in

Tips Cara Pakai Ikat Samping di Hari Raya

Tips Cara Pakai Ikat Samping di Hari Raya. Dalam Youtube, Budiey jumpa banyak sekali video-video tutorial, bagaimana kita orang lelaki nak pakai kain samping untuk bergaya di hari raya. Fesyen baju Melayu yang kini dah moden makin berkembang. Namun, cara pemakaian sampin masih lagi mengikut tradisi kita orang Melayu.

Terbaru, pereka fesyen Salikin Sidek telah menunjukkan cara untuk kita bagaimana nak pakai kain samping dengan betul mengikut tema dan citarasa.

Idea ikatan samping cetus inspirasi di pagi lebaran

TIDAK lengkap penggayaan baju Melayu andai tidak memakai sekali samping, sokong dan butang baju Melayu. Paling ketara menggamit perhatian, tentunya pemakaian samping yang mampu menceritakan pesona dalam penggayaan diri. Andai warna baju Melayu kurang terang, ikatan samping yang bersesuaian boleh membantu mengimbangi gaya sekali gus memastikan persalinan di hari lebaran mencuri perhatian semua.

Mengimbangi gaya klasik sambil turut menunjukkan teknik ikatan yang sempurna bagi pemakaian samping popular, Salikin Sidek cuba untuk mengajak golongan lelaki menggayakan samping bersama baju Melayu.

“Kadang-kadang mereka tidak tahu fungsi sebenar pemakaian samping yang kalau diikutkan orang dulu-dulu turut membawa maksud tertentu. Justeru, dalam kita cenderung untuk bergaya, harus juga tahu tip dan petua pemakaian samping,” kata pereka fesyen yang sinonim dalam penyediaan persalinan Melayu tradisi.

Beberapa ikatan samping yang difokuskan iaitu ikatan samping agung, ikatan samping Johor Lama, ikatan samping P Ramlee dan ikatan samping lazim masing-masing memperuntukkan masa singkat dalam anggaran kurang daripada lima minit.

Jom bergaya di pagi lebaran!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IZ Lahirkan Semula Lagu Suara Takbir Allahyarham P.Ramlee

Farah Diana Anuar Selamat Lahir Bayi Perempuan