in , ,

Gambar Nita Hamzah di Party EH! 20 Yang Anggun 2010

Wow! Melatop kebaboom! Itu kata Budiey masa berjumpa dengan penyanyi Nita Hamzah semasa Party EH! 20 Yang Anggun 2010 yang lalu. Bagi Nita pula, dia tak kisah orang nak cakap apa. Malah senyumnya bertambah meleret.

Dress ketat dan singkat ini bertambah anggun apabila pereka bijak mengeksploitasi warna fabrik yang digunakan. Material dengna warna yang seakan warna kulit pastinya membuatkan orang nampak Nita seperti tak berbaju.

Oh ya tak ya, tengok la siapa pereka dress ni. Amir Luqman! Sememangnya, ramai yang dah tahu pereka yang berbakat besar ni memang mahu mencari kelainan dari segi rekaannya.

Namun, mungkin ramai yang sudah tahu gaya dan cara Nita berpakaian selama ini. Nita taklah sedahsyat itu. Apa-apa pun, dari pemerhatian Budiey, penampilan Nita adalah yang paling berani di malam party itu. Selebriti lain yang hadir tu tak berapa nak berani. So, pemenang untuk pakaian paling berani di 20! Yang Anggun jatuh kepada Nita Hamzah.

Nita Hamzah
Nita bersama pelakon Karak dan model serta pereka Amir Luqman

Penampilan Nita Hamzah di party ini mengingatkan Budiey dengan penampilan Siti Elizad Sharifudin yang tampil dengan pakaian paling letop pada malam Parti 20 Yang Anggun 2007 yang diadakan di Ruums pada 24 November 2007. Ia mendapat kecaman dan kutukan dari pembaca blog ini satu ketika dulu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Hani Lakonan Ryzal, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan

Gambar Yana Samsudin Berkemban Dalam Aku Masih Dara