in

Kisah Budak KL Masuk Kampung

KISAH BUDAK KL MASUK KAMPUNG SIARAN KHAS CUTI SEKOLAH DI TV2

Panggilan budak KL seringkali dikaitkan dengan golongan anak-anak yang tinggal di bandaraya Kuala Lumpur. Apatah lagi bila tibanya musim cuti sekolah yang cukup dinantikan mereka untuk pulang ke kampung menghabiskan masa bersama datuk dan nenek tersayang di kampung. Panggilan itu bakal menjadi bahan ejekkan sesetengah budak-budak kampung yang kurang menyenangi kehadiran mereka pada mulanya. Namun kebiasaannya situasi itu berubah apabila masing-masing semakin mengenali latar belakang teman baru mereka itu.

Khas sempena cuti sekolah ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi telemovie menarik Budak KL pada 12 Jun 2010 (Sabtu), jam 10.00 pagi mengisi slot Mustika di TV2 yang memaparkan kisah sama untuk ditonton seisi keluarga terutama di kalangan rakan-rakan sebaya mereka yang pernah mengalami situasi ini sendiri.

Membariskan pelakon-pelakon kanak-kanak berpotensi dalam bidang lakonan antaranya Na’im Danial, Azhari Azizam dan Ng Zhen Tze selain dibantu oleh Aida Aris, Zoee Tan dan Badrul Muhayat, drama ini cukup bersesuaian menjadi bahan tontonan seisi keluarga kkhas cuti persekolahan ini.

Kisahnya bermula dimana watak kanak-kanak lelaki bernama Iqbal berasa kurang senang apabila dipaksa oleh ibunya, Marina supaya mengikuti dia ke Kuantan dengan alasan untuk mengurus perniagaan resort mereka di samping bercuti pada musim cuti sekolah.

Iqbal menganggap bercuti di kampung seperti itu akan membosankan dan memalukan. Di sana dia berkenalan dengan anak pengurus resort milik keluarganya, iaitu Jason.

Namun sikap dingin Jason menyebabkan dia semakin kebosanan. Bagaimanapun ketika bersama budak-budak di kampung, telah mengubah persepsi Iqbal terhadap mereka yang dianggap jauh ketinggalan.

Malah ketika bersama mereka juga, Iqbal mula merasai erti zaman kanak-kanak yang sebenarnya dan mula memahami erti persahabatan yang sebenarnya sehingga Iqbal sanggup menghisap bisa ular ketika Adhlan dipatuk ular.

Manakala Marina pula, kedatangannya ke resort berkenaan adalah untuk melarikan diri daripada Hisham yang tidak jemu-jemu memujuk dan merayu agar dia menerima cinta Hisham. Bagaimanapun suatu hari Hisham muncul di resort berkenaan dan tindakan Hisham itu mula memberi keyakinan kepada Marina bahawa Hisham benar-benar ikhlas dengan cintanya.

Pastikan anda meluangkan masa khas cuti penggal persekolahan ini dengan menonton program-program menarik di RTM termasuklah drama Budak KL pada 12 Jun 2010 (Sabtu), jam 10.00 pagi di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM & Red FM Raikan Media Nite 2010

Sinopsis Siapa Alien? Wardina Safiyyah