in ,

Syafie Naswip & Sara Ali dalam BISKUT-BISKUT CINTA

Pelakon Syafie Naswip dan Sara Ali dipertemukan kembali dalam telemovie menarik “Biskut-Biskut Cinta” mengisi slot Citra di TV2 pada 27 Oktober ini, pukul 10.00 malam.

“Biskut-Biskut Cinta” sarat dengan adegan komedi bila si gadis yang merubah identitinya menjadi tomboy jatuh cinta pada pemuda yang selalu menjadi penyelamat kepadanya.

Drama arahan Yusni Yusoff ini berkembang dengan memperkenalkan watak utama gadis bernama Khirul Bariah (Sara Ali) lari ke bandar kerana takut dikahwinkan dengan orang tua di kampungnya. Dia menukar perwatakan menjadi lelaki dengan nama Kerol kerana takut diganggu.

Biskut-Biskut Cinta

Dia kemudiannya diterima bekerja di kedai biskut dan pada masa yang sama berjumpa dengan rakan serumah bernama Anuar (Syafie Naswip). Anuar merupakan penyelia di kedai biskut tempatnya bekerja. Setiap bulan Kerol mengirim wang pada ibunya di kampung untuk melangsaikan hutang keluarga dengan orang kaya di kampung.

Berlaku peristiwa-peristiwa lucu semasa tinggal serumah dengan Anuar hingga memaksa Kerol mencari rumah sewa lain kerana takut rahsianya bocor dan diketahui oleh Anuar.

Pada suatu hari Kerol diganggu oleh sekumpulan remaja nakal. Mujur Anuar berada di situ lantas menyelamatkan Kerol. Sejak itu Kerol terpaut hati tanpa di sedari Anuar. Anuar pula merasakan Kerol seorang yang pelik kerana jarang bergaul dengannya semasa mereka tinggal serumah hingga memaksa beliau menyiasat siapa Kerol sebenarnya.

Akhirnya Anuar dapat tahu siapa Kerol hingga menyebabkan dia kecil hati dan marah pada Kerol. Kerol menerangkan keadaan sebenar hingga berjaya memujuk Anuar dan Anuar pergi ke kampung Khairul bariah bertemu ibunya.Pulang ke rumah Kerol terkejut kerana ibunya telah berkahwin dengan Pak Yazid, orang kaya di kampungnya.

Drama ini turut dibintangi oleh Kamarul Hj Yusuff (Pak Yazid), Delimawati (Mak Ton), Sharonizam Noor (Abang Leman), Zila Bakarin (Julia) dan Rasyid Jaafar (Zaki).

Selamat menonton Budieyators sekalian!

Sara Ali dan Syafie Naswip

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Dianugerahkan Integrasi Keutamaan bagi Sektor Penerbangan

Apabila Artis Youtube Diraikan di WEBTVASIA AWARDS 2015