in ,

HyypTV Siar HOUSE OF CARDS Secara Marathon

Bermula 28 Februari jam 4 petang, kesemua 13 episod siri ‘House Of Cards’ musim terbaharu akan disiarkan di RTL CBS Entertainment HD, HyppTV Saluran 616 pada hari yang sama ia disiarkan di Amerika Syarikat.

Sejurus selepas tayangan maraton hujung minggu berakhir, siri ‘House Of Cards’ akan kembali bersiaran pada setiap hari rabu jam 9.55 malam bermula 4 Mac.

HOUSE OF CARDS lakonan hebat Kevin Spacey sebagai Francis Underwood dalam siri satira politik yang berkisar di sebalik tabir kuasa, seks, cita-cita, cinta, kasih sayang dan korupsi di Washington D.C, Amerika Syarikat.

Francis dan isterinya yang juga bercita cita tinggi bernama Claire, lakonan hebat oleh Robin Wright cuba melakukan apa sahaja untuk kekal di tampuk kekuasaan.

House of Cards

SIARAN MARATON PERTAMA KALI DI TV ASIA, HOUSE OF CARDS MUSIM TERBAHARU SIRI KETIGA, TAYANGAN HARI YANG SAMA DENGAN AMERIKA SYARIKAT DI RTL CBS ENTERTAINMENT HD, HYPPTV SALURAN 616

House of Cards musim ketiga tontonan maraton
Sabtu, 28 Februari jam 4 petang

Ulangan tontonan maraton
Ahad, 1 Mac jam 9.20 pagi

Episod mingguan, setiap Rabu jam 9.55 malam bermula 4 Mac.

Antara dialog menarik kegemaran penonton diseluruh dunia dipetik dari siri House Of Cards :

“sahabat kita, adalah musuh yang paling teruk…”

“Kuasa adalah seperti pasaran hartanah, semestinya berkait dengan lokasi, lokasi, lokasi. Lokasi yang paling hamper dengan sumber asas utama, makin tinggilah nilai hartanah tersebut”

“Ada dua bentuk kesakitan. Kesakitan yang akan menjadikan kita lebih kuat, atau kekuatan yang tidak berfaedah,yang hanya memberikan kesakitan. Saya tiada kesabaran untuk perkara yang tidak berfaedah”

“Jalan cepat kearah kekuasaan selalunya dipandu dengan hipokrasi dan kemusnahan”

“Bermula dari saat ini, kamu adalah sebiji batu. keras, tidak berkata kata, dan tiada apa yang akan memecahkan kamu”

“Hanya 10 saat diperlukan untuk mematahkan cita cita seorang lelaki”

“Jangan jadikan kotoran kecil menghentikan kamu”

“Kadangkala, cara paling mudah untuk mendapatkan penghormatan dari pemimpin adalah dengan melawannya”

“Setiap rahsia yang disimpan, ada nilainya”

Diterbitkan oleh Beau Wilimon (The Ides of March), HOUSE OF CARDS telah merangkul beberapa anugerah, antara yang terkini Pelakon Siri TV Terbaik Golden Globe award menerusi lakonan Kevin Spacey, Pelakon Siri TV Wanita Terbaik – Golden Globe award menerusi lakonan Robin Wright, dan juga Arahan terbaik Untuk Siri Drama, Pemilihan Pelakon terbaik untuk Siri Drama, Sinematografi untuk Siri Drama.

Ia juga dianugerahi sebagai ‘Program Tahunan terbaik’ dari Institut filem dan TV Amerika pada tahun 2013.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Ayda Jebat Rimas Dengan Izzue Islam?

Tiba-Tiba Hashtag #TheDress Jadi Trending