, waktu berbuka puasa dan imsak, rencana oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin – bekas mufti Perlis dan salah seorang cendekiawan Islam terulung di Malaysia, resipi daripada Duta Makanan Malaysia, Chef Wan, ucapan Raya selebriti, rebiu bazar dan galeri imej bertemakan Islam dan Ramadan.

Yahoo! juga akan mengendalikan laman Flickr http://www.flickr.com/groups/ramadan_yahoo/ yang membolehkan pengguna berkongsi pengalaman menyambut bulan Ramadan dengan mengemukakan gambar dan menyertai komuniti dalam talian sepanjang bulan yang mulia ini.

Menyedari betapa pentingnya ibadah suci umat Islam semasa bulan mulia ini, Marc Lourdes, Editor Negara Yahoo! Malaysia berkata, “Kandungan bagi laman Ramadan ini dibangunkan dengan cara yang menyeluruh, mengimbangi kehendak masyarakat Islam untuk berpegang kepada nilai-nilai Islam sambil menepati keinginan pengguna untuk kandungan gaya hidup. Ramadan Mubarak membawakan kandungan pelbagai yang merangkumi aspek kerohanian, makanan, gaya hidup, hiburan, nostalgia Ramadan dan Hari Raya dan juga menggalakkan penggunaan jalan raya yang selamat dalam kesibukan orang ramai balik kampung.”

Untuk mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat, kandungan pelbagai ini akan disediakan dalam Bahasa Melayu dan turut menyediakan ruang ulasan selain membolehkan perkongsian sosial artikel dengan rakan dan keluarga untuk mewujudkan pengalaman interaktif. Yahoo! Malaysia juga menawarkan keistimewaan Ramadan menerusi tablet dan telefon pintar, membolehkan kandungan khusus ini dilayari pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Menurut Jon Tjin Kee, Pengarah Jualan dan Duta Negara bagi Yahoo! Malaysia, “Pengalaman Jenama Khas menyediakan tawaran nilai unik kepada jenama yang berhasrat untuk menerbitkan kandungan dan menjana perbualan sosial di dalam talian. Dengan memberikan mereka persekitaran yang dipercayai untuk berhubung dengan pengguna, CBE akan menjadi jambatan antara jenama dan keperluan pengguna untuk menggalakkan perhubungan dan membina kesedaran.”

Beliau menambah, “Laman jenama khusus Ramadan Mubarak adalah sesuai bagi Listerine, yang berhasrat merapatkan hubungan dengan masyarakat Muslim dan menekankan manfaat kebersihan mulut sepanjang bulan puasa yang mematuhi hukum Syariah.”

Yahoo! telah berganding bahu dengan beberapa jenama pengguna di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara untuk merangka penyelesaian jenama khusus bagi syarikat pemasaran termasuk Vaseline, Danone Dumex, Unilever dan Tourism Malaysia. Laman khusus ini akan menjadi sebahagian daripada pengalaman Yahoo! News dan boleh didapati sepanjang bulan oleh sesiapa yang mahukan kandungan premium untuk menjadikan Ramadan ini sebuah pengalaman kerohanian digital.

Mengenai Yahoo!
Yahoo! (NASDAQ:YHOO) ialah syarikat media berpacukan teknologi yang mencipta pengalaman digital peribadi bagi membolehkan lebih daripada setengah bilion orang dihubungkan kepada perkara yang paling penting bagi mereka, melalui segala jenis peranti, di serata dunia. Kombinasi unik Yahoo! yang menggabungkan Sains + Seni + Skala menghubungkan pengiklan kepada pengguna yang membina perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman akhbar (pressroom.yahoo.com) atau blog syarikat, Yodel Anecdotal (http://ycorpblog.com/).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hanez Suraya Selami Watak Wanita Mualaf

Eira Syazira Insaf dalam Drama Bersiri Ramadan Tetap Maghrib