in , ,

Ada Sebab Kenapa Anda Perlu Datang Shopping Raya di Melawati Mall

Siaran kali ini, Budiey nak kasi tau semua kenapa korang perlu datang shopping raya di Melawati Mall.

Nak sambut Hari Raya dengan cara yang lebih seronok? Melawati Mall adalah jawapannya. Dengar citer kat sana ada macam-macam aktiviti best selain korang boleh shopping barang keperluan hari raya nanti. 

Tema tahun ni memang catchy betul iaitu ‘Fabulous Floral Raya’, so korang boleh expect la dapat tengok baju-baju cantik dengan corak bunga-bunga yang mekar menghiasi ruang Melawati Mall.

Melawati Mall Meraikan Sambutan Aidilfitri dengan Tema ‘Fabulous Floral Raya’

Jenama-jenama yang terlibat pun power, ada Fana Couture, Elrah Exclusive, Gene Martino, WHIP, Truly Asia, Colegacy, Ducati, dan macam-macam lagi!

Dari 9 Mac sampai 21 April ni, Melawati Mall ada buat promosi Raya untuk korang! Ada koleksi-koleksi terbaru dan promosi-promosi yang memikat dari pelbagai jenama.

Kat Centre Court tu, korang boleh tengok jualan jenama yang bermutu dan berpatutan. Ada MC Vogue, Love Trisha, Orchid Classic, Ababil, Hollakidz, Elrah Exclusive, Istana Kaftan, FANA Couture, dan banyak lagi!

Tak habis situ je, korang boleh shopping baju kurung yang cantik, aksesori, minyak wangi, dan hamper Raya. Memang lengkap untuk kasi vibe dan semangat Raya tahun ni, kan?

Tema dekorasi Melawati Mall kali ni memang awesome, tau! Kali ini Melawati Mall menggunakan tema ‘Fabulous Floral Raya’ dengan hiasan yang terinspirasi dari corak bunga dalam fabrik tradisional Arab.

Untuk dekorasi, ianya mix and match motif tu dengan design moden, jadi hasilnya memang cantik betul. Background dia memang buat mood Raya korang lebih meriah!

Diorang punya collection memang padu gila! Dari baju kurung yang memikat hati sampai ke aksesori dengan style terkini, semuanya ada kreativiti dan kebijaksanaan jenama dalam mengabungkan tradisi dengan moden.

Macam perfect je untuk meraih semangat Raya tahun ni, kan?

Untuk menghidupkan mood Raya tahun ni, Melawati Mall telah mengadakan grand launching Pertunjukan Fesyen ‘Fabulous Floral Raya pada Jumaat, 8 Mac 2024, dekat GF, Meranti Court. 

Bukan sahaja boleh tengok fashion Raya dari jenama tempatan, kami juga terhibur dengan persembahan menarik yang lain seperti tarian Bunga Raya dan Dikir Barat. Kami juga dikejutkan dengan persembahan lagu ANGAU dari Fahimi Rahmat yang tengah viral kat sosial media. Memang best betul momen pelancaran kali ini.

Melawati Mall Meraikan Sambutan Aidilfitri dengan Tema ‘Fabulous Floral Raya’

Lagi best, bila ada penampilan khas dari selebriti popular macam Amir Ahnaf dan Fadhli Masoot yang buat muse untuk jenama Elrah Exclusive. 

Antara selebriti dan pempengaruh lain yang hadir adalah Sarah Suhairi, Aizat Saha, Muiz Karim, Agy, Cik Su, Erul Samah, Eiqa Malek dan ramai lagi.

Event ni bukan main lagi bestnya! Ia juga menjadi penggerak untuk kempen “Fabulous Floral Raya” Melawati Mall. Dekorasi kat sini cantik gila, hiasan bunga yang mekar seolah memanggil dan melambai pelanggan setia, dan nampak pentas pun seolah kita berada di negara Arab.

Melawati Mall Meraikan Sambutan Aidilfitri dengan Tema ‘Fabulous Floral Raya’

Bila korang tengok semua tu, memang automatically rasa semangat Raya akan datang, kan? Suka gila!

Melawati Mall punya promotions memang tak boleh lepaskan! Dari 9 Mac sampai 14 April, korang boleh menang hamper Fabulous Floral Raya yang bernilai sampai RM500 dalam Lucky Draw Raya.

Nak join pun senang je, just beli barang minimum RM150 kat mana-mana kedai dalam Melawati Mall. Pemenang-pemenang akan diumumkan pada 18 April dekat official social media Melawati Mall. 

Kalau beli barang sekurang-kurangnya RM150 dalam satu resit, boleh la menebus paket eksklusif Fabulous Floral Raya.

Tapi kalau nak Batik Raya Melawati Mall yang special tu, kena spend minimum RM350 dalam maksimum dua resit. Jom grab peluang ni!

Bagi anak-anak pulak, jangan risau, ada aktiviti khas untuk mereka dekat MMKIDZONE. Setiap hujung minggu, korang boleh join seni anyaman Raya, bengkel buat paket Raya, dan ada jugak pertandingan mewarna seronok.

Melawati Mall Meraikan Sambutan Aidilfitri dengan Tema ‘Fabulous Floral Raya’

Nak join semua ni pun senang je, register jadi ahli kelab kanak-kanak (4 – 12 tahun) kat ruang acara secara percuma. 

Dari 26 Mac sampai 9 April ni, ada Bazar Ramadan kat Pintu Masuk Selatan tau. Kat situ, korang boleh serbu juadah berbuka puasa sedap, aksesori fesyen, dan macam-macam lagi.

Apa yang bestnya, Melawati Mall nak ucap terima kasih kat semua rakan kongsi dan penaja yang tolong buat acara pelancaran ini jadi sukses. Khas untuk penaja F&B, Bask Bear Coffee, diorang sediakan pengalaman kulinari yang memang tak leh dilupa sedapnya. Pameran fesyen pun terbaik gak, dengan dukungan jenama-jenama macam Ducati, Colegacy, Elrah Exclusive, Fana Couture, Gene Martino, Truly Asia, dan WHIP.

Tak lupa jugak kat penaja media Asashi, Ababil, Golden Screen Cinemas, LAC, MBG FruitShop, Orchid Classic, dan Variante. Semua ni memang main peranan penting dalam menjayakan acara ni. Terima kasih atas sokongan korang semua!

Melawati Mall Meraikan Sambutan Aidilfitri dengan Tema ‘Fabulous Floral Raya’
Melawati Mall Meraikan Sambutan Aidilfitri dengan Tema ‘Fabulous Floral Raya’
Melawati Mall Meraikan Sambutan Aidilfitri dengan Tema ‘Fabulous Floral Raya’
Melawati Mall Meraikan Sambutan Aidilfitri dengan Tema ‘Fabulous Floral Raya’

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dr Cute, Teknologi Tisu Sel & UKM Memeterai Memorandum Perjanjian 

Samsung Galaxy A55 5G & Galaxy A35 5G: Inovasi Hebat Dicipta untuk Semua