Gambar Kekasih Serina Chef Wan
Ini dia gambar boyfriend baru kepada anak dara Chef Wan, Serina Redzuan. Hensem kan? Ada iras-iras Jimmy Shanley Yeszaaa, pengacara Trek Selebriti sikit, kan? Selepas hubungan cintanya dengan Allahyarham Hani Mohsin tidak direstui oleh bapanya dulu, kini Serina kembali dengan kekasih baru yang lebih ganteng, fresh dan kacak. Saya baru je tengok Serina dalam program temubual TV3, Jangan Tidur Lagi. Siap kena kacau kat Azwan Ali dan Adlin Aman Ramli. Katanya inilah dia baru betul-betul menantu Chef Wan. Apa tidaknya, berkerjaya sebagai arkitek atau jurutera yang menjamin masa depan. Sudah tentu mendapat restu Chef Wan. Serina amat menyenangi sifat kekasihnya itu yang pandai mengambil hati dan menepati kriteria yang dicarinya untuk bergelar suami. Kata gadis 24 tahun itu lagi, “Dia bukan seorang yang kaki enjoy. Seorang yang soft-spoken dan saya rasa mungkin sebab itulah papa juga menyukai dia. Apa yang saya lihat, dia juga mempunyai pegangan agama yang kuat serta pada masa yang sama mempunyai minat yang sama dengan saya. Tapi yang pentingnya, dia amat memahami kerjaya saya.”Apa-apa pun Serina tak nak rushing sangat atau cepat sangat nak kawin. Biarlah berkawan dulu. Kenal hati budi dulu. Lagi pun tak nak la kecoh-kecoh pasal siapa nama kekasih barunya itu. Kekasihnya tu pun baru je balik dari luar negeri. Habis belajar terus dapat kerja jadi jurutera. Senangnya. Serina kata dia nak kawin dalam usia dia 30 tahun. Tu pun kalau ada jodoh, kalau takde jodoh kawin je ngan Budiey.
[tags]Kekasih Serena Chef Wan, boyfren Serina, bf Serena, gambar kekasih baru Serena, foto boyfriend Serena, jurutera, kontraktor, arkitek, Chef Wan, tips masakan, tunang Serina, perkahwinan Serina, Malaywood, Bollywood, Hollywood, resepi sedap, Hani Mohsin, Serina Redzuan, tips rupa hensem, tips aura selebriti[