in ,

Telemovie WAK YAH, SAMAD SAID Ketengah Watak Wayang Kulit

Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawa kelainan dalam drama disiarkan menerusi tayangan sebuah telemovie bertajuk “Wak Yah Samad Said” yang mengangkat kisah Cerita Tok Dalang yang menggambarkan tiga watak popular wayang kulit iaitu Wak Yah, Said Samad yang keluar ke dunia realiti.

antara babak menarik

Menampilkan pelakon Along Eyzendy, Isey Fazlisham, Hushairi Hussin, Wan Hanafi Su, Chacha Maembong, Fiffy Natasha, Fazreen Rafi, Josiah Hogan, Zack Zaideen dan Arjuna Sukma, drama mengisi slot Panggung Ahad ini menemui penonton pada 31 Mei ini, pukul 10.30 pagi menerusi saluran TV1.

Cerita bermula di kampung dekat Pekan Sempadan. Wakyoh, Samad dan Said (WSS) berdepan hidup susah bergelar seniman kampung. Upah yang diterima meletakkan diri mereka di tahap yang cukup rendah.

WSS melepak dan membuat persembahan jalanan di Warung. Warung tersebut milik Derauf yang dibantu adiknya yang cantik jelita bernama Membunga. Membunga mengimpikan kehidupan yang senang dan glamour. Dia langsung tidak memandang WSS yang serba serbi dhaif.

Tiba-tiba muncul jejaka kacak bergaya bernama Faris, berkereta mewah yang membuatkan Membunga jadi gila bayang. Membunga selalu berangan dengan Faris dan terbawa-bawa dalam mimpi tidurnya.

Namun Faris cukup misteri, tanpa diketahui apa pekerjaan sebenarnya dan apa maksud kemunculannya secara tiba-tiba. WSS sungguh kagum pada Faris, mereka ingin berjaya dan ikut jejak Faris yang kaya.

Suatu pagi, Faris muncul dengan memberikan kotak hadiah kepada Membunga dan satu kotak lagi ditinggalkan menjadi misteri pada Membunga. Faris memohon untuk Membunga pulangkan kembali kotak tersebut padanya dengan mengajak Membunga datang ke Kuala Lumpur.

Membunga yang tidak pernah ke luar kota mengajak WSS menemaninya dengan memberi galakan untuk mereka berjaya di Kota. WSS bersetuju, ibarat orang mengantuk disorong bantal.

WSS bersama Membunga dan kawan baik membunga iaitu Midah bertolak menaiki kereta sewa ke Kuala Lumpur. Namun, di pertengahan perjalanan, pelbagai cabaran timbul sehingga mereka hampir membatalkan hasrat ke Kuala Lumpur. Dek kerana WSS ingin mengubah dan mengejar impian bergelar seniman dan gelojak cinta Membunga pada Faris, mereka gagahkan jua.

Namun Faris yang resah Membunga bersama WSS tidak sampai-sampai buat keputusan untuk mencari mereka. Mereka langsung tidak dapat dihubungi sehinggalah jejak mereka dapat dikesan Faris.

Faris kecewa apabila mendapati kotak yang dikirim pada Membunga sebenarnya diisi guli, bukannya intan permata yang diseludup. WSS cukup kecewa apabila sedar mereka hanya dipergunakan oleh Faris untuk menyeludup batu permata dari sempadan.

Samad dan Wak Yah bertambah kecewa apabila menyedari rupa-rupanya perancang utama adalah Faris dan Membunga serta Said.

poster telemovie Wak Yah Samad Said

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pereka Ridzuan Bohari Perkenal Koleksi Ready To Wear

Gambar Sekitar Pelancaran Portal GEMFIVE