in ,

LAGENDA BUDAK SETAN: KASYAH Bakal Ditayangkan Bulan September

BERSEDIALAH UNTUK ROMANTIK-DRAMA PERTAMA MALAYSIA ‘LAGENDA BUDAK SETAN’ MENAYANG BAB TERAKHIRNYA DIBINTANGI ARTIS ANUGERAH CEMERLANG: FARID KAMIL, LISA SURIHANI, MAYA KARIN DAN BRONT PALARAE.

‘LAGENDA BUDAK SETAN: KASYAH’ AKAN DITAYANGKAN DI MALAYSIA PADA BULAN September.

Siri ‘Lagenda Budak Setan’, novel paling laris di Malaysia yang dicipta oleh Ahadiat Akashah menggambarkan kisah cinta tragis Kasyah, watak utama dibintangi oleh Farid Kamil, yang jatuh cinta pada seorang wanita dalam kehidupannya. Kedua-dua filem ‘Lagenda Budak Setan’ dan ‘Lagenda Budak Setan: Katerina’ telah mengumpul sebanyak RM6.11 juta, memecahkan rekod box office Malaysia pada tahun 2010.

Dibintangi oleh pelakon-pelakon yang digemari ramai terutamanya Farid Kamil, Lisa Surihani, Maya Karin dan Bront Palarae, siri ini telah mendapat beberapa anugerah berprestij untuk perlakonan dan cerita asli.

Malaysia Film Festival (FFM), salah satu majlis anugerah yang paling lumayan di negara ini dalam seni dan filem industri, telah menganugerahkan “Best Original Story” kepada penulis Ahadiat Akashah untuk Lagenda Budak Setan dan juga “Best Lead Actress” kepada Lisa Surihani untuk perwatakannya dalam filem tersebut.

Shout! Awards, majlis anugerah di Malaysia yang memaparkan industri TV, muzik dan filem telah memberikan Lagenda Budak Setan anugerah “Best Breakthrough Film” selain itu Lagenda Budak Setan juga dicalonkan untuk Filem Terbaik di Asia Pasific Film Festival.

Selepas kedua-dua filem pertama trilogy Lagenda Budak Setan telah memecahkan rekod box office, para peminat dengan harapan yang tinggi tidak sabar menunggu ansuran trilogi terakhirnya. Lagenda Budak Setan akan ditayangkan dipawagam Malaysia pada 11 September 2014.

“Kami amat bersyukur atas sambutan yang digalakkan daripada penonton. Memandangkan populariti yang besar dan kejayaan siri ini, kami teruja untuk membawa bab terakhir trilogy ini untuk para peminat.” Kata Sharad Sharan, pengarah filem ‘Lagenda Budak Setan’.

Trilogi ‘Lagenda Budak Setan’ telah dihasilkan oleh Tarantella Pictures dan Astro Shaw.

LAGENDA BUDAK SETAN: KASYAH

LAGENDA BUDAK SETAN: KASYAH

LAGENDA BUDAK SETAN: KASYAH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta Super Spontan Musim Ke-3

Yana Samsudin & Izzue Islam Duta Produk SUPER