Home HOME | Tips Lifestyle | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Sekitar Pelancaran Drama Vice Versa Lakonan Aziz M. Osman & Nor Aliah Lee

Pada 7 Mac, hari Jumaat yang lalu, Budiey ada menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon Vice Versa yang diadakan di Restoran The Apartment, The Curve, Mutiara Damansara. Berlangsung dalam suasana yang penuh santai, majlis itu dihadiri oleh pelakon utama seperti Fahrin Ahmad, Umie Aida, Abby Abadi, Jason Chong, Aziz. M. Osman, Nor Aliah Lee dan beberapa pelakon pembantu yang lain. Drama yang diarahkan oleh sutradara terkenal, Aziz M. Osman ini juga turut dibantu oleh pelakon Eizlan Yusof dan Julia Ziegler yang tidak hadir pada petang itu.

Klik Video Youtube untuk mendengar apa pesanan Fahrin dan Umie Aida untuk korang:

Ini pula video sekitar Majlis Ramah Mesra Drama Vice Versa.

Tepat jam 3.40 petang, majlis dimulakan dengan ucapan Aziz M. Osman selaku pengarah drama ini. Antara yang diperkatakan, drama ini memang ada kelainan dan dan berbeza dari apa yang pernah diterbitkan oleh Ace Motion sebelum ini. Sebelum ini, drama yang ditayang agak ‘manja-manja’ tetapi kali ini lain sedikit sebab tema yang dibawa lebih seimbang dari segi penyampaian.

Aziz M. Osman berterima kasih kepada TV3 kerana memberi peluang untuk bikin drama berbentuk ‘mesra famili’ dan cinta. Kesemua pelakon yang Budiey temui yakin audien akan suka dan minat dengan drama ini. Mungkinkah drama ini akan mencetuskan fenomena baru atau boleh memecah rekod drama bersiri yang lain?

Drama bersiri 13 episod berjudul Vice Versa ini akan menemui penonton mulai 18 Mac 2008, jam 11 malam setiap hari Selasa. Merungkaikan tema yang unik iaitu interpretasi percanggahan fikiran lelaki dan perempuan. Yang menariknya, penonton akan dibawa menjelajah segala genap sudut dan perspektif lelaki dan dan perempuan. Iaitu 30 minit dari sudut pandangan perempuan dan 30 minit selepas itu, pandangan dari watak lelaki. Rasanya drama sebegini belum pernah lagi dibuat oleh mana-mana produksi.

Hakikatnya, lelaki dan perempuan saling memerlukan namun agak sukar untuk mereka memahami antara satu sama lain. Jadi, drama ini diolah untuk memberi kefahaman kepada penonton tentang apa yang perempuan mahu dari lelaki dan begitulah sebaliknya. Sudah tentu ada unsur kasih sayang, kerjasama, tolong menolong antara pasangan. Tak percaya, tonton episod pertama dahulu, pasti korang akan terpaut dan tak mahu ketinggalan pada episod yang seterusnya.

Penonton dapat melihat bagaimana sesuatu isu dari dua sudut berbeza. Lelaki dan perempuan yang selalu dilanda masalah komunikasi dan interaksi dengan pasangan. Misalnya, jika lelaki dan perempuan berbalah sebab timbul isu seperi cemburu, biasanya mereka mahu menegakkan kebenaran masing-masing.  Jadi, dalam drama Vice Versa, penonton dapat menilai sesuatu isu itu setelah meneliti pandangan dari kedua-dua pihak.

Apa yang uniknya drama terbitan Ace Motion ini:

  1. Drama ini berkisar tentang 3 pasangan iaitu Fahrin + Umie Aida, Jason Chong + Abby Abadi dan Aziz M. Osman + Nor Aliah Lee. Dua pasangan adalah pasangan suami isteri dan satu lagi pasangan telah pun bercerai.
  2. Bagi Budiey, yang menariknya penonton akan melihat pasangan Aziz M. Osman dan Nor Aliah Lee berlakon dalam satu drama dan diberi watak suami isteri. Ironinya, secara kebetulan dalam kehidupan realitinya pula kita sedia maklum yang Aziz M. Osmn dan Nor Aliah Lee dah bercerai.
  3. 30 minit pertama adalah babak Vice (perempuan) dan 30 minit selepas itu adalah babak Versa (lelaki).
  4. Pelakon utamanya terdiri daripada pelakon yang berpengalaman.
  5. Drama kedua lakonan Umi Aida dengan Fahrin Ahmad sebelum Drama Dalam Hati Ada Cinta.
  6. Tarikan utama drama ini terletak pada konsep, kekuatan skrip yang tidak terlalu berat dan jalan cerita yang senang dihayati.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sinopsis Drama Vice Versa Lakonan Fahrin Ahmad & Jason Chong
  • Eksklusif! Gambar Persandingan Norman Hakim & Nor Aliah Lee
  • Drama Ampang Medikal Lakonan Rusdiana Rusdi & Julia Ziegler
  • Pesanan Michelle Wee Untuk Tukang Komen
  • Drama Ali Din Lakonan Fazren Rafi, Umie Nazira, Hans Isaac, Vanidah Imran
  • Sekitar Majlis Pelancaran Kisah Kaisara Musim ke-2
  • Drama Romeo Arahan Aziz M. Osman di TV3
  • Poster Emil Emilda & Gambar Aaron Aziz
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Gambar Jue Aziz di Majlis Doa Selamat Drama Jangan Main Belakang



  • 6 Komen untuk entri “Sekitar Pelancaran Drama Vice Versa Lakonan Aziz M. Osman & Nor Aliah Lee”

    1. muke_comel kata:

      aku mcm kenal je minah yg buat ‘peace’ tu…slalu kuar tv kan?feymes tul dia ekh?tak sabar aku nk tengok vice versaaa….

    2. pink_panther kata:

      x sabar nak tgok drama ni… tgok gaya macam best jer!!

    3. BAU BUSUK kata:

      drama ini mengutarakan persaingan dan persoalan lelaki ker…atau perempuan, dan baik buruk antara lelaki dan perempuan. Tapi balik pada realiti…lelaki dilebihkan dari segi kehidupan mahupun agama…bukan bererti mereka menang…tapi kena fikir tanggungjawab mereka lebih dari perempuan

    4. zamri kata:

      aduhai, tajuk drama pon salah sebut

    5. mawar kata:

      xnk komen psl cite ni..sbb aku tau yg aku xkn brkesempatan nk tgk cite ni..dh lma xdpt tgk TV..huwa………… :( erm..cma nk mnyatakn kesedihan yg TERAMAT2 sgt sbb tgk aliah dh xpki tdung..aku rsa dlu die pmpuan plg cantik bile pki tdung..tp sume tu tggal kngn..nape jd camtu ek..?ape nk jd ngan dnia skang……

    6. ain_nia kata:

      interesting..

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:












    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET