in , ,

Peraduan Tayangan Premiere Filem YOLO Anjuran Sony Pictures

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan 40 keping tiket menonton filem ini untuk pembaca setia Budiey.com.

Nampaknya kerja keras Jia Ling telah membuahkan hasil, kerana filem YOLO telah dinamakan sebagai filem Tahun Baru Imlek terbesar di China. Tahniah di atas kerja keras dan komited beliau yang cukup memberi inspirasi.

Apa tidaknya, filem penuh dramatik ini menyaksikan pelawak wanita itu menurunkan berat badan – kira-kira 50 kg semata-mata untuk membawa watak sebagai peninju.

熱辣滾燙先导_EN_V2_15MAR

Dalam filem YOLO, Jia Ling memainkan watak Le Ying, seorang wanita penganggur berusia 30-an yang hidupnya berubah selepas dia bertemu dengan jurulatih tinju. Filem ini diterajui oleh pelawak itu sendiri, yang sebelum ini membuat debut pengarahannya dalam sebuah filem berjudul ‘Hi, Mum’.

Pelakon itu dilaporkan kehilangan 50 kilogram berat badan untuk memainkan peranan dalam filem ini, mengamalkan kaedah kecergasan intensiti tinggi yang bukan sahaja membina stamina tetapi juga memberikan otot perutnya.

Filem bergenre drama aksi tinju, YOLO ini akan ditayangkan pada 21 Mac 2023. 

Sama-sama kita nantikan tayangan filem ini di pawagam berhampiran dengan anda seluruh Malaysia!

热辣滚烫终竖版全信息_EN-MY-15Mar

Sinopsis Filem YOLO

Filem YOLO mengisahkan Le Ying (dilakonkan oleh Jia Ling) menetap dan tinggal di rumahnya untuk beberapa tahun, tanpa melakukan apa-apa pekerjaan. Selepas tamat pengajian di kolej dan bekerja untuk seketika, Le Ying memilih untuk mengasingkan diri daripada masyarakat, menutup diri daripada lingkaran sosial, yang beliau percaya adalah cara terbaik untuk “berdamai” dengan dirinya sendiri. 

Suatu hari, beliau memutuskan untuk menjalani kehidupan dengan cara yang berbeza. Dengan berhati-hati meneroka dunia luar, Le Ying bertemu dengan jurulatih tinju, bernama Hao Kun (dilakonkan oleh Lei Jia Yin). 

Tepat pada masa beliau berfikir bahawa kehidupan akan mengambil pemikiran positif, cabaran yang menyusul jauh melampaui imaginasi beliau, dan kehidupan yang bersemangat beliau baru bermula…

Peraduan Tayangan Premiere Filem YOLO

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan 40 keping tiket menonton filem ini untuk pembaca setia Budiey.com.

Print

Info Tayangan Premiere Filem YOLO:

Tarikh: 19 Mac 2024, Selasa

Masa: 9:00 malam

Lokasi: TGV 1UTAMA

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @budiey. Untuk info lanjut tentang filem ini, anda juga diwajibkan untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama filem YOLO

3. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem YOLO di pawagam kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: [email protected]

dengan tajuk email: Tayangan Filem YOLO – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

17 Mac 2024

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Untuk info lanjut tentang filem ini, anda dijemput untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Kawan Baik Dengan Isteri, Tapi Bawa Balik Suami Kawan Ke Rumah Berkali,”

‘Ybae Suria Masuk Kampung’ Kepala Batas, Pulau Pinang Sabtu ini!