in ,

Sekitar Blind Drifting Pertama Maxis Di Malaysia

Maxis hari ini menunjukkan komitmennya untuk pengalaman rangkaian yang terbaik dengan lebih penstriman dan pelayaran yang sentiasa pantas dengan memberikan ahli-ahli media peluang untuk mengalami ‘blind drifting’ yang pertama, diperbolehkan oleh Maxis 4G LTE. Apakah maksudnya? Bayangkan sebuah kereta yang cerminnya digelapkan, dan anda tiada apa-apa kecuali skrin telefon mudah alih sebagai panduan.

Sekitar Blind Drifting Pertama Maxis Di Malaysia

Pada acara itu, Maxis telah bekerjasama dengan seorang Pengajar Pandu Maju BMW (Advanced Driving Instructor), untuk drift melalui litar yang direka khas, yang melibatkan pelbagai tindakan drift untuk menunjukkan keunggulan Maxis 4G melalui penstriman langsung (live streaming). Dengan tingkapnya digelapkan, kereta drift yang telah dipasang dengan kamera web dan aplikasi strim langsung memberi kepada pemandu.

[pullquote]Pelayaran dan penstriman yang sentiasa pantas dengan Maxis 4G LTE sepanjang hari. Maxis adalah peneraju dalam perkembangan liputan pesat 4G LTE dengan sasaran untuk mencapai lebih daripada liputan penduduk Malaysia menjelang akhir tahun. Sambungan fiber yang paling luas ke tapak kami, menyediakan sambungan jalur lebar mudah alih yang amat dipercayai[/pullquote]

Setakat ini, Maxis adalah peneraju dalam liputan 4G LTE dan sasar untuk mencapai lebih daripada separuh liputan penduduk menjelang akhir tahun. Dengan Maxis 4G LTE, pengguna boleh menikmati layaran and penstriman sepanjang hari yang lebih baik dengan kelajuan lebih cepat yang konsisten. Ini bermakna pengguna menikmati tontonan yang lancar, tanpa gangguan setiap kali.

“Teknologi adalah hebat, tetapi obsesi kami hanya menjadikannya lebih baik. Hari ini, rangkaian 4G LTE kami adalah yang terbaik kerana kami membinanya dengan lebih baik. Kami sendiri mengujinya banyak kali, dan juga mendapatkan pihak ketiga untuk menguji lanjut. Kami mempunyai sambungan fiber yang paling luas ke tapak kami, dengan itu menyediakan sambungan jalur lebar mudah alih yang amat dipercayai. Ini tidak dapat dilaksanakan tanpa pelaburan berterusan kami dalam rangkaian dimodenkan yang baru dan infrastruktur fiber baru kami, di mana kita berada di landasan yang betul untuk melabur lebih daripada RM1 bilion tahun ini,” kata Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi Maxis.

Rangkaian 4G LTE secara amnya menawarkan pengalaman yang lebih baik untuk semua jenis aplikasi data. Sebagai contoh, penstriman YouTube adalah HD secara lalai apabila pengguna berada di rangkaian 4G LTE. Sebenarnya, terdapat aplikasi yang hanya boleh berfungsi dengan baik dengan 4G LTE, seperti Meerkat, Periscope, Stringwire dan banyak lagi. 4G LTE juga lebih baik untuk aplikasi yang memerlukan kependaman rendah seperti panggilan video IP dan permainan.

Sekitar Blind Drifting Pertama Maxis Di Malaysia

Sekitar Blind Drifting Pertama Maxis Di Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira Akui Rapat Dengan Shahir

Kembara Anding Ke Andalusia Dalam Klik-Klik Andalus