in ,

Sekitar Sambutan Jubli Perak 25 Tahun FMC MUSIC

MINI SHOWCASE – SAMBUTAN JUBLI PERAK – 25th FMC MUSIC

PELANCARAN SINGLE TERBARU WANY HASRITA, ERNIE ZAKRI, WANI (GGV), SISSY IMANN, TAJUL, PUTRA BAND, SYED SHAMIM

PELANCARAN LIRIK VIDEO AUGMENTED REALITY (YANG PERTAMA DI ASIA) HAQIEM RUSLI “JATUH BANGUN”

Pada tahun 1989 – Hui Hvang Enterprise telah telah ditubuhkan dan bertindak sebagai pengedar CD dan Kaset sebelum terbentuknya sebuah lagi syarikat di bawah kumpulan yang sama iaitu FANTASIA MUSIC CITY pada tahun 1991.

Sekitar Sambutan Jubli Perak 25 Tahun FMC MUSIC

FANTASIA MUSIC CITY telah telah memulakan langkah pemasaran dan promosi dengan jayanya. Jualan kaset dan cakera padat (CD) keluaran FMC ketika itu berjaya memecah masuk ke pasaran yang luas di seluruh Malaysia termasuk Singapore dan Brunei sehingga kebanyakan dari album tersebut mencecah jualan ratusan ribu unit. Secara tidak langsung telah meletakkan FMC setanding syarikat rakaman gergasi yang lain.

Sekitar Sambutan Jubli Perak 25 Tahun FMC MUSIC

Antara barisan artis terawal yang menyertai FMC

– KUMPULAN RIO
– KUMPULAN E.Y.E
– KUMPULAN BUDAK KACA MATA
– KUMPULAN ARROW
– ANI MAYUNI
– ELDA SUSANTI
– LIZA ABDULLAH & ZIELA JALIL (ALBUM SAMARENDA)
– KUMPULAN SCOIN
– SITI NORDIANA
– KUMPULAN SPIN
– SYURA
– ELYANA
– KUMPULAN GRAND
– KUMPULAN ANTZ
– MAMAT
– RAMLAH RAM
– JAY JAY
– FUTRI MIYANTI
– KUMPULAN COCO
– KUMPULAN ILHAM (KANAK-KANAK)
– FAR EAST (NASYID)
– GREY SKY MORNING
– PAK LONG
– YUNA (EDARAN ALBUM)
– TASHA MANSHAHAR
– PRIA BAND – INDONESIA
– KLEO BAND – INDONESIA
– SELASA BAND – INDONESIA
– THE JUNAS MONKEY – INDONESIA

Pada tahun 1999 Fantasia Music City mula dikenali sebagai FMC MUSIC SDN BHD. Selain menerbitkan album nyanyian serta mengedarkan album tempatan, FMC Music telah melebarkan sayap kebidang penerbitan Telemovie dalam bentuk VCD. Antara Telemovie yang telah diterbitkan oleh FMC

– DEMI
– PRAHARA
– TIGA DARA PINGITAN
– PALING COMEL
– HELAH
– WAD 04
– KERANAMU IBU
– PELAKON POPULAR
– HOOREY! HOOREY!
– SERIAU

Pada tahun 2004, FMC telah menerbitkan sebuah buku AUTOBIOGRAFI ACHIK & NANA – PELANGI JIWA . Buku yang diselenggarakan oleh Kash S Johan ini mengisahkan tentang kerjaya dan perjalanan seni Achik dan Nana di samping mengupas tentang isu dan persoalan kisah percintaan mereka yang menjadi tanda tanya dan topik perbualan hangat dikalangan peminat mereka ketika itu. Ternyata penerbitan autobiografi ini tidak sia –sia kerana ia mendapat sambutan diluar jangkaan dan di ulang cetak berkali kali dan masih mendapat permintaan hingga ke hari ini.
2017 – Sempena ulang tahun penubuhan yang ke 26, FMC Music dengan bangganya menganjurkan Mini Showcase dan sambutan JUBLI PERAK dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – bersama barisan artis baru yang berbakat besar serta popular. Sambutan Jubli Perak ini diadakan bersama pelancaran single terbaru artis- artis FMC Music disamping meraikan kejayaan 500,000 subscriber di YOUTUBE rasmi FMC Music Sdn Bhd.

Antara barisan artis terkini FMC Music yang akan turut membuat persembahan dan melancarkan single terbaru mereka ialah,

– ERNIE ZAKRI – AKU CINTA (DUET SYAMEL AF)
– WANY HASRITA – RINTIHAN RINDU
– SISSY IMANN – JATUH
– WANI (GGV) – AKU SELALU SETIA
– MUNA AF – TAKDIR CINTA
– PUTERA BAND – TERSIKSA
– TAJUL – MELAMAR RINDU
– SYED SHAMIM – MANA TAHU SIAPA TAHU
– HAQIEM RUSLI – JATUH BANGUN

Lebih istimewa apabila buat julung kalinya pelancaran lirik video dalam bentuk AUGMENTED REALITY (AR) – YANG PERTAMA DI ASIA akan dilancarkan menerusi lagu Haqiem Rusli – JATUH BANGUN. Konsep AR untuk lagu – Jatuh Bagun ini ditaja dan dikendalikan sepenuhnya oleh Syarikat SAYAP PRODUCTION.

Antara artis lain yang masih bernaung di bawah FMC Music dan tidak dapat bersama di majlis sambutan Jubli Perak kali ini ialah – Wan Azlyn kerana berada di Jakarta ( menyertai D’Academy Asia 4), selain Elyana dan Syura serta Afiq (Idola Kecil) dan Azhar AF yang baru menyertai keluarga FMC Music.

Sekitar Sambutan Jubli Perak 25 Tahun FMC MUSIC

Sekitar Sambutan Jubli Perak 25 Tahun FMC MUSIC

Sekitar Sambutan Jubli Perak 25 Tahun FMC MUSIC

Sekitar Sambutan Jubli Perak 25 Tahun FMC MUSIC

Sekitar Sambutan Jubli Perak 25 Tahun FMC MUSIC

Sekitar Sambutan Jubli Perak 25 Tahun FMC MUSIC

Sekitar Sambutan Jubli Perak 25 Tahun FMC MUSIC

Sekitar Sambutan Jubli Perak 25 Tahun FMC MUSIC

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Popular Meriahkan Warner Music Malaysia IPT TOUR 2017

Betul Ke Nabila Razali & Aedy Ashraf Bercinta?