in ,

Hazama Beri Penjelasan Tentang Gossip Dikatakan Sombong

Hazama terkejut apabila dia dikatakan telah dituduh bertindak sombong selepas mengecapi populariti dan kejayaan dalam industri. Rasanya Hazama tidaklah sombong. Dia okay je ni. Apa kata kita dengar penjelasan Hazama yang dilaporkan oleh wartawan Mstar Online.

Saya cukup terkejut apabila didakwa sedemikian dan pada masa sama berasa pelik kerana saya tidak pernah bersikap seperti mana didakwa.

“Malah rasanya saya dikenali sebagai peramah dan mudah mesra dengan orang lain.

“Jika benar saya seorang yang sombong pasti temu bual ini pun saya tidak akan layan,” Itu kata penyanyi yang popular dengan lagu Malaikat, Hazama, seperti yang dilaporkan sebuah portal berita hari ini.

Katanya lagi dia berasa pelik apabila dikatakan mula bersikap sombong dan tidak mengetahui bagaimana ada pihak yang melabelnya seperti itu. Malah sepanjang melibatkan diri dalam industri seni suara dia belum pernah mendapat rungutan tentang sikapnya.

Begitu pun, dia tidak mahu memikirkan soal berkenaan kerana tidak mampu menilai dirinya sendiri.

Baginya, rakan-rakan terdekat mengetahui sifat sebenarnya dan menganggap pihak yang menyebarkan kononnya dia semakin sombong mempunyai masalah peribadi dengannya.

“Dari dulu sampai sekarang sama sahaja namun terpulang kepada orang lain yang ingin menilai kerana saya tidak mempunyai kuasa tentang perkara itu.

“Barangkali pihak yang mendakwa itu mempunyai masalah peribadi dengan saya atau dia memang tidak sukakan saya,” katanya yang bakal muncul dengan single terbaharu, Sampai Mati.

sumber : mStar online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Motif Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al-Quran & Bertudung?

Rantai Art Festival 2015