Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Gadget & New Website
Great Movies For 2011

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Sinopsis Filem JIDIN SENGAL

February 6th, 2012 | Category: Filem, Sinopsis |
No Comments »


SINOPSIS JIDIN SENGAL

“Bila ekstra jadi superstar”

SINOPSIS
JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib.

Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti.

Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”.

Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka.

Berjayakah Jidin dan Bob tampil ke depan sebagai hero? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal?

Semuanya akan terjawab dalam filem komedi “JIDIN SENGAL”, berlegar-legar di pawagam 22 Mac 2012.

jidin sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Tags: ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Along, Angah, Azrul & Zac Gamatkan JIDIN SENGAL
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Filem Mukhsin Menang 2 Anugerah!
  • Sinopsis Filem Pocong 2
  • Sinopsis Filem Relationship Status
  • Filem Indonesia Kangen Lakonan Bunga Citra Lestari & Rueben Elsihama Hadju
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?





  • Video Making of Filem BUNOHAN

    February 6th, 2012 | Category: Filem |
    No Comments »


    Video Making of Filem BUNOHAN

    Baru-baru ini, Budiey menerima link pautan untuk video di sebalik tabir filem BUNOHAN. Rasanya, Budiey tak perlu perkenalkan lagi secara details tentang filem ini sebab filem ini dah mengegarkan senario filem negara apabila berjaya menembusi pasaran filem antarabangsa.

    Dalam filem ini memberitahu tentang betapa pentingnya tentang hubungan kita dengan manusia lain, tentang hubungan kita dengan alam, hubungan kita dengan alam mistik. Sebuah corak filem yang jarang ditayangkan sebelum ini. Ada mistik, ada main peteri, ada tomoi dan bahasa loghat Kelantan. Itu buat Budiey suka dengan filem ini walaupun belum menonton filem ini sepenuhnya.

    Dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat yang punya karisma & berkarakter seperti Zahiril Adzim, Namron, Faizal Hussien, Bront Paralea dan ramai lagi. Dengan penampilan khas oleh seorang model ternama Tengku Azura sebagai buaya jadian.

    Filem Bunohan ini akan ditayangkan mulai 8 Mac 2012.

    PART 1

    PART 2

    Sinopsis Filem Bunohan:
    Berlatarkan sebuah kampung di Kelantan, Bunohan menceritakan 3 adik beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil ‘Bunga Lalang’ peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan, apabila mereka bertembung memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.

    Kehadiran mereka bertiga di kampung telah mengbangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebgai ayah kepada mereka bertiga. Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.

    Penerbit:
    Nandita Solomon

    Pengarah
    Dain Iskandar Said

    Pengarah Seni:
    Dain Iskandar Said

    Penulis:
    Dain Iskandar Said (Scriptwriter)
    Dain Iskandar Said (Lakon layar)

    Lakonan:
    Faizal Hussein : Ilham (Pelakon Utama)
    Zahiril Adzim: Adil (Pelakon Utama)
    Pekin : Bakar (Pelakon Utama)
    Bront Palarae : Deng (Pelakon Pembantu)
    Namron : Pok Wah (Pelakon Pembantu)
    Shoffi Jikan : Awang Sonar (Pelakon Pembantu)

    Tags:



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Filem Bunohan Dilancarkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto
  • Tayangan BUNOHAN di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam
  • Sinopsis Filem Bunohan
  • Filem Bunohan Menang Anugerah NETPAC di Taipei
  • Apparat Lancar Trailer Filem Bunohan
  • Video Klip Video Seks Tersebar di YouTube & Blog
  • Video Klip Lagu Kerek Bandi Amuk Tema Filem Karak
  • Video Making Of Senario The Movie Episod 2 Beach Boy
  • U.S. EMBASSY LAUNCHES DEMOCRACY VIDEO CHALLENGE
  • Video Temubual Bersama Soffi Jikan @ Lokasi Filem Estet





  • Hizbur Rahman Rakam Album Cahaya Atas Cahaya

    February 6th, 2012 | Category: Album |
    No Comments »


    Naib juara Imam Muda musim pertama, Hizbur Rahman Omar Zuhdi kini sudah pun bergelar penyanyi setelah terhasilnya album Cahaya Atas Cahaya.

    Album yang memuatkan tujuh buah lagu nasyid dan enam alunan zikir serta doa itu merupakan album pertama Hizbur Rahman dan ia merupakan album duet bersama rakannya iaitu bekas peserta Imam Muda musim pertama iaitu Mohd Taufek Mohd Noh. Bukannya mahu mengejar populariti, Hizbur Rahman berkata album tersebut diharapkan dapat menarik golongan muda untuk menerima mesej-mesej yang berguna serta menjadikannya sebagai panduan hidup.

    “Pada mulanya, saya tidak terfikir untuk merakamkan album. Semuanya terjadi selepas saya dipelawa oleh syarikat rakaman Wahyu Suci Sdn Bhd serta Taufek sendiri untuk mencari orang yang boleh membawakan lagu nasyid. Saya tidak berfikir panjang dan terus menerima pelawaan itu kerana saya fikir inilah masanya untuk saya menarik golongan muda sekaligus golongan tua bagi menyampaikan dakwah melalui lagu dan alunan,” katanya yang ditemui selepas majlis pelantikan dirinya sebagai duta kepada produk kesihatan, Himax5.

    Album Cahaya Atas Cahaya telah berada di pasaran sejak ianya dilancarkan awal Januari lalu. Bercerita mengenai pengalamannya merakamkan album, Hizbur akui sukar dan tempuh pelbagai cabaran sehingga dia mengambil masa sehingga hampir empat bulan.

    “Bukannya mudah untuk mendapatkan kualiti terbaik untuk album ini. Lagipun inilah kali pertama saya terlibat dalam bidang nyanyian kerana sebelum ini hanya di peringkat sekolah sahaja. Tambahan pula saya merakamkan album ini pada waktu malam iaitu selepas ada masa terluang daripada balik undangan ceramah. Jadi bila tidak dapat kualiti suara yang memuasakan kerana keletihan kami terpaksa melakukannya beberapa kali,” jelasnya lagi.

    Selain menceburi bidang nyanyian, Hizbur kini telah menceburi bidang perniaagaan serta menjadi duta kepada produk kesihatan, Himax5.

    “Saya mula dilamar menjadi duta kepada produk Himax5 sejak dua bulan lalu. Saya tidak berfikir panjang untuk menerimanya kerana ia produk ini menggunakan sepenuhnya khasiat air zam zam, sebagai bahan asas. Saya bukan sahaja dilantik menjadi duta, malah saya juga mempunyai syer perniagaan di dalam syarikat yang mengeluarkan Himax 5 iaitu DRK Network. Sdn Bhd. Sesuai dengan gelaran ustaz yang saya bawakan, saya harap kesucian air zam-zam yang terkandung dalam minuman ini dapat menarik ramai pelanggan iaitu umat Islam khususnya untuk membeli,” tambahnya lagi. via Murai

    Hizbur Rahman

    Tags:



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lirik Lagu Sebelum Cahaya – Letto Don’t Make Me Sad
  • Video Lagu Seloka Hari Raya dan Cahaya Aidilfitri dari Artis SNP
  • Senarai pemenang Anugerah Industri Muzik 16
  • Drama Malam Raya Cahaya Lailatulqadar
  • Datuk Siti Nurhaliza Akan Beranak Penghujung Tahun 2008?
  • Lirik Lagu Setitis Cahaya di Aidilfitri – Aishah
  • Gambar Studio Untuk Kulit Album Lentera Timur Part 2
  • Linda Onn, Adibah Nor dan Ezlynn di Pelangi Kasih Sempena Aidilfitri
  • Video Persembahan Siti Nurhaliza Celebrate 2012 Marina Bay
  • Eksklusif: Dato’ Siti Nurhaliza Promo Album Baru Lentera Timur












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK