in ,

Dato’ Siti Nurhaliza Jadi Juri Pentas Akhir Ceria All Stars

Seramai 5 finalis akan berentap di pentas akhir Ceria All Stars sekaligus merebut peluang bergelar juara sulung program realiti pencarian bakat serba boleh itu. Pusingan separuh akhir Ceria All Stars yang berlangsung Jumaat lepas menyaksikan penyingkiran 4Teen; sebuah kumpulan Beat Box yang terpaksa berputih mata selepas keputusan diumumkan pengacara Faizal Ismail di akhir rancangan.

Untitled

5 Finalis Rebut Kejuaraan Ceria All Stars!

[dropcap]5[/dropcap] finalis yang layak ke peringkat akhir adalah Nur Amirah Syahirah, 12 tahun (Bermain drum), Mohamad Iqmal Fikry, 15 tahun, (Pelukis Spray Art), Kumpulan BTB (Penari moden), Kumpulan LC (Tarian Kontemporari) dan juga satu calon wild card, Myra Lilly, 9 tahun yang berkebolehan melakukan aksi gimnastik sambil menyanyi.

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Meriahkan Pentas Akhir Jumaat ini

[dropcap]K[/dropcap]onsert akhir Ceria All Stars akan disiarkan secara langsung Jumaat ini, 8 Januari 2016, bermula jam 9 malam di Astro Ceria, Saluran 611 dan Astro Maya HD, Saluran 135. Konsert akhir ini bakal menampilkan Jihan Muse selaku pengacara manakala Nabil Ahmad dan Nora Danish kembali memainkan peranan selaku juri tetap. Penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin pula akan membuat kemunculan khas selaku juri undangan.

Juara Ceria All Stars bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 20,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi. Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 10,000.00 dan juga trofi.

Manakala pemenang tempat keempat dan kelima pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000.00 dan RM 3,000.00 beserta trofi. Format penjurian konsert akhir bakal dinilai oleh juri-juri profesional sebanyak 50 % dan juga undian penonton di rumah sebanyak 50 %.

Pentas akhir Ceria All Stars bakal bersiaran 8 Januari ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria dan saluran 135, Astro Maya HD.

Ceria All Stars diaktifkan oleh Caliph Kids Expert dan diceriakan oleh Legoland.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem THE 5TH WAVE

Sinopsis Filem THE MERMAID Arahan Stephen Chow