in

IZ Lahirkan Semula Lagu Suara Takbir Allahyarham P.Ramlee

Dekat-dekat nak raya ni, Budiey pasti korang dah buat banyak persediaan. Lagu-lagu raya juga mendapat tempat di corong-corong radio. Seperti biasa, lagu nostalgia dan malar hijau menjadi tarikan utama. Namun, usah dilupa bahawa ada beberapa penyanyi melahirkan semula lagu lama dalam bentuk versi yang terkini dengan susunan muzik yang lebih segar mengikut selera semasa.

Terbaru, Budiey dapat tahu penyanyi IZ Sulaini telah menyanyikan semula sebuah lagu raya malar hijau nyanyian Allahyarham P.Ramlee berjudul Suara Takbir.

Menurut IZ, lagu ini dirakam adalah untuk hadiah hamper di lebaran kali ini ditujukan buat semua pembaca-pembaca Budiey.com dan juga penyokong serta peminat yang banyak menyokong single Cinta Akhir yang sedang dimainkan di radio-radio sekarang ini.

IZ juga berharap kalian semua suka dengan lagu cover SUARA TAKBIR yang IZ rakamkan ini http://youtu.be/pb1RQfYR2iQ

Lagu ini boleh dimuat turun secara percuma di link http://soundcloud.com/iz0iam2/suara-takbir-p-ramlee-cover-by

Selamat Hari Raya semua!

IZ Sulaini Raya

IZ Sulaini Raya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Panggilan Percuma untuk Pelan Hotlink Kelantan Terengganu

Tips Cara Pakai Ikat Samping di Hari Raya