Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga Bersamamu Maytower Hotel



Umat Islam seluruh dunia bakal menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi. Dalam keterujaan menyambut kedatangannya, kita juga harus bersyukur dengan segala nikmat dan kesenangan yang dikurniakan Allah s.w.t. TV3 juga tidak ketinggalan menyambut kedatangan Syawal dengan penuh rasa kesyukuran dan kesederhanaan.

Pada 16 September (Selasa) lalu, Budiey telah dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga Bersamamu di Sutera 1 & 2, Tingkat 8, Maytower Hotel Serviced Apartments, No. 7, Jalan Munshi Abdullah 50100 Kuala Lumpur.

Di bulan mulia ini, Budiey lihat memang dah jadi satu kewajiban sosial bagi badan-badan korporat dan persendirian untuk meraikan muslim yang tidak bernasib baik. Seperti juga keluarga Bersamamu yang dipaparkan di dalam program terbitan Bersamamu tidak terkecuali memenuhi jemputan berbuka puasa sepanjang bulan ini.

Zehra Zamri

Sebanyak 5 keluarga Bersamamu diraikan oleh Maytower Hotel & Serviced Apartment dengan kerjasama pihak TV3.

Tapi kali ini lebih istimewa, sebelum majlis bermula, pihak MayTower turut memberikan juadah berbuka puasa kepada pengguna jalan raya yang melintasi premis ini. Turut bersama-sama dengan pihak penaja ialah penyanyi Zehra Zamri dan personaliti TV3 Hairudin dan Fedtri Yahya.

MayTower Hote juga menyediakan pakej baucer buffet istimewa Ramadan di mana RM10 daripada baucer ini akan didermakan kepada Tabung Bersamamu. Selain itu, MayTower turut memberikan sumbangan sebanyak RM1000 kepada Tabung Bersamamu beserta hamper dan duit raya kepada 5 keluarga Bersamamu yang hadir pada hari ini. Majlis penyerahan sumbangan ini disempurnakan oleh Encik Chen Hon Kit, Penolong Pengurus Besar, MayTower Hotel.

 

 

Tags: , ,

Tags: , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pakej Berbuka Puasa di Hotel Maytower
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1428H / 2007M
  • Ashraf Muslim & Wardina Rai Anak Yatim
  • Selebriti Raikan Anak Yatim di Hotel Coronode KL
  • Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing
  • Keluarga Bersamamu Ditaja Pakej Umrah
  • Gambar Terbaru Erra Fazira di Majlis Berbuka Puasa SRC
  • Majlis Berbuka Puasa Warga Emas dan Anak-Anak Yatim anjuran KL FM di The Legend Hotel
  • Trivia: Siapa Nama Penyanyi Singapura
  • Jom Berbuka Puasa Bersama Tv9



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK