in , ,

Mila dan Dafi Meriahkan Kempen Masyarakat Penyayang

Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand Genap Tiga Tahun, Bantu 35 Rumah Kebajikan Dengan Membekalkan Makanan Berkhasiat Dan Mudah Disediakan Selama 2 Bulan
Enam rumah dari Kuala Lumpur & Selangor jadi penerima

Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand kini sudah memasuki tahun ketiga dalam memberikan sumbangan berbentuk produk makanan dalam tin yang sihat dan mudah disediakan, tiada tambahan bahan pengawet dan tiada tambahan MSG kepada anak-anak yatim, golongan-golongan kurang upaya, ibu-ibu tunggal dan warga-warga tua.

Pada tahun ini, Ayam Brand membekalkan produknya yang berkhasiat selama dua bulan kepada 35 rumah-rumah kebajikan di sembilan wilayah di Malaysia Barat dan Malaysia Timur, yang merangkumi lebih dari 1,800 penghuni. Enam rumah dari Kuala Lumpur & Selangor menerima sumbangan pada tahun 2010.

Kempen tahunan ini adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Korporat Ayam Brand yang dilancarkan sejak 2008 dan telah memanfaatkan hampir 5,000 orang daripada 75 rumah amal dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan dengan membekalkan produk-produk yang berkhasiat dan mudah disediakan.

(From L to R): Mr. Calvin Lee Kok Heng, Coordinator of Rumah Charis’ Home for The Children,Tunku Dato’ Mu’tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed, Chairman of Ayam Brand and Mr. Ting Seng Hee, Managing Director of Ayam Brand.

(From L to R): Cik Myra, Coordinator of Lovely Nursing Centre, Encik George, Coordinator of Persatuan Rumah KIDS, Our Family Home, Mr. Calvin Lee Kok Heng, Coordinator of Rumah Charis’ Home for The Children, Mr Gopi, Coordinator of Pusat Jagaan Orang-orang Kurang Upaya dan Terbiar Lovely, Tunku Dato’ Mu’tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed, Chairman of Ayam Brand, Mr. Ting Seng Hee, Managing Director of Ayam Brand, YM Tunku Aaran Mohamed and YM Tunku Harris Mohamed. Seated down with the kids: Mila, singer, actress and winner of Akademi Fantasia 6 and Dafi, singer, model and finalist Akademi Fantasia 5.

Majlis pelancaran kempen berkenaan telah diadakan di Rumah Charis’ Home for the Children, hari ini. Wakil-wakil daripada Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggi TTDI, Our Family Home, Lovely Nursing Centre, Rumah K.I.D.S dan Pusat Jagaan Orang-orang Kurang Upaya & Terbiar Lovely turut hadir untuk menerima produk makanan Ayam Brand yang merangkumi sardin, tuna, kacang panggang, santan Ayam Brand, kacang hijau, puri tomato dan lain-lain – cukup untuk hidangan seharian yang berkhasiat selama dua bulan.

Penyanyi, model dan finalist Akademi Fantasia 5, Dafi, dan penyanyi, pelakon dan pemenang Akademi Fantasia 6 Mila, turut hadir untuk menambahkan lagi keceriaan dan kegembiraan dikalangan kanak-kanak dan warga-warga tua.

Objektif Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand 2010 adalah menyediakan bantuan berbentuk makanan dalam tin yang sihat dan mudah disediakan kepada golongan yang kurang bernasib baik di rumah-rumah kebajikan tempatan termasuk anak-anak yatim, kanak-kanak, golongan kurang upaya, ibu-ibu tunggal dan warga-warga emas sebagai komitment syarikat untuk berbakti kepada masyarakat.

Menurut Tunku Dato’ Mu’tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed, Pengerusi Ayam Brand, kakitangan-kakitangan syarikatnya di setiap negeri sentiasa menanti-nantikan program tahunan ini kerana ia memberikan peluang kepada mereka untuk berbakti kepada masyarakat setempat.

“Kami mendapati sokongan dan sambutan terhadap program ini terutamanya daripada kakitangan kami sendiri semakin meningkat. Ayam Brand mempunyai budaya khidmat masyarakat yang kuat dan kempen ini membolehkan kakitangan kami terbabit secara aktif dalam menyumbang dan menyokong pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti ini dan pada masa yang sama berbakti kepada masyarakat” kata Tunku Dato’ Mu’tamir.

“Sejajar dengan pemulihan ekonomi di Malaysia, sumbangan untuk pertubuhan-pertubuhan kebajikan juga semakin meningkat. Namun kadar sumbangan itu masih belum menyamai kadar sumbangan seperti mana sebelum berlakunya kemelesetan ekonomi. Ayam Brand berbangga kerana dapat meneruskan usaha murni ini dengan terus membekalkan produk-produk kami kepada penghuni-penghuni dirumah-rumah kebajikan diseluruh negara,” kata Tunku Dato’ Mu’tamir.

“Setiap tahun kami akan cuba meningkatkan jumlah penerima bantuan sama ada jumlah rumah kebajikan atau jumlah penghuninya. Dan kami bersyukur pada tahun ini kami mampu menambahkan lima lagi rumah kebajikan dan menanfaatkan sekurang-kurangnya 200 lagi penghuni rumah-rumah kebajikan melalui program kami” katanya.

Menurut Tunku Dato’ Mu’tamir, Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand dirangka sebegitu rupa supaya ia dapat memberikan bantuan kepada rumah-rumah kebajikan diseluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Lembah Klang sahaja.

Dafi dan Mila turut meluangkan masa bersama kanak-kanak tersebut dan masing-masing menyanyikan satu lagu dalam majlis berkenaan.

“Kempen Ayam Brand ini adalah amat baik untuk menolong mereka yang kurang bernasib baik dan saya berbangga dapat menyumbangkan masa untuk membawakan sedikit kegembiraan kepada kanak-kanak dan golongan-golongan tua disini”, kata Dafi

“Saya begitu bebangga kerana dapat menghiburkan kanak-kanak ini, kerana walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran, mereka masih begitu tabah menghadapinya. Kadang-kadang, kita lupa betapa bertuahnya kita dan hanya dengan meluangkan masa bersama mereka yang kurang bernasib baik barulah kita sedar betapa bertuahnya kita”, kata Mila.

En. Calvin Lee Kok Heng, ko-ordinator Rumah Charis’ Home for the Children berkata, sumbangan makanan dalam tin yang sihat dan berkhasiat daripada Ayam Brand ini amat dihargai oleh semua rumah-rumah kebajikan kerana ia mampu mempelbagaikan hidangan berkhasiat untuk penghuni, malah cepat dan mudah disajikan.

Turut hadir dalam majlis pelancaran itu adalah En. Ting Seng Hee, Pengarah Urusan Ayam Brand, Encik Zulkefli dari Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir TTDI, Cik Myra dari Lovely Nursing Centre, Encik John dari Our Family Home, Encik George Swandaranayagan dari Rumah K.I.D.S dan Puan Sumathi dari Pusat Jagaan Orang-orang Kurang Upaya & Terbiar Lovely.

Penghuni-penghuni dari Lovely Nursing Centre turut melakukan demonstrasi hidangan yang mudah disediakan dan berkhasiat menggunakan produk-produk makanan dalam tin Ayam Brand.

“Produk-produk Ayam Brand amat mudah disediakan lagi berkhasiat. Apa yang perlu dilakukan adalah hanya membuka tin dan makanan sudah sedia untuk disajikan,” kata En. Calvin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Roze Cipta Nama dengan HARUM

Orang Asli Terbilang Rekod Kejayaan Slot Lensa