in ,

TV3 Siar Drama Pilihan Anugerah Skrin 2015

Anugerah paling berprestij anjuran TV3, Anugerah Skrin bakal kembali untuk memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air pada bulan November ini. Bagi menyemarakkan lagi debaran Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015), saksikan sebahagian drama yang tercalon pada setiap hari Jumaat jam 1.30 tengah hari bermula 18 September 2015 hingga 6 November 2015.

SAKSIKAN DRAMA PILIHAN ANUGERAH SKRIN 2015 SETIAP HARI JUMAAT, 1.30 TENGAH HARI

Kereta Kita (1)

KERETA KITA (18 September 2015)
Pelakon: Zamarul Hisham, Nadia Aqilah, Shukri Yahaya, Amyra Rosli, Dato’ Rahim Razali, Fadilah Mansor
Amran sering pulang lewat kerana sibuk dengan projek membaik pulih kereta Proton Saga yang lama. Jas tidak faham kenapa suaminya sanggup berkerja keras dan menghabiskan duit untuk kereta buruk ini. Amran pujuk Jas dan beritahu sebabnya. Proton Saga berwarna merah itu dibelikan oleh abah Amran pada tahun pelancaran Proton Saga. Proton Saga merah yang dinamakan Azizah menjadi kebanggaan abah Amran sehinggalah dijualkan untuk membiayai kos pelajaran Amran. Amran berjanji dia akan belajar bersungguh-sungguh dan kembalikan kereta itu kepada abah. Bagi Amran, kereta ini ialah sejarah hidup mereka dan juga ada kisah hidup mereka.

Dari Pintu Neraka

DARI PINTU NERAKA (25 September 2015)
Pelakon: Amar Asyraf, Syafiq Kyle, Nad Zainal, Sheila Rusly, Shakila Khoriri
Kamal berasal dari keluarga yang miskin tetapi dia seorang yang angkuh. Dia sering terlibat dengan aktiviti gengster, vandalisme dan juga kes jenayah. Keluarga Kamal sudah puas memberi nasihat supaya dia berubah tetapi gagal. Satu hari, Kamal telah pecah rumah dan membunuh tuan rumah itu. Akhirnya, Kamal ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Ibunya sering melawat dia di penjara. Kamal mula bertaubat dan mahu meminta maaf daripada adik-adiknya.

LORONG KECIL KE SYURGA (2 Oktober 2015)
Pelakon: Faizal Hussein, Muhammad Izz Ilham, Raja Ilya, Eliza Mustafa, Pyan Habib, Kodi Rasheed, Zazli Baginda
Azmi ialah bekas banduan yang hidup bergelandangan. Secara kebetulan, Azmi bertemu dengan Haikal yang jauh lebih muda daripadanya. Sebenarnya, Haikal ialah anak kandungnya. Sejak itu, Azmi mendapat semangat baharu untuk hidup. Teman segelandangan Azmi, Pak Seman, sering menulis puisi dan ia banyak menyedarkan Azmi tentang tanggungjawab dan ilmu agama.

Talak (1)

TALAK (9 Oktober 2015)
Pelakon: Fizo Omar, Diana Danielle, Fadzil Zahari, Reen Rahim, Hafreez Adam
Badrul amat mencemburui persabahatan isterinya, Yasmin dengan Mukhriz yang sama-sama bekerja di sebuah syarikat penerbangan sebagai anak kapal. Badrul telah meletakkan syarat jika salah seorang daripada mereka meniduri orang lain maka terjatuhlah talak. Namun, Badrul telah melanggar syarat itu. Badrul sedar dirinya hidup dalam dosa dengan isteri sendiri tetapi dia tidak sanggup kehilangan Yasmin.

SEBENTUK KUNCI SEDETIK CINTA (16 Oktober 2015)
Pelakon: Rita Rudaini, Fahrin Ahmad, Shafie Naswip, Ika Nabella
Mengisahkan seorang tukang kunci, Sudin, yang ditinggalkan isterinya bersama seorang anak kecil kerana kecacatan kekal di kaki akibat kemalangan. Sudin juga kabur pandangan matanya akibat terkena serpihan besi kunci atas rutin kerja hariannya. Selang bertahun, kedatangan bekas isterinya, Maria, di kedai kunci milik Sudin telah mendatangkan amarah kerana Sudin merasakan dirinya dipermainkan dan ditipu. Walaupun si tukang kunci telah membuat ribuan kunci namun dia tidak boleh membuka kunci hatinya untuk memaafkan bekas isterinya.

Poster Hak

HAK (23 Oktober 2015)
Pelakon: Sara Ali, Amar Asyraf, Watie Sadali, Erry Putra, Julia Ziegler
Wanda bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tetapi sering pulang lewat malam sehingga mengabaikan pelajarannya. Keluarganya terkejut apabila Wanda hamil dua bulan dan tidak tahu siapa bapa kepada bayinya. Wanda terpaksa berhenti sekolah. Malah selepas kejadian itu ayahnya diserang strok dan lumpuh. Selepas Wanda melahirkan seorang bayi lelaki, bayi tersebut telah diberikan kepada keluarga angkat melalui Jabatan Khidmat Masyarakat. Wanda marah dan tidak bersetuju. Wanda telah menjejaki keluarga angkat tersebut, ‘menculik’ anaknya dan lari ke Kuala Lumpur.

Jalan Taubat

JALAN TAUBAT (30 Oktober 2015)
Pelakon: Mubarak Majid, Shukry Yahya, Zulkifli Ismail, Nor Albaniah, Chacha Maembong
Kemiskinan dan malu dengan kerja ayahnya, Pak Ali sebagai tukang cuci tandas, Zul menjadi nakal dan suka memberontak. Zul meninggalkan ibunya yang terlantar sakit di rumah untuk ‘menarik’ nombor ekor di kubur. Malangnya Zul ditangkap pihak agama. Lebih malang lagi, ibunya meninggal dunia pada malam dia sedang melakukan kerja ‘menarik nombor’.

Poster Cahaya Malaika (1)

CAHAYA MALAIKA (6 November 2015)
Pelakon: Que Haidar, Sharifah Shahora, Riz Amin, Roy Azman, Normah Damanhuri
Ezra seorang penulis yang menghadapi saat sukar untuk menghasilkan novel seterusnya. Dia juga dibebani hutang. Ezra melarikan diri dengan membawa keluarganya tinggal di kampung rumah peninggalan arwah ibunya. Isterinya Lily meninggalkan Ezra dan anak mereka, Hanna untuk mengejar kekayaan. Ezra mula rasa tertekan dengan kepayahan menjadi seorang bapa tunggal. Dugaan Ezra tidak berhenti di situ. Dia disahkan mengidap barah otak. Ezra tekad untuk menghabiskan novelnya supaya dapat menjamin masa hadapan Hanna.

Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Jalan Taubat (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bausch + Lomb Lancar Lacelle™ Jewel Penampilan Khas Atikah Suhaime

Lisa Surihani Selamat Melahirkan Bayi Perempuan