Gossip: Diugut Bekas Isteri Kekasih
Dipetik daripada Harian Metro
SEBELUM ini, SS tidak menyebelahi pelakon muda ini kerana bercinta dengan pelakon lelaki yang berstatus suami orang sekaligus menjadi punca keruntuhan rumahtangga mereka. Namun, apabila mendengar segala keperitan yang perlu dilalui pelakon muda ini untuk terus bersama kekasihnya itu sampai hari ini, SS turut berasa simpati dengannya.
Kata rakan SS, pelakon muda ini mengadu kepadanya, dia masih diganggu bekas isteri kekasihnya itu sampai hari ini. Bukan sekadar SMS maki hamun dan kata-kata kesat, pelakon muda ini turut menerima SMS ugutan. Tidak cukup dengan itu, bekas isteri kekasihnya juga turut berusaha memporak-perandakan hubungannya yang semakin rapat akhir-akhir ini. Bermacam cara dan muslihat digunakan.
Namun, kata rakan SS, pelakon muda ini tetap bersabar dengan perilaku bekas isteri kekasihnya itu kerana tidak ingin mengeruhkan keadaan sedia ada sekaligus mempertahankan hubungan yang terjalin dengan kekasih hatinya.
Pada pandangan SS, tindakan berdiam diri pelakon muda itu jalan terbaik untuk mengelakkan perkara menjadi bertambah buruk. Kalau dia turut membalas SMS dengan kata-kata kesat, SS percaya keadaan menjadi lebih teruk lagi kerana SS percaya, berkas isteri kekasihnya itu tidak akan berdiam diri.
Cuma yang SS nasihatkan kepada pelakon muda itu, jika SMS yang diterima berbaur ugutan dan boleh menjejaskan keselamatan dirinya, lebih baik membuat laporan polis bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini pada masa depan.
Pada masa sama, SS harap pelakon wanita ini banyak berdoa kepada tuhan, semoga hubungannya dengan kekasih hati dipermudahkan dan berakhir ke jenjang pelamin. Apatah lagi, hubungan keluarga kedua belah pihak direstui keluarga masing-masing.
Kepada bekas isteri kekasih hati pelakon muda ini, janganlah buang masa dan sempitkan fikiran dengan melakukan perkara bodoh seperti menghantar SMS dengan kata-kata kesat atau ugutan. Terimalah dengan reda jodohnya dengan suami setakat itu saja.
Walau pahit untuk ditelan bahawa rumahtangga dibina dengan begitu bahagia selama ini akhirnya berakhir dengan perceraian. Setiap apa yang diberikan Tuhan itu ada hikmahnya.
Tags: Gossip
Tags: GossipClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





July 29th, 2009 at 7:15 am
norman+memey+abby ke?
baru nak side kan memey kan penulis ni~
July 29th, 2009 at 9:21 am
lagi satu kisah abby, kesian betul, sememeh tu dah la caras laki org suka sgt sensasi kan cite kat press, belakon mcm kayu, benci betul kat pompuan ni
July 29th, 2009 at 10:17 am
aku hairanlah..bukankah kes camni biasa si isteri dulu yg berlebih cakap dah takde hati lah, minta cerai lah.,lebih baik hidup sorang lah, cam abby, bini radhi oag, bini akhil khayy, tapi nanti suami dah ada pengganti masih lagi nak menyebok..
July 29th, 2009 at 12:18 pm
sape tk dendam,.abby kan pertahankan rumahtangga dia dkt 2 tahun,siap pregnant lg nak ambik ati nk.tp aura memey kuat sgt,mungkin sbb dia muda kot.tp abby tu cr je la lain,dah hati norman tk kat dia.tk guna gak kalo baik sbb ank2 jer…
July 29th, 2009 at 1:47 pm
Saja nak buat cite sensasi kot. Nak raih simpati orang. Peeegilah org tak kesian de…. Sendiri mau ingat le. Tak de penyakit cari penyakit. Punyalah ramai artis bujang nak jugak kat laki orang 2 buat hapee. sendiri tanggung lah.
July 29th, 2009 at 2:34 pm
takmau cakap banyak…pada kekasih bekas suaminya tu. berani buat, berani la tanggung yea…biasanya org perampas neh takkan aman dunianya…cuba belajar memahami hati sesama kaum…Amin….
July 29th, 2009 at 2:42 pm
apa yg kau rasa skrg.. itulah yg bekas isteri dia rasa dulu… Allah balas “cash” dik.. klu tak bekas isteri jantan tu pun… munkin akan datang ada orang lain yg caras kau pulak… tunggu..
July 30th, 2009 at 12:00 am
nin aby or fasha??
aku rasa cam fasha jer….
July 30th, 2009 at 12:01 am
ehh.. silap.. aby ler tu… hehehehe
July 30th, 2009 at 3:39 pm
betul kata mimiy n chocogurl..kalo la betul memey ckp tuh..berani buat berani tanggung risikonya..c abby lak sebab dendamkan memey, so dia kacau la balik..tp sebaik2nya..abby jgn sampai sms ugut..tk elok la..memang la saper yg suka laki dia kena kebas..tp sabor je la..mungkin ada hikmahnya..nasi pun dah jadik bubur..tp harap2 jgn c memey lak ug tokok tambah citer supaya org kesian kt dia lak..inilah risiko yg dia kena hadapi bila bercinta ngan laki org..yg menyampahnya c norman gak yg untung..cerai yg nih yg lain dah tunggu..yg nampak bodoh pompuan gak..yg dia lepas tangan..sama mcm bekas laki nora ngan akhil…semuanya sepesen jer kes dia org..
July 31st, 2009 at 4:29 pm
hai memang patut pun!! tulah balasan yg gatal menghancurkan rumahtangga kaum spesis dgn nya – satu hari it will happn to u sundal memey!! karang nak minta kesian… peeeeelahhh!! Belambak org bujang kat M’sia laki org plak kau gadaikan tubuh! si buaya murahan norman, awak tunggulah balasan yg tak berhati perut sanggup berlaku curang lebih2 lagi dikala isteri mengandung & memperlekehkan anak2!!
November 17th, 2009 at 10:26 am
padan la muka pelakon muda tu..yg gatal sgt nak rosakkan rumahtangga org napa? dah tak laku dgn lelaki bujang ker? bg aq lagi teruk ko kena kutuk lagi padan muka ko..wakakakaka..