in , ,

Aizat Saha Santuni Anak Rumah Pengasih Warga Prihatin di Lanai Asmara

Terharu! Usaha Keras Menghasilkan Sesuatu Bermakna Buat Aizat Saha

Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia, pempengaruh, Aizat Saha juga pengasas HeetamPuteh telah menganjurkan majlis buka puasa bersama anak-anak jagaan dari Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) di Lanai Asmara, Putrajaya. 

Kemeriahan ramai yang menghadiri majlis buka puasa tersebut termasuklah rakan media, rakan industri dan juga penaja-penaja majlis buka puasa seperti Lanai Asmara Tok Babah, Vida Malaysia, dan Muiz Hot Chicken hadir bagi memeriahkan lagi suasana. 

Aizat Saha Santuni Anak Jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin di Lanai Asmara

“Saya amat teruja dan berbesar hati menerima kehadiran ramai ke majlis malam ini dan juga berharap mereka dapat menyerikan lagi sambutan bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Sebagai seorang pempengaruh dan pengasas syarikat (HeetamPuteh), kami mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menambah rezeki dengan menganjurkan majlis ini,”

– Aizat Saha

Aizat Saha juga mengambil peluang dengan memberi maklumat yang mengejutkan bahawa beliau telah menamatkan perkhidmatan sebagai seorang pramugara di syarikat penerbangan terkenal. Langsung, mengumumkan bahawa beliau bakal menitik-beratkan dunia hiburan dan bidang perniagaannya, HeetamPuteh untuk mengurangkan komitmen masa dan lebih fokus kepada kerjayanya terkini sebagai pempengaruh dan pengasas perniagaan. 

Aizat Saha Santuni Anak Jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin di Lanai Asmara

“Pengumuman berkenaan berhenti meneruskan kerjaya sebagai pramugara ini bukanlah sesuatu yang baru, cuma saya mencari masa yang sesuai untuk maklumkan secara rasmi dan saya rasa majlis berbuka puasa ini merupakan masa yang sesuai untuk maklumkan dengan hadirnya rakan-rakan media dan industri hiburan,”

– Aizat Saha
Aizat Saha Santuni Anak Jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin di Lanai Asmara

Majlis buka puasa yang dianjurkan oleh HeetamPuteh kali ini adalah merupakan kali kedua sepanjang perniagaan mereka yang beroperasi selama 3 tahun dan masih menghitung. Dalam pada itu, HeetamPuteh juga mengumumkan bahawa mereka telah menambah koleksi baru buat wanita buat pertama kalinya selepas meneruskan 5 koleksi sepanjang beroperasi dan diberi nama sebagai Kesuma Jeewa. Antara koleksi yang berada dibawah Kesuma Jeewa ini adalah Kesuma Kebarung, Kesuma Kebaya dan Jeewa Unisex. 

Aizat Saha Santuni Anak Jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin di Lanai Asmara

Namun katanya, majlis ini juga dianjurkan untuk berterima kasih kepada peminat-peminatnya yang bertungkus-lumus mengundi ketika beliau tercalon sebagai top 5 kategori Video Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2023 yang lalu. Aizat tetap akan menghasilkan karya yang terbaik buat peminatnya sebagai Abang POV dan mungkin akan membuat kejutan di kaca TV sebagai seorang pelakon tanah air. 

“Tahun 2024 ini merupakan tahun yang memberi semangat buat saya untuk teruskan usaha dari pelbagai perspektif. Saya mengambil tanggungjawab yang besar ini untuk mencabar diri saya jua supaya saya menjadi manusia yang lebih cekap pada masa yang akan datang dari segi pandangan dunia hiburan dan juga perniagaan,” kata Aizat Saha mengakhiri perbualan dan memahami rezeki tidak datang bergolek dan sentiasa mengingatkan dirinya untuk terus berusaha dengan lebih keras. 

Aizat Saha Santuni Anak Jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin di Lanai Asmara
Aizat Saha Santuni Anak Jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin di Lanai Asmara
Aizat Saha Santuni Anak Jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin di Lanai Asmara
Aizat Saha Santuni Anak Jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin di Lanai Asmara
Aizat Saha Santuni Anak Jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin di Lanai Asmara
Aizat Saha Santuni Anak Jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin di Lanai Asmara
Aizat Saha Santuni Anak Jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin di Lanai Asmara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cetus Fenomena! Early Bird Special HONOR Magic6 Pro Habis Terjual Hari Ini

Tiga Drama Terbaik Disiar di Panggung RTM Khas Sempena Ramadan