in , ,

Peluang Kedua Jasmin Hamid Dalam Telemovie KUKEMIS KASIHMU

Peluang Kedua Jasmin Hamid Dalam Telemovie “Kukemis Kasihmu” Di TV2. Tidak semua orang bertuah dikurniakan peluang kedua untuk memperbetulkan keadaan daripada seorang yang banyak melakukan kesilapan berubah menjadi seorang yang mudah memaafkan.

Begitu pun tidak semua yang ikhlas melakukannya dengan sepenuh hati. Ada juga yang melakukannya semata-mata untuk menyedapkan hati bimbang tidak sempat untuk memohon kemaafan daripada kesalahan yang pernah dilakukan. Apatahlagi kesalahan yang dilakukan terhadap suami sendiri yang di mana letaknya syurga seorang isteri.

Menampilkan pelakon Zamarul Hisham, Jasmin Hamid dan Livonia Ricky, ikuti sebuah telemovie bertajuk “Kukemis Kasihmu” yang sarat dengan pengajaran kisah seorang wanita yang tidak ikhlas dalam bertaubat.

ceria sebuah keluarga

Menariknya drama ini disiarkan pada 30 Jun ini, pukul 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2.

Penonton diajak menghayati kisah watak utama lakonan Jasmin Hamid yang memegang watak Aqala dalam drama ini. kisahnya berkembang selepas berlaku satu kemalangan, Aqala mendapat tahu bahawa dia menghadapi satu penyakit merbahaya yang akan mengakhiri nyawanya dalam masa enam bulan.

Aqala berubah serta merta, dia mahu bertaubat dan berbuat baik bagi menebus segala dosanya selama ini sebelum terlambat. Aqala pergi bertemu dengan suaminya yang telah sekian lama dia tinggalkan. Ampun dipinta dan Ridhuan dengan seikhlas hati memaafkan Aqala kerana cintanya pada Aqala masih utuh seperti dulu. Aqala juga sedaya-upaya cuba memperbaiki dan mempereratkan lagi hubungannya dengan anak-anak.

Masa sudah menjadi terlalu suntuk, Aqala berasa dia perlu minta ampun dan bertaubat baik sebanyak yang boleh dengan seramai manusia yang mungkin sebelum dia mati. Dari seorang manusia yang beku hatinya dan tidak sensitif keenam-enam derianya, Aqala menjadi seorang yang amat peka, penyayang dan pemurah. Dia mula membuka mata dan mata hatinya dengan kepayahan hidup orang di sekelilingnya.

Lima bulan telah berlalu, Aqala menguatkan semangatnya pergi bertemu Doktor untuk membuat pemeriksaan sekali lagi. Hasil dari pemeriksaan, Aqala mendapat tahu tumur di kepalanya tidak dapat dikesan lagi. Hilang begitu saja. Doktor mengatakan ia suatu kejadian ajaib, luar dari kebiasaan yang tidak pernah berlaku dalam sepanjang kerjayanya bekerja sebagai pakar otak selama tiga puluh tahun.

Aqala pula menuduh doktor telah melakukan kesilapan apabila dia melakukan dianiogsis awal dan menyatakan niatnya untuk menyaman doktor dan pihak hospital bagi kecuaian yang telah berlaku yang telah menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan yang sangat hebat. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Apakah balasan yang diterima oleh Aqala?

keluarga bahagia ... babak dalam drama ini

Livonia Ricky dan Jasmin Hamid

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Doa Dari Hati Elfira Loy

Menangi Beg Eksklusif Album UNPLUGGED Dato’ Siti Nurhaliza