Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Album Sixth Sense
Tanggal 13 Julai 2007 (Jumaat) lalu, berlokasikan Planet Hollywood Kuala Lumpur, satu majlis pelancaran album kedua 6ixth Sense diadakan. Saya sempat ke sana dan tiba dalam jam 3.30 petang untuk menemani 2 orang blogger yang turut sudi datang iaitu Faidhi dan Izham. Pelancaran album terbaru 6ixth Sense yang berjudul ’6ixth Sense’ ini disempurnakan dengan penyampiaan plague kepada penaja, penganjur dan band ini sendiri. Sebanyak 5 buah lagu baru yang termuat dalam album ini dibawakan untuk pendengaran para media dan wartawan. Setelah mendengar lagu mereka beberapa kali, saya kira pastinya irama-irama sebegini akan digemari oleh peminat muzik Malaysia mahu pun di Indonesia. Irama muziknya begitu segar disuntik dengan lagu-lagu yang mesra di telinga dengan memuatkan lirik yang mudah difahami berkonsepkan universal dan cinta. Kepada anda peminat band yang pernah meletop dengan lagu Hari Ini dan Semalam ini, jangan lupa untuk mendapatkan album terbaru mereka yang kini berada di pasaran.
6ixth Sense kini tampil sebagai kumpulan pertama yang mempromosikan lagu terbaru mereka melalui produk digital mudah alih yang dikeluarkan bersama album terbaru berada di pasaran. Selain menjadi produk eksklusif bersama Hotlink, 6ixth Sense juga dipilih sebagai ‘Artist of the Month’ di Maxis. Album kedua 6ixth Sense menampilkan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri. Antara lagu-lagu yang dijangka hits ialah Tak Bisa Memilihmu, Cinta Sejati dan Hikayat Cinta II. Setiap lagu disuntik dengan kelainan dengan lirik-lirik penuh mesej dan puitis. Semoga album ini memberi kepuasan kepada peminat setia 6ixth Sense.
[tags]Sixth Sense. 6ixth Sense, pelancaran album, planet hollywood, Malaywood, Asiawood, muzik rock, blogger, lirik lagu 6ixth Sense, gosip artis Melayu, kasih suci, cinta sejatu, Tak Bisa Memilihmu, Siti kena pukul, gosip terkini, berita dunia artis, konsert, Mujahid, Nowseeheart, plague, plak, colgate, kapan lagi, URTV, hits FM, radio Era, suria FM, mangga online, Manager artis[/tags]















Tags: 6ixth Sense, Foto Artis
Tags: 6ixth Sense, Foto Artis, Asiawood, berita dunia artis, blogger, cinta sejatu, colgate, gosip artis Melayu, gosip terkini, hits FM, kapan lagi, kasih suci, konsert, lirik lagu 6ixth Sense, Malaywood, Manager artis, mangga online, Mujahid, muzik rock, Nowseeheart, pelancaran album, plague, plak, planet hollywood, radio Era, Siti kena pukul, Sixth Sense. 6ixth Sense, suria FM, Tak Bisa Memilihmu, URTVClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



