Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Wati Merancang Mahu Kahwin Tetapi Dengan Siapa?



Pada jam 2.30 petang semalam (24 Februari 2009), telah berlangsung Majlis Sepetang Bersama Bintang Eksklusif Astro Megadrama dan Tayangan Perdana Suara Hati dan Rahsia Hati di Sultan Lounge, Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Dalam majlis itu memperkenalkan dua bintang utama iaitu LIsa Surihani dan Farid Kamil.

Ramai pelakon drama datang, antaranya, Budiey sempat berbual dengan Wati, bekas anggota Elite yang kini giat aktif berlakon. Ini pertama kali Budiey bertemu dengan ibu kepada seorang anak lelaki ini. Dalam drama Suara Hati, Wati membawa watak seorang isteri bernama Sarah. Watak nampak macam jahat sebab takut suaminya dirampas oleh perempuan lain. Suami Sarah dilakonkan oleh Zamarul Hisyam bernama Aman. Drama arahan Faizal Ishak ini boleh ditonton mulai 16 Mac setiap Isnin jam 10 malam.

Perkembangan terkini Wati sekarang ini masih sibuk berlakon drama Sanggar Cinta Raudhah terbitan Suhan Movies, bergandingan dengan Zizan Nin, Aida Radzwill. Memang agak sibuk, mungkin kerana itu, Watie nampak seperti kurus dengan berat sekarang 52 kg. Tapi masa anak dara dulu, berat Wati 40kg! Sekarang menetap di Bukit Antarabangsa, Wati ingin terus berada dalam industri semampu yang mungkin.

Di samping berlakon, pelakon yang berasal dari Selangor ini tidak lupa dengan tanggungjawabnya menjaga anak lelakinya Afif Daniel yang berusia 5 tahun. Dengar cerita, Wati sekarang dalam perancangan untuk kembali berumahtangga. Namun, sekarang ini masih dalam peringkat mengenali pasangannya yang sudah 3 tahun berkenalan. Kalau ada jodoh, adalah. Orang dalam industri jugak ke? Jawab Wati, tidak… hanya orang biasa-biasa aje.

Plan masa depan, janda beranak satu ini ingin lebih maju ke hadapan, ingin buka bisnes restoran sebab di zaman kegawatan ekonomi sekarang ini, Wati rasa takut dan perlu bersiap sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan. Setakat ini, Wati ada menolak tawaran untuk berlakon filem kerana bayaran tak begitu setimpal.

Selain Wati, drama Suara Hati dilakonkan oleh Intan Sarafina sebagai Asmara, Ezlynn sebagai Sheila, Zamarul Hisyam, Dalimawati sebagai Mak Ton, Megat Sharizal sebagai Sham, Riezman Khuzaimi sebagai Fendi, Farah Putri sebagai Atilia, Angah Raja Lawak sebagai Roy, Zarynn Min sebagai Asyura, Liza Shadan sebagai Kak Zah dan Amyza Adnan sebagai Miza. 

Jangan lupa tonton!

Menggayakan blaus putih dari ZARA

 ”Aku dahagakan kasih sayang…”

 

Berdua lebih baik…

Bulan April nanti, Wati akan masuk 33 tahun… kita seusia, Wati!

Tags: , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Betty Benafe Kahwin VIP?
  • TRIVIA: KAD PENGENALAN SIAPA NI?
  • Jawapan Trivia: Nabil & Irma Hasmie Berpegangan Tangan di ASK2009
  • Zizan Nin Akan Kahwin Sebelum Mei 2010
  • Gambar Pelakon Ashraf Muslim Nikah di Mekah
  • Gossip: Ayu Raudhah Kahwin 2009?
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Gambar Wedding Elyana: Gubahan Hantaran Lelaki
  • Julfekar Paksa Farawahida Kahwin?
  • Busana Kurung Moden Akad Nikah Elyana Rekaan Hatta Dolmat



    • http://www.uttsb.uum.edu.my/ Jom Cuti – Cuti Malaysia

      ishhh..mantap juga si watie..

    • kusyireen

      syabas buat wati yg dpt megekalkn imej yg baik akhir2 ini …klu memang da ada smbody yg bole mnjadi pelindung u jgn tunggu lama2…sya mendokn agar wati bahgia hndkny stlah bnyk menmpuh dugaan yg hebat dlm rumahtngga…insyallah mudah2an..

    • Tabuan

      Lakonan wati semakin mantap…jagalah imej tu dgn baik ya…
      dan tak mok cucuk2 lagi lah… biar natural beauty ok..
      Dagu tu dah makin panjang mcm dagu Fira’un akibat cucuk2. :-(

    • http://www.yahoo.com chocolate gurlz

      tak kenan kat dia ni…ada sebab ngapa aku tak kenan…

    • shin chanz

      npe chocolate gurlzz?tellme..

    • http://katahatiku-zana.blogspot.com/ kakzana

      saya suka lakonan watie, nak2 watak jahat……huhu…berkesan…

      jgn risau la psl jodoh tu, jaga penampilan, jaga anak elok2, doa selalu, isyaAllah ada org berkenan tu….

      p/s……amboi budiey!! nak gak enterprem!!
      cikgu fahmi kirim sale..

    • http://www.yahoo.com chocolate gurlz

      ada laa…tapi takpa la, biaq pi la…

    • june

      sweet da ni..suka lakonan dia sejak akhir2 ni..mantap..

    • cahz

      suka lakonan nya sejak drama gelora di hati sara n terbaru rozanna yg disiarkan di tv3

    • producer

      si watieeee… nie org nya macam semua kaum hawa di muka bumi ni lah… dia kah yg diperkata kan kat majalah utusan… x caya cuba ko orang tengok….

    • ellina

      Assalamualaikum…Alhamdulillah kalau wati dh berubah imej & penampilan. Jgn hot2 mcm dulu lg k. Dulu zaman bodo2, so skrg berhijrah kepada perkara yg positif & lbh matang ok…Good Luck.

    • sara

      Wati,semoga tabah mngharungi hidup …rupa u memang cantik,mannnnis sngt….harap jgn cucuk2 di muka lg tau…biarlah asli yer…u dah cantik x perlu itu semua..ook yer…semoga dapat jodoh.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK