in

Senarai Selebriti Yang Akan Berniaga di Karnival Usahawan Belia 2015

Tinggal lebih kurang 12 hari lagi untuk Budiey berniaga di Karnival Usahawan Belia (KUB) 2015. Segala persiapan sedang berjalan sekarang ini. Macam-macam jenis makanan Budiey akan jual di karnival ni. Kepada yang nak datang jumpa Budiey dan membeli-belah tu, jangan lupa la singgah sekejap kita borak-borak di booth bernombor 69 ya.

Untuk info pembaca, KUB 2015 merupakan satu usaha untuk membuka ruang kepada usahawan tempatan khasnya usahawan belia mempamerkan, mempromosi dan memperkenalkan mutu dan kualiti keluaran produk masing-masing berdasarkan keperluan semasa di pasaran dan masyarakat umum.

Melalui penganjuran karnival usahawan ini, maklumat tentang peranan kementerian atau agensi dan badan-badan yang terlibat dalam pembangunan usahawan dapat disebarkan dengan meluas sejajar dengan matlamat kerajaan yang ingin merealisasikan pembangunan modal insan.

Info Mengenai KUB 2015

  1. Dianjurkan oleh Trigger Resources Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Belia & Sukan Malaysia
  2. Tarikh – 27 November hingga 29 November 2015
  3. Tempat – Perkarangan Pintu Gerbang utama Stadium Shah Alam
  4. Waktu – 10 pagi hingga 12 tengah malam
  5. Lebih kurang 400 usahawan akan berkampung di sana untuk memperkenalkan & mempromosikan produk masing-masing
  6. Sebanyak 300 tapak & ruang niaga ditawarkan kepada usahawan yang berminat untuk menyertai karnival jualan
  7. Kategori produk yang dibenarkan – jualan makanan & minuman, pakaian, aksesori, produk kecantikan, kesihatan, perkhidmatan & hijab.
  8. Penganjur juga menjemput 20 orang usahawan selebriti GTAS yang diketuai oleh Anne Abdullah dan Dilla Ahmad.
  9. Antara usahawan selebriti yang hadir – Fizz Fairuz, Liza Abdullah, Aliza Rafar, Sheila Mambo, Khaty Ibrahim Azian, Rozie Rashid, Encik Mimpi, Nodi Ax Rock dan ramai lagi.
  10. KUB 2015 adalah bertujuan untuk menjadikan ianya tersenarai sebagai salah satu acara dalam Calendar of Event di Negeri Selangor.

Ayuh usahawan di luar sana kita berkampung di KUB 2015 ! Jom datang beramai-ramai di sana!

Kunjungi booth usahawan selebriti yang akan berniaga di karnival ini:

Anne Abdullah
Dilla Ahmad
Ainina Ahmad B
Kuna
Nor Azifah
Syanie
Rozie Rashid
Anjang Aki
Zack Taipan
Sheila Mambo
Elly Rajalawak
Farid Wari
Nadia Kesuma
Ennie Sulastri/Norlie Tamam
Elji
Kapten Mat Nor
Khaty Azean
Lizza Abdullah
Fizz Fairuz
Aliza Rafar

Mereka akan menggamatkan lagi suasana stadium Shah Alam dengan jualan serta promosi produk dengan harga mampu milik uols.

Jumpa di sana okay. Jangan lupa booth Budieylicious bernombor : 69 Haaa, senang korang nak ingat! Hehe..

Hi semua jom datang beramai-ramai di @karnivalusahawanbelia2015 anjuran @triggerresources 👇 Tarikh: 27 - 29 Nov 2015 Tempat: Perkarangan pintu gerbang utama stadium Shah Alam Masa: 10pg - 12 mlm 💮 💮 Kunjungi booth usa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khairy Jamaluddin Meriahkan Malaysia Urban Retreat 2015

Kolaborasi Knorr Festival of Flavours Sempena World Food Day