Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sekitar Pelancaran Teater Impak Maksima The Musical



Dari drama ke filem… menggegarkan panggung… dan dari filem pula diusung ke pentas Panggung Sari, Istana Budaya… Impak Maksima The Musical, ada lakonan, tarian dan nyanyian. Bagaimana senario yang akan dipertontonkan?

Pada 28 Ogos 2008, hari Khamis yang lalu telah berlangsung sidang media Impak Maksima The Musical di kamar Seri Nilam, Istana Budaya.

Bakal dipertontonkan kepada masyarakat pada 11 November hingga 22 November 2008, bakal memberikan kelainan. Bayangkan, bagaimana sukan drift diimplementasikan di pentas paling moden di Malaysia ini. Khabarnya, kereta drift turut berderum di pentas ini dan untuk itu, satu lapisan tar untuk membolehkan kereta berpusing akan dibina. Ianya memakan perbelanjaan yang besar dan ini akan ditanggung oleh Excellent Pictures yang bekerjasama dengan Istana Budaya dan Global Network Entertainment Sdn Bhd.

Sidang media ini telah mengumumkan Zul Huzaimy Marzuki sebagai penolong pengarah, Cat Farish sebagai komposer, Belalang (peserta So You Think You Can Dance) sebagai koreografer, Den Wahab sebagai penyelaras dan Ahmad Idham sebagai pengarah.

Zulhuzaimy, dari pelakon ke penolong pengarah teater.

Selain itu, tiga orang pelakon utama telah diperkenalkan kepada media iaitu Awal Ashaari sebagai Ayie, Dynaz dan Jue Aziz.

Budiey ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelakon terpilih. Terutama kepada Awal Ashaari dan Dynaz, pelakon drama paling popular ABP yang pertama kali beraksi di pentas teater. Jue Aziz pernah berlakon teater sebelum ini. Jadi, rasanya tidak ada masalah. Kebanyakan pelakon mengakui bahawa teater banyak memberi panduan dan platform untuk membina karakter untuk menjadi pelakon berkarisma.

Ketika segmen khas pelancaran teater ini, Budiey terpegun melihat formasi drift yang dipertontonkan. Ini pertama kali Budiey menyaksikan gimik pelancaran dibuat di luar dewan Istana Budaya. Juga digabungkan dengan tarian ala muzikal oleh para pelakon dan penari.

Sinopsis Teater Muzikal Impak Maksima The Musical
Teater ini mengisahkan seorang remaja bernama Ayie (lakonan Awal Ashaari) bersama dua rakan karibnya iaitu Loyai dan Amran yang sentiasa terjebak di dalam sukan permohonan drift. Mereka obses dan gemar serta terlibat dengan lumba haram. Saingan utama Ayie ialah Ray dan mereka bersaing untuk bergelar jaguh Drift jalanan.

Seperti jalan cerita dalam drama dan filem, dalam teater ini juga, Ayie dan Loyai adalah pelajar di kolej swasta. Amran adalah seorang mat rempit dan bekerja sebagai mekanik di bengkel Adam.

Suatu hari, ketika kemasukan pelajar baru, Ayie telah bertemu dengan Eva Lyana seorang freshie yang cukup popular. Malangnya Eva tidak berminat dengan Ayie. Namun, Ayie tidak berputus asa dan berusaha sedaya upaya untuk memikat hati Eva.

Apa yang tidak diketahui oleh Ayie ialah Eva sebenarnya adik kepada Ray yang sentiasa mengawasi pergerakan adiknya. Apabila Ray mendapat tahu yang Ayie sering mengganggu Eva, Ray bersemuka dengan Ayie. Di situ berlaku pergaduhan dan Ayie dibelasah dengan teruk. Eva simpati dan dari situ bermula bibit cinta antara Ayie dan Eva. \

Satu hari, Eva didatangi seorang gadis bernama Mimi. Kehadiran Mimi memeranjatkan Eva sebab Mimi memperkenalkan dirinya sebagai kekasih Ayie. Eva kecewa. Ayie cuba menjelaskan keadaan sebenar pada Eva bahawa Mimi adalah bekas teman wanita dan mereka hanya kawan sahaja.

