in ,

Gambar Selebriti di Pra Tonton Program Astro di Bulan Ramadan

Dalam sibuk-sibuk tu, Budiey sempat juga singgah di Pra Tonton Program Astro di Bulan Ramadan yang berlangsung di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur semalam. Ramai betul pelakon dan selebriti yang turut hadir.

Antara yang menariknya, pada bulan Ramadan ini, Astro Oasis akan memeriahkan lagi dengan drama bersiri Moreh yang dilakonkan oleh Rusdi Ramli, Ayu Raudhah, Zul Ariffin dan ramai lagi. Kisah drama Moreh ni sebenarnya lanjutan dari drama Geng Surau yang ratingnya agak tinggi mencanak juga di Astro Oasis. Ini menurut Pengurus Saluran Astro Oasis sendiri yang yakin konsep cerita Moreh akan menarik penggemar Geng Surau. Cuma tajuk je yang lain, konsep dan gaya cerita tak jauh beza.

Moreh ada 20 episod dan akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 1 Ogos depan jam 7.30 malam. Eh jap, kalau tak silap Budiey 1 Ogos tu hari jadi Budiey. Hehehe. Saje je nak mencelah.

Astro Oasis

Oh ya, sebelum terlupa, masa majlis pra tonton ni, Budiey pertama kali dapat bertemu dengan Fir, salah seorang penyanyi muda yang mana pernah ke ujibakat Akademi Fantasia 9 dan berjaya untuk diserap masuk namun tidak terpilih untuk peringkat final. Korang ingat lagi tak dengan 4 calon pelajar baru untuk menggantikan 4 pelajar lama di AF9 yang dikatakan malas untuk belajar tu? Hanya Hazama dan Fina je yang dapat masuk. Namun, rezeki Fir masih ada dalam industri kerana beliau mendapat tawaran berlakon dari Michael Ang. Semoga Fir sukses la yek.

Budiey sempat menembual Fir dan beliau ada buat pengakuan ikhlas. Heheh, nak tahu pengakuan lanjut dari Fir, nantikan ya.

Berbalik kita kepada drama Moreh tadi, drama ni sebenarnya mengisahkan Pak Abu daripada siri Geng Surau yang berpindah dari kampung ke sebuah pangsapuri baru bersama isteri dan anaknya, Duan. Di tempat baru, dia dapati tradisi moreh tidak begitu diamalkan penduduk.

Tambah Izelan: “Selain itu, kami rasa bertuah kerana masih membawakan solat sunat Terawih secara langsung dari Masjidil Haram, Mekah, bacaan tadarus al-Quran dan tazkirah Ramadan menjelang waktu berbuka puasa.

“Kita juga menyiarkan dua buah dokumentari di Astro Oasis berjudul Salam Ramadan – Cina (1 hingga 5 Ogos) dan Salam Ramadan -Turki (8 hingga 12 Ogos, pukul 6 petang). Kedua-duanya akan disiarkan pada pukul 6 petang.”

Bagi menyerikan lagi kehadiran Ramadan, Astro Prima (saluran 105) turut mempersembahkan program Geng Mengaji, Deru Ombak, Berselindung Di Sebalik Kaabah, Pintu Sakaratul Maut, Cinta Dari Kaabah dan Pelita Penyuluh Kiblat.

Buat julung kalinya juga, Astro Arena (saluran 801) turut menayangkan sebuah program berjudul Arena Sukan bermula 29 Julai, setiap Jumaat, 11.30 malam yang dihoskan oleh pengulas sukan tersohor negara, Datuk Rahim Razali.

Ini gambar selebriti yang sempat Budiey jumpa.

Astro Oasis

Natasha Hudson akan tampil dalam drama bersiri DERU OMBAK di Saluran Prima bermula 2 Ogos jam 9.30 malam

Astro Oasis

Astro Oasis

Astro Oasis

Astro Oasis

Astro Oasis

Astro Oasis

Astro Oasis

Rozie Rashid berlakon dalam drama Pintu Sakaratul Maut yang akan ditayangkan di Astro Prima pada 14 Ogos jam 10 malam

Astro Oasis

Astro Oasis

Astro Oasis

Astro Oasis

Astro Oasis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis Pencinta Alam Terokai Hutan Belum Rainforest

Gambar Sekitar GiG TV9 di I-City