in

Saluran Bintang 141 Siar Akustik Tegar

EKSKLUSIF! November ini Saluran Bintang 141 membawakan sebuah program istimewa dan eksklusif “AKUSTIK TEGAR”. Akan bersiaran pada 16 November 2013, Sabtu jam 10 malam. Tegar Septian, seorang pengamen cilik dari Indonesia yang semakin meningkat naik di Indonesia mahupun Malaysia. Tegar akan mendendangkan beberapa buah lagu seperti Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, Rindu Ibu dan 2 buah lagu dari album beliau. Juga sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan NOAH.

akustik tegar di bintang 141

BINTANG 141

Smash Ready To Blast akan menemui peminat-peminat boyband terkenal dari Indonesia ini. Konser ini bersempena dengan pelancaran album Smash yang kedua. Akan disiarkan pada Sabtu, 2 November 2013 jam 10 malam.
Juga Konser Ter Indah oleh Indah Dewi Pertiwi akan disiarkan pada Sabtu, 30 November 2013 jam 10 malam. Konser ini juga dimeriahkan oleh beberapa penyanyi lain seperti 7 Icons, XO-IX, Charly Van Houten, Super Seven, Setia Band dan lainnya.

Hitam Putih adalah sebuah ‘talkshow’ dengan format mind reading. Di acarakan oleh Deddy Corbuzier,seorang mentalis terkenal di Indonesia. Aksi-aksi menarik khas Deddy Corbuzier akan diselipkan di setiap segmen talkshow ini. Kejahilan, kemahiran & ketajaman Deddy dalam mengatur permainan pikiran akan mengundang gelak tawa bersama tetamu jemputannya. Setiap Khamis jam 9 malam.

Super Trap ,sebuah program yang membuatkan anda tertawa melihat ekspresi mereka yang dikenakan dengan pelbagai cara. Setiap Sabtu jam 9 malam.

Borak Ngomong. Sebuah program ‘talkshow’ yang diacarakan oleh kumpulan lawak dari Indonesia “SAYWHO”. Dengan topik-topik menarik yang dikupas dan kehadiran artis-artis jemputan akan merancakkan lagi program ini. Setiap Khamis jam 10.30 malam.

Anda ingin mengetahui gosip terkini dan perkembangan sensasi dunia hiburan Indonesia? Saksikan Halo Selebriti setiap Isnin-Khamis jam 7 malam dan Hot Shot setiap Jumaat- Ahad jam 7 malam. Disiarkan sama hari dengan Indonesia esklusif hanya di Bintang 141.

Teruskan bergelak ketawa dengan sajian istimewa di dalam program Opera Van Java (OVJ). Menampilkan penampilan istimewa artis-artis Indonesia seperti Syahrini,SM*SH,JKT 48, Ungu, dan ramai lagi. Setiap Selasa dan jumaat jam 9 malam.

Begitu juga temubual eksklusif pengacara terkenal Tukul Arwana dalam program Bukan Empat Mata, bersama artis-artis popular Indonesia seperti Tegar,Sule,Reza Rahadian,Judika, Vidi Aldiano dan ramai lagi. Setiap Isnin dan Rabu jam 9 malam.

akustik tegar

PELANGI 142

Dapatkan berita terkini dan terbaru dari Kompas TV tentang perkembangan semasa yang berlaku di Indonesia. Disiarkan sama hari dengan Indonesia. Setiap Isnin- Jumaat jam 12 tghri (Kompas Pagi) dan jam 9 malam (Kompas Petang).

Sinetron Hafizah hampir ke penghujungnya November ini. Siapakah yang akan memiliki Hafizah? Apakah kesudahannya? Lakonan hebat Randy Pangalila, Olyvia Lubis Jensen, Cut Tari dan ramai lagi.Saksikan setiap Isnin-Jumaat jam 3 petang.

Filem 5 Harimau Nusantara, sebuah kisah para hulubalang Kerajaan Singosari yang berusaha mencegah kedatangan rombongan utusan Khubilai Khan dari Mongol. Untuk menghadapi mereka, dipanggillah lima pendekar sakti yang dalam kesatuan dijuluki Lima Harimau Nusantara, yaitu Larang Jagad (Baron Hermanto), Banggokantera (Atin Martino), Kuda Merta (Luthi Tambayong), Galigo (Jack Maland) dan Rangga Sakti. Mereka bertempur menghadapi Penyebar Racun (Risma Salmon), Jubah Merah (Arthur Kaunang) dan Kodok Salju (Jabol Mora).Apakah yang terjadi? Saksikan kisah lagenda ini pada Sabtu, 23 November 2013 jam 11 malam.

Indonesia dan kopi adalah dua hal yang tidap dapat dipisahkan. Salah satu negara penghasil kopi terbesar di dunia ini memiliki jenis kopi yang unuik dan beragam. Mau tau selanjutnya? Saksikan Coffee Story setiap Sabtu jam 6 petang di hoskan oleh Barista bersertifikasi internasional Q-Grader , Adi Taroepratjeka.

Mengeksplorasi 10 gunung berapi dan 2 lempeng benua di Indonesia yang terjalin dalam Lingkar Cincin Api Pasifik. Ekspedisi yang mengambil masa selama setahun ini melintasi Tambora, mengarungi Kaldera Toba, mendaki puncak2 berapi dan lain-lain. Saksikan perjalanan mereka dalam Ekspedisi Cincin Api setiah Ahad jam 6 petang.

“Jama aa ah..Oh Jamaah.. Eeeh… Alhamdu.. lillah..” Itulah kata-kata yang sering diungkapkan dari Ust M. NurMaulana. Program berbentuk kerohanian, Islam Itu Indah yang membicarakan topik yang berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Setiap Jumaat jam 7.00 malam.

Akan Datang!

Sinetron Putih Abu-Abu akan menghiasi hari anda setiap Isnin-Jumaat jam 3 petang. Nina baru kehilangan ibunda tercinta. Atas pesanan ibunya, lalu beliau berpindah ke Jakarta untuk menemui Taufik kawan ayahnya. Isteri Taufik kurang setuju Nina tinggal bersama mereka. Hari-hari Nina dirasakan semakin berat, ditambah lagi banyak musuh di sekelilingnya.Bagaimana Nina menjalani hidupnya dan bertahan dengan orang-orang yang suka menindasnya? Tunggu kemunculan sinetron yang mendapat ‘rating’ yang tinggi di Indonesia. Lakonan hebat Eza Gionino, Derby Romero,Ratna Kharisma dan ramai lagi.

Program-program tentang masakan seperti Dapur Nicky, Resep Rahasia dan Cake Story akan menemui anda tidak lama lagi.Begitu juga program Yuk Keep Smile. Nantikan!

Hiburan Terkini dan Terbaik Indonesia Tanpa Henti hanya di Pakej Indopek. Di Saluran Bintang 141 dan Pelangi 142 kini menyajikan lebih banyak program-program hebat dan menarik dari Seberang, khas buat tontonan peminatnya. Dengan langganan hanya RM12.00 sebulan, penonton dapat menikmati sinetron-sinetron, filem-filem hebat, rancangan komedi,bola sepak,seni bela diri, rancangan bual bicara, program kerohanian dan banyak lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Media Prima Garis Hala Tuju Rangkaian TV Malaysia

Pemenang Peraduan Kisahku Almera Bawa Pulang RM20,000