Ayie cuba bertemu Eva tetapi malangnya Ray yang hadir. Sekali lagi, Ray memberi amaran kepada Ayie supaya menjauhi adiknya. Kali ini Ayie mencabar semula Ray untuk berlumba dengannya dan kalau dia kalah, Ayie tidak akan mengganggu Eva lagi. Ray bersetuju dan mereka telah menetapkan satu tarikh.

Siapa yang menang perlumbaan ini? Dapatkah Ayie mengamit semula cinta dari Eva? Segalanya terjawab dalam teater arahan Ahmad Idham ini.

Tiket berharga RM20, RM30, RM50, RM80 dan RM150 akan dijual tidak lama lagi. Jangan lupa untuk mendapatkannya.

Untuk gambar lain, sila layari:

http://budifoto.blogspot.com

Tags: ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia Minggu Ini
  • Trivia: Comelnyaaaaa…. Anak Pelakon Mana Ni?
  • Impak Maksima The Musical di Istana Budaya Disember Ini?
  • Persembahan The Secret Life of Nora Dilanjutkan
  • Iqram Dinzly Pelakon Rempit VS Impak Maksima
  • Siti Nurhaliza, Liza Hanim & Atilia Dalam Theater P. Ramlee The Musical
  • Sekitar Majlis Pelancaran Program Istana Budaya Jun – Disember 2008
  • Ucapan SMS Salam Aidilfitri Awal Ashaari
  • Gossip Aida Aris Cinta Zul Handy Black
  • Gambar Awie Wings di Sidang Media Cuci The Musical 2



    • http://lamantikarsarawak.blogspot.com/ Zam Emzeti

      Salam Budiey, hari pertama Ramadhan dah dilalui.
      Erm, entah mcm mana agaknye dibuat muzikal bg cerita xtreme sebegini yer..tunggu dan lihat je lar..

    • Putri idaman

      mesti best giler teater ni….rasenyer takde pengarah yg buat citer cam ni.Siap bawa masuk trek.mesti bergaung istana budaya dgn bunyi kete…pelakon2 pun best.lagi2 awal yang berlakon so cute….Hi..Hi..Hi..

    • Putri idaman

      mari ramai2 g tengok teater ni….mesti tak rugi punyer…..

    • hmmm.

      hmmmmm…seme nak buat..pasni wat la utk siaran radio plak…pastu nanti wat komik lak yee…..jgn mengarut mcm dlm drama sudah…asik2 masuk spital..asik2 mati..tu je la motif citer ahmad idham…..samela cam ezora tu..seme duk masuk spitall..duk mati..ezora xnak wat muzikal gak kee???

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      musical? hhaha.. hehehe.. ahhahaha.. hhh hhohoh

    • human

      congrats to impak maksima the musical people… really fantastic….
      i was disappointed with IB technical items… the sound and the lighting are worse… IB should change to new speaker and sound system also the lighting system…. this technical problem give a very bad impact to our theater industries…
      anyway impak maksima the musical was a very big success to malaysia.

    • puteri intan amalya

      awal ni mcmane pun dia ttap hndsome

    • http://p_Nk eykin

      assaLammuaLaikum….
      smg chat sejahtra clalO…
      smg d’pnjg kan umo n d’mrh kan rzeki..
      ade pntun cket!!!
      anak kEtam bAru b’jln,
      matEnyE butE d’gigit lipAn,
      cLamt dtG buLan RamaDHan’
      cLamt tinGgal antO N sEtan,
      cLmat mnjLn ibadh pOsE….??kalO bLeh bLs yERk

    • http://p_Nk eykin

      anak ketam baru b;jalan,
      matenye butE D’gigit lipAn,
      sElamat dataNg buLan RamaDhan,
      sElamt tingGAL hantu daN sEtan,
      sElamat mEnjaln iBaDah puasE…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK