Syurga Cinta Raih RM1.3 Juta Dalam Masa 1 Minggu
Budiey nak ucap tahniah kepada Metrowealth atas kejayaan filem Syurga Cinta mengutip RM1.3 juta dalam masa seminggu! Memang ramai kata filem ini BEST dan ada yang menangis masa menonton.
Metrowealth (MIG) melalui filemnya yang ke-29 berjudul Syurga Cinta telah mencatat satu lagi sejarah buat syarikat dan juga industri perfileman. Kutipan sebanyak RM1.3 juta dalam tempoh seminggu adalah satu kutipan yang terbaik dicatatkan untuk tempoh lima tahun kebelakangan ini bagi filem bergenre romantik komedi. Syurga Cinta juga mencatat kutipan tertinggi bagi genre sebegini bagi hari pertama melalui 54 pawagam.
Lebih menggembirakan apabila Syurga Cinta mendapat komen dan reaksi yang sangat positif dari penonton dan juga pengkritik-pengkritik filem melalui blog di internet. Filem lakonan Awal Ashaari dan dua orang pelakon yang pertama kali di layar perak iaitu Heliza dan Adik Hadziq ini juga berjaya menarik penonton dari pelbagai lapisan umur. Ramai juga dik kalangan penonton telah menyaksikan Syurga Cinta lebih daripada sekali di pawagam. Kini majoriti penonton masih di kalangan remaja tetapi MIG yakin peratusan keluarga yang akan menonton Syurga Cinta akan meningkat apabila cuti sekolah bermula pada 30 Mei ini.

Lakonan mantap dari Awal Ashaari dan Heliza
Syurga Cinta mengetengahkan sedikit unsur keagamaan di dalam sebuah kisah cinta remaja masa kini. Pada awal pembabitannya, MIG menghasilkan filem pertama berjudul Syukur 21 yang juga sebuah filem berunsur keagamaan. Syurga Cinta yang skripnya dihasilkan oleh Panel Skrip MIG berasaskan konsep oleh David Teo ini diarahkan oleh Ahmad Idham.
Syurga Cinta cuba mengupas kehidupan dua Melayu Islam dengan dua akidah atau pegangan yang jauh berbeza. Pertama yang mengagungkan gaya hidup barat dan seorang lagi yang masih teguh mempertahan keimanan kepada Islam dan nilai-nilai ketimuran. Pertembungan dua gaya hidup inilah yang akan menonjolkan nilai yang akan menyentuh dan menggeletek hati para penonton. Biarpun filem Syurga Cinta ini mengutarakan kisah cinta namun, ia tetap mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri apabila ia akan digarap melalui pendekatan Islamik.
Barisan pelakon yang menjayakan filem Syurga Cinta selain daripada Awal Ashaari, Heliza dan Hadziq, ia turut dijayakan oleh Mustapha Kamal, Dian P. Ramlee, Hisham Ahmad Tajuddin, Fizz Fairuz, Shaheizy Sam dan Wazata Zain.
Syurga Cinta telah menemui penonton seluruh Malaysia bermula 21 Mei lalu. Metrowealth (MIG) terus mengharapkan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk penonton dan media bagi meneruskan kesinambungan kejayaan ini untuk mencatat satu lagi sejarah dalam industri perfileman Malaysia.
Perkembangan lain MIG seterusnya akan menampilkan filem komedi seram juga arahan Ahmad Idham berjudul Jangan Pandang Belakang Congkak bermula 4 Jun ini selain dua filem lain iaitu Senario The Movie Episod 2: Beach Boys yang telah siap dan menunggu tarikh tayangan dan Remp-it V3 arahan Farid Kamil yang sedang dalam peringkat post-production. Kini, MIG sekali lagi di lokasi bagi menyiapkan sebuah filem aksi komedi arahan Ahmad Idham berjudul Rempit Nan Sempit dan dalam peringkat pre-production sebuah filem seram terbaru berjudul Santau.


Baca artikel lain yang berkaitan:










May 28th, 2009 at 5:02 pm
mmg ptt filem ni dpt box office…lawak yg spontan n slambaaaa…sesuai utk hilangkan tension…tahniah ahmad idham…
May 28th, 2009 at 7:30 pm
Antara sebahagian komen dan feedback yang dicopy dari forum2, facebook, blog dan youtube :
Noradila Ismail – Mlm ni nk tgk dgn member2….tak sabar sbb smlm kwn dah tgk..die ckp mmg bes cte tu…memang menusuk la
AzzamFadhli Roslan – Syurga Cinta Best….Eija berlakon OK. Masih ade ruanguntuk berkembang….suka tgk Eija…Sungguh Comei…
ArnizawatiMahli – salam ija…tahniah erk..akak baru balik tgk citer SyurgaCinta..best giler!! Kim salam kt Awal dan Abg Idham kay…ija takecare… (^_^)
Nurulhuda Meor – Hi heliza..Congrats!! Best sgt filem syurga cinta..Dgr citer akan dibuat jd series dekat TV..Tp Heliza tak join ek??Nape?? Ehehehe..Not bad ler lakonan heliza..Keep it up the good work..See u in the next film..
ZaliZeenat – kami bru je blk tgk movie tu kira orait la citernye tidakmembosankan n byk gak pengajaran yg boleh diambil drpd citertu..tahniah ija ini membuktikan girl yg bertudung pn bley jadi heroin nboleh gak brcinta mengikut2 batas2nye anyway awk nmpak sweet sgt dlmciter tu…
Leeza Ishak – i giv 9/10 for dat film also ur act insyurga cinta…We Gain more knowledge frm it..The ending is soromantic…Congratez..
Farhanah Wijaya Abdullah – tahniah! …very nice movie!! u did it!!!! made me cried!!! but one part tu i tot ujadi hantu! .. hehehehehe …. (out of 10, i give 9; 1 tu adamissing sikit!) overall best punye!
Aainaa Khairunnisa – salamheliza….dah tgk dah syurga cinta…mmg best arrr….ending yg sungguhromantik…nak g tgk lagi….lakonan heliza pun not bad…..=) palingsuka masa paert kat tmpat main kete tu…..=)
Ros73 – Aku bagi4.5 bintang utk filem “Syurga Cinta” ni. Ada byk pgajaran utk yang tuadan muda. Tak byk cite melayu macam ni. … Klu tak caya pegilah tgk citeni di pawagam.
missnyork – I vote 9 out of 10 stars….filem nie memang best giler…for the real romantic comedy lover as me…you allshould go and c it.. berbaloi bayar parking mahal dekat pavilion… should recommend tis film to everyone… agama n cinta selari…the best part is byk pengajaran – “Ada 3 jodoh” – Jodoh dari Syaitan – Jodoh dari Jin -Jodoh dari Allah – nak tahu lebih lanjut go and c tis film…
Bizclub – filem melayu yg satunya aku kasi 100% bintang….tapi pelik nape tak de pengarah/penerbit melayu nk wat filem2 camni…asyik2 rempit.. bohsia…rempit ..bohsia…tu je ke yg boleh pikir??
Miszhelena – hi heliza…cter yg sangat menarik.. membuka mata saye mengenai cinta. lakonan yang menarik… hope to see u soon in other movies… well done
Nurain – salam kak heliza..mmg best ar cete syurga cinta….rasanya nak tengok lagi….
Affen – Assalamualaikum Heliza..saya baru tgk filem syurga cinta semlm.. mmg best.. sesuai pada waktunya di saat filem2 di pawagam Msia menayangkn citer2 barat & film melayu yg menunjukn keruntuhan akhlak anak2 melayu.. Pemilihan Heliza adalah paling bertepatan & tahniah buat abg idham dan semua yg terlibat.. Cuma satu, Heliza nampak agak susah nk kuarkn air mata.. ker sbb mmg watak Syuhada yg tabah hati..? Smuge akan ada Syurga Cinta 2 plak yer kalo film ni meletop.. Saya mcm dah terpk apa yg jd kt Syuhada & Irham in future..So Heliza.. it’s a good first attempt as a Heroin.. xmcm kayu like Intan ladyana 1st time in JPB or Hipokritz like Puteri..whatever in Aduh Saleha (dgr citer Ekin plak ganti..ok latu)
Era – wow… best nyer citer syurga cinta.. kak heliza blh improve kan lg lakonan.. tahniah.. lakonan kak heliza x lar kaku sgt.. syabas!
Ms Querida – tak letak harapan tinggi pn pd mulanya…tertarik nk tgk sbb ader awal…tapi tak sangka dr mula citer sampai la scene yg last….semuanya best…bukan takat awal jer yg best, lakonan haziq & heliza pn menarik… dialog simple tapi sgt kelakar… apertah lagi dgn scene2 lakonan Awal yg ‘lampi’tuh ….mmg kelakar.. citer belum abis pn dah terasa nk pegi tgk lagi~~
Ieka76 – citer nie mmg best…sy dah gi tengok semalam…4 bintang tuk ahmad idham
Faez87 – I’m actually going to see this movie. I’d like to see what sort of message they can manage squeeze into the movie without making the idea seemed like a total waste. This is probably the first Malay movie in a while that I really feel like I should watch. Hopefully I won’t find myself disappointed after it ends. I have high hopes.
Cristalando – da tgk cite nih.mmg best.sokong heliza die cute.hihihihi.nk tgk lagi.nk tgk.. s..a..b..a..r..romantiknye..hihihi em mse esoknye,cean heliza..sedih uh…hadziq klaka..mmg ssuai..last2 mmg romantik..kereta cntrol mmbawa heliza ke atas pntas..hihihi..’sy kn budak pintar.sume pekara sy bleh hidu’
Nazshah – besh2..3 jenis JODoH…. kata2 tuh mmg melekat kat hati.. penuh dgn mesej cerita nih.. thumbs up to ahmad Idham n all the actors
Eiwan5453 – skrip filem ni memang puitis…background seruling pun kena jiwa gak….for couple, plz love with sincerely with ur love one…peace for SYURGA CINTA!!!
Ayol67 – aku ske gilerr soundtrack filem nih..yg part2 seruling tuh..kena plak dgn scene nyerr..menusuk jantung sggh..syabas to ahmad idham n all the actors..good movie..
Cinta_ungu – so far best cite nie..tak sempat nak rasa bosan…pagi tadi bukak forum bace review sume kate best..terus kite g tengok kat klcc kul 11.30am punye slot…panggung kire penuh jugak..cume 3 row paling depan takde orang…cerita nie mmg bagus kalo nak menyentapkan hati2 orang yg terleka…dalam kelakar2 ada pengajaran yg sangat berguna..dpt ilmu free plak tue..baru tau bab jodoh tue ade 3 jenis laa..dll… tatau laa kite nie sensitif ke hape tapi part Awal tersedar & insaf tue mengalir gak air mata..rase sebak je…scene tue memang menjadi.. Awal & Heliza tak nampak canggung berlakon berdua..nampak serasi laa jugak… Heliza punye scene rase mcm sikit aje..tak puas tengok tau.. Lakonan dia bleh diimprovekan lagi…sometimes nampak natural..sometimes nampak macam dibuat2… tapi kire bagus laa kalo nak dibandingkan ngan pelakon2 len time awal2 berlakon..cam JZ ke..Intan ladyana ke..DD ke..pastu..ske je tengok time Heliza punye pakaian time S.A.B.A.R tue…nampak sweet sangat..part kena clash tue tak cantik laa pakai camtue…same ngan part ending punye tudung…tak remaja tau…. Ending cite nie pun romatis gitu….
Rajashahrul – assalamualaikum… pertama sekali “watak cikgu syuhada memang dicipta khas untuk heliza- tahniah-comel-cantik-lemah lembut-tah lah…speechless” kedua..”filem melayu paling best pernah saya tonton… pengakuan ikhlas, saya ni kalau kat wayang ada keluar citer melayu… saya mesti… tak akan tgk…tp filem ahmad idham yang bergenre islamic love comedy yang 1st di malaysia ni…1st day saya dah tgk.. ketiga.. tak ada filem yang pernah saya tgk mempunyai “bait-bait kata yang mempunyai hikmah.. scene-scene islamic yang menyentuh kalbu…” last… “tak leh lah lupa wajah ayu heliza.. untung lah siapa bakal suami heliza..
Syuhadah – saye suke sgt tgk syurga cinta….sejak saye bace blog heliza tahun lepas…heliza ade ckp pasal shooting syurga cinta…sejak tu saye mmg tetungu tunggu nak tgk…bile da dapat tau keluar panggung,ape lg,serbu…. saye sgp tengok walopn 5 dari bawah…mase saye tgk,mmg full…siap seat plg bawah pun full
Wadah – heliza, kite da tengok.ramai betul orang tengok filem ni.penuh panggung.kt memang suke sangat.best filem ni.sampai menitik air mateku.hehehe.bestlah.kt da siap pesan kat suami nanti carik dvd.kt nak tengok lagi.tahniah.
Diarimerah – aku dah tgk citer ni pagi tadi. anak2 sibuk ajak coz nak tgk si haziq berlakon.masa pegi tu aku berdoa jgn la citer tu hampeh cam citer brainscan.. mau seminggu aku merungut ngan anak2 aku.Fuhhh… syurga cinta memang best . aku bagi 4 stgh bintang.. aku gelak nak senak perut… tapi bila sampai part sedih aku berlinang air mata. dah la tisu tak bawak… sib baik gelap huhuhu.. banyak falsafah dan pengajaran dalam citer ni. aku dapat belajar benda baru gak…aku suka falsafah : kadang2 Allah sembunyikan matahari yang bersinar dan digantikan dgn petir dan kilat.. rupa2nya Allah nak beri pelangi… huhuhu indah sungguh positive thought ni
Rienz3003 – dah tgk kat alamanda tadi….full house….best sangat….heliza sangat comnel dan nampak natural berlakon sebagai cikgu syuhada…nampak serasi ngan awal…sedih…leh buat jiwa tersentuh..haziq pun bagus jugak…congrats buat sumer…memang best sangat..tak rugi tgk banyak kali…
Shaz Shazreen – Salam…baru tgk tadi kat Alamanda..best sangat..tangkap tangis wooo…menyentuh jiwa….congrats
Cintaitumisteri – Hmm… saya baru balik tengok Syurga Cinta. Satu naskah yg bagus dari MW, plot cerita terlalu perlahan dan berhati2, pemilihan pelakon OK lah. Lakonan Awal sangat natural, malangnya Cikgu Shu sedikit kaku. OKlah tu filem pertama. Kemunculan Waza Tazin sbg ustaz ‘wali’ tidak disangka, lakonannya menyentuh walaupun sebabak..Komen: kalau diberikan kepada Khabar Batiar, yakin naskah ini dapat diangkat. Walaubagaimanapun syabas utk MW kerana berani break the wall. 4star from 5.
Vincarliff – aku baru je tgk cite ni tadi… puas ati la tgk… tak tahan gelak masa si awal baca bismillah masa nak minum arak… hahahahahaha…. mmg dialog lam pilem tu tak bley blah.. memula aku jual mahal takmo tgk… siap minum coffee dulu sblom tu supaya aku tak ngantuk tgk… akhirnya puas ati ok… gelak mcm syaiton… n cinema smlm full house wooo…
Ieyza – btw jln cite ni biasa je… tp tatau camne leh jd best… mgkin penghayatan watak awal kot.. pastu part heliza menangis dipersenda dpn kwn² awal… dgn babak awal menangis… “Ya Allah, ape aku dah buat ni??” both 2 part ni mmg sedih giler… dan insaf giler… tp aku tak nangis pasal nak cover… aku baru tau pasal jodoh tu… ade 3 ekkk… baru tau nih… siyes.. ahaha… aku pon mcm malas bila member aku ajak tgk cite ni… dlm ati aku kata.. “alamak, cite ni… tajuk mcm tak best je” ..tp aku salah… 1/3 masa tayangan… satu panggung asyik gelak dgn dialog lawak adik haziq tom tom bak…ngan aku pon ikut gelak cam aremm… keh keh keh… igt dialog nih… “saya kan pelajar pintar… mestilah saya tahu..
Taksygmulut – Memang BEST!!!! tak rugi oh tengok…. sllu bila pas tgk movie2 melayu ni rasa tak ada apa2 je pas kuar pawagam…. tp yg ni mmg bestla!!!! part paling lucu, bila ihram hntr adiknya pi rumah syuhada tuisyen…. ada pula puasa tak boleh solat…. hehehe…. nyway congrate ahmad idham… skrip kalau kena touch-up sikit (lebih banyak2 guna hadis2) mmg best!!!! cthnya macam ayat ni….”Bila suatu saat aku jatuh cinta Jangan biarkan cinta ku untuk Mu berkurang Hingga membuatkan ku lalai Akan adanya Engkau Ya ALLAH”
Redz-xack – thumbs up for SYURGA CINTA.. aku jarang suka tengok filem melayu kecuali filem Syurga Cinta ternyata menimbulkan minat aku padafilem melayu… teruskan pembaharuan… Ahmad Idham …i’m vote 4/5 for this filem
Arisa_imamura – sume review positip..aku pun nak komen gak la..wow mmg aku pun tak expect yg pilem ni tak membusankan..aku rasa takde plot yg draggy mcm kebanyakan pilem melayu lain.. skripnya pun bagus..byk mesej dan pengetahuan yg aku dpt sepanjang menonton pilem ni ..lakonan awal pada aku so-so jugak..mungkin cara pembawakan diri dan imej dia yg tak byk berubah dari pilem2 dia yg lain..but masih ok jugak la..lakonan heliza pulak..ada setengah nampak natural..tapi ade part yg dibuat2..tapi tak byk dan masih boleh dimaafkan..tak mengecewakan dan masih boleh diimprove lagi..paling suka outfit dia kat trek lumba keta mainan tu..mane nak beli baju tu ha? so lovely .. haziq kadang2 over..but dia la yg paling menceriakan pilem ni sebenarnya..tak tahan sgt kelakar giler bila part semayang berjemaah tu..sebelum tu dia buat isyarat sunat..tapi awal kata puasa khatan..kelakar sgt2 ..ending nya sgt romantik..atuk syuhada pon join sekaki ..overall aku rate 4/5 bintang..tahniah to ahmad idham dan sume pelakon… aku pun tgk kat alamanda siang tadi..ada sorg pompuan belakang aku tetiba nampak kelibat heliza kat skrin, spontan dia kata “cantiknya diaa..”
Biniwills – aku dh tgk dua kali!!first time tgk rasa cm bese je..tp bila tgk kali kedua…rasa cmbest plak…terus terang aku ckp aku suka jalan cite dan skrip dia..pengisian dan ayat2 falsafah mmg menusuk kalbu, agak cliche tp best!AND terus terang…tak de mananya tiru cite indon!…kisah cinta biasa yg diislamik kan…and HELIZA sgt cantek dlm cite ni..baju dia lawa2 sgt…aku paling suka muka terperanjat dia time Irham tetibe jerit kat Ikmal psl tak pose tu and seriously, aku takle picture sapa lagi yg boleh bwk watak IRHAM dan SYUHADA…Heliza fits the picture perfectly!cuma, AWAL tu sbb kita dh kenal karakter dia…so, watak dia tak terkesan sgtlaa dlm jiwa, takdelaa aku kuar panggung ckp…’ah…nk laki cm Irham…’tp acting dia mmg okay!kalo org yg tak dikenali bwk watak irham lagi berkesan kot..cite tak meleret… straight to the point and yang pasti..ending scene mmg best!
Lulu – salam semua..aku baru tgk ceta nih smlm… ceta biasa tpi ada sesuatu yg bleh jadikannya luar dari biasa.. even pendekatan ceta yg islamik mcm kiamat sdh dekat.. aku just ambil ve dan byk pengajaran yg aku dapat darinya..terima kasih kpd yg menjayakan ceta nih..hrp2 masyarakt dan golongan artis dapat sesuatu yg baik drpdnya .. ..i must admit that Heliza is very beautiful… sejuk hati memandang..wlw dulu aku tak suka psl dia tersgt meniru idola dia tuh…..certain pakaian heliza nampak ketat dlm ceta nih…hrp ambil perhatian la utk next movie…apa2 pon heliza tersgt cantik..kalah jauh dgn siti haliza.. haliza misbun.. liza abdullah.. lizawati.. len2 liza.. cantik semula jadi tanpa mekap dan tanpa menmpakkan rambut….
Kenshiro – aku dah gie tgk cerita nie.. memang daaa best.. memang boleh menginsafkan jugak lah cerita nie..kadang2 sampai nak menetesss air mata kak mah gak bile tgk… ape pun nie lah cerita romantik yang lawak dan best utk semua.. jadi aku syor kan kepada pasangan2 diluar sana pergi lah menonton.. buat yg berkeluarga juga boleh la bawak anak bini kowang gie tgk
Misscordelia – Dah tgk dah, ok la. Not bad. Heliza kena praktis more kot utk intonasi suara dia. Tu je. Awal dah ok.
Elyndaizan – cute je heliza tu…cara pakai tudung pun x menjengkelkan… aku x tgk pun lg citer ni..tp tgk comment2 positif kat sebelah ..buat rasa cam nak tgk lah plak…
Pantai – aku dh tgk semlm… komen… ok laa klau nk kompare ngn cerita2 skrang ni…ada value yg nak disampaikan… storyline ekceli cam biasa jer, tp diolah dgn kemas… skrip pun not bad walaupun skrip heliza agak kebukuan sket… pelakon…heliza, gud start… haziq, pelat laa budak ni… awal, thumbs up…
Amzeid – cte ni mmg menginsafkn…hehe…nice 2 kapel…haha…
OhTidak – dah tengok semalam .. teruja nak tengok lepas baca banyak ve review.. bagi aku cerita ni simple and tak de meleret2 semua straight to the point je….. tapi yang best nye cerita ni di isi dengan scene2 and kata2 yang boleh buat kita berfikir and ingat selepas keluar cinema … heliza sebagai pelakon baru aku rasa berjaya gak compare to certain newcomers … Aku harap cerita ni ade sambungan especially ape akan terjadi ngan parents c awal termasuk kawan2 dia tu ….. filem ni memang highly recommended and aku bagi 4/5 …
Pinkylipzgirl – hebat ! mantap !rasanya SYURGA CINTA cerita terbaik tahun ni !filem ni LAGI BEST dari filem ayat2 cinta!x kisah la tiru filem indon ke tak..tapi filem SYURGA CINTA ini telah menamatkan zaman suram filem melayu sekian lama !Tahniah team SYURGA CINTA!terutama ahmad idham, david teo (walau bukan Islam tapi tahniah !) Awal, heliza, adik hadziq, fizz fairuz, shamzy, mustafa kamal, dian p ramlee, wazata, hisham ahmad tajudin and etc! Best giler!go SYURGA CINTA go !
May 28th, 2009 at 8:44 pm
x sabar nak tonton.. cuma belum ada kelapangan
May 28th, 2009 at 10:58 pm
ini yang rasa nak tengok cite nih. tapi jauh sangatla…
May 29th, 2009 at 2:31 am
sgt best..5/5 stars
1st time tgk fiem terbitan metrowealth kt pawagam..slalu nye tgk kt tv je..=)
SYURGA CINTA mmg best, by pengajarn, funny n sedih..
msh teringat ayat datuk syu psl 3cinta…
mata asyik tertumpu kt heliza stp kali scene die..heliza sgt manis sesuai watak ni dgn die..
haziq sgt kelaka n cute..
1st time tertarik dgn lakonan awal ,sgt mendalami watak..
May 29th, 2009 at 7:54 am
ye kebez?setelah tgk byk komen kate bez tergerak lak ati nk g..coz tgk tajuk cm x bez..takot cte ala-ala syukur 21..hope dpt g tgk nanti..hu./.
May 29th, 2009 at 2:19 pm
memang citer nie best giler, aku dah 5x tgk tak puas2 nak dengar dia punya dialog dan pengajaran. lakonan Awal memang natural, Heliza ok..and so sweet.haziq laq kelakar.Yang lain2 watak menjadi dan kena dengan pelakon2nya.
July 27th, 2009 at 2:30 pm
sape tau muzik seruling ms scene awal amik wuduk tu….