in

Ujibakat Kilauan Emas Musim Ke-4 di Shah Alam

Selepas menyaksikan Mior Yazid Ahmad dinobatkan sebagai juara program Kilauan Emas musim yang ketiga tahun lalu, kini pihak Astro Prima dengan berbesar hati membuka lembaran baru bagi tahun 2014 dengan meneruskan misi bagi pencarian ”Otai Masih Berbisa” untuk musim yang terbaharu.

raja-azura-kak-engku

Juara Kilauan Emas Musim Keempat bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry 2.0E bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000, sebuah kereta Nissan X Gear bernilai RM85,000 dan trofi.

Manakala pemenang tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi wang tunai RM30,000 dan RM15,000 beserta trofi. Pemenang untuk kategori Anugerah Juri pula bakal menggondol hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Sesi Ujibakat Kilauan Emas Musim 4 akan berlangsung pada hari ini 22 Mac 2014 (Sabtu), jam 2.00 petang hingga 5.00 petang @ Anggerik Mall, Shah Alam.

Turut hadir sewaktu sesi ujibakat ini kelak ialah Datuk Sri Wirama Adnan Abu Hassan, Siti Hajar dan Ayai Ilusi selaku juri professional.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Latihan 1 Malaysia Cardiff City

Zombi Kilang Biskut Prihatin Kehilangan MH370