in

Syahrini Krisdayanti Anang Hermansyah

MEMPUNYAI keistimewaan tersendiri, pemilihan Syahrini bukan kerana mahu menggantikan tempat bekas isterinya, Krisdayanti (KD), malah jauh sekali menjadikan Syarini sebagai bayang-bayang KD.

Tetapi bagi Anang Hermansyah, 42, Syarini dipilih semata-mata untuk menjadi pasangan duet untuk album terbarunya itu.

“Saya tidak memilih Syarini kerana ingin mengantikan tempat KD, atau menjadikan Syarini sebagai bayang-bayang KD, tetapimahu dia menjadi pasangan untuk lagu baru saya.

“Sukar untuk mencari rakan duet yang serasi dan mempunyai nada suara yang boleh berduet bersama, tapi itu semua ada pada Syahrini.

“Proses kami untuk bekerjasama dipermudahkan Allah, lamaran pertama saya kepada Syarini diterima,” jelas Anang.

Ketika ditanya tentang lagu-lagu baru Anang yang lebih menjurus kepada kisah peribadinya, Anang memberitahu ia bukan sahaja pada dirinya namun menyentuh kehidupan orang lain.

“Saya tidak dibayangi kisah-kisah sedih saya, sekarang saya teruskan hidup dan selalu berjalan kehadapan.

“Saya tidak pernah berdendam dengan KD. Saya percaya semua yang berlaku adalah kehendak Allah,” jelasnya tenang.

Dalam pada itu, apabila diminta mengulas tentang hubungan KD dan kekasihnya yang dikatakan putus di pertengahan jalan, dia hanya mendoakan yang terbaik buat bekas isterinya itu.

“Saya sentiasa mendoakan KD bahagia dengan siapa pun pilihannya,” jawabnya ringkas.

Sesi promosi petang semalam Anang dan Syahrini kelihatan mesra dan mereka telah mendendangkan lagu Jangan Memilih Aku khas buat rakan media di Malaysia.

“Kami hanya rakan duet sahaja. Saya mahu lagu-lagu Anang mendukung kerjaya nyanyian saya dan tidak lebih dari itu.

“Jika ditanya bila kami mahu bernikah, saya tidak ada jawapannya sekarang, namun jika sudah jodoh saya dengan Anang saya tidak menolaknya,” jelas Syahrini yang memanggil Anang dengan gelaran Mas Anang.

Album mini Anang yang memuatkan dua buah lagu duet berjudul Jangan Memilih Aku dan Cinta Terakhir telah dikeluarkan oleh Tropic Jaya Entertainment Sdn Bhd dan diedarkan secara eksklusif oleh PMP Entertainment (M) Sdn Bhd mulai semalam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza Menang Bintang Paling Popular ABP 2009

MAJLIS SIDANG MEDIA MALAM KEMUNCAK GAH 1 AKHIR