in ,

SayWho Meriahkan Muzikal Khas Anak Dunia

Kemunculan Kumpulan Saywho yang mengendalikan Segmen 1,2 Jus!, iaitu segmen gameshow atau candawara bersama penonton antara pengisian menarik program Muzikal Anak Dunia Khas Hari Natal kali di Auditorium Perdana,” beritahu Farah Syahnaz selaku penerbit program terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM.

Susulan kejayaan penerbitan pertama pada Mei yang lalu, Konsert Muzikal Anak Dunia kembali lagi kali ini dengan menjanjikan persembahan yang lebih istimewa.

Janelle2

Disiarkan pada 26 Disember ini, pukul 4.00 petang di TV2, rancangan muzikal kanak-kanak yang memilih tema persahabatan ini menggabungkan dua (2) elemen persembahan iaitu nyanyian & tarian akan bersiaran selama sejam. Pembuka tirai rancangan ini dimeriahkan dengan tarian berkumpulan oleh Sayang Dancers.

Selain itu, rancangan ini turut diwarnai oleh persembahan nyanyian oleh bakat cilik yang telah dicungkil bakat mereka melalui program realiti Bintang Kecil iaitu Aqeesh Aleeya & Jesslyn Ng.

Menurut Farah Syahnaz lagi, apa yang menariknya konsert Muzikal Anak Dunia kali ini ialah dia akan menyelitkan suatu pengisian berbeza iaitu pengertian persahabatan disampaikan dengan santai melalui garapan persembahan nyanyian dan tarian selain menonjolkan bakat kanak-kanak dari pelbagai kaum yang ada di Malaysia.

Artis cilik lain yang turut membuat persembahan ialah Shiekh Baseer, Janelle dan Flava Skoutz serta persembahan Silap Mata oleh adik Tharrani dalam Segmen Bakat Cilik. Persembahan dihangatkan lagi oleh adik Hazury yang berbakat bermain gitar dan menyanyi yang bakal memukau penonton-penonton cilik diluar sana.

Rancangan ini dihoskan oleh Nadia Hasnan yang akan bergandingan dengan dua hos baru iaitu Aryan Farhan dan Adik Syasya.

Jangan lupa saksikan Konsert Muzikal Anak Dunia Khas Hari Natal yang bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah sangat sesuai ditonton oleh seisi keluarga ini hanya di TV2.

Adik Tharrani

Saywho4

Saywho5 (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FOX International Channels Memilih Vineet Puri

Sekitar Penyampaian Hadiah Pencarian Lelaki LISA.MY 2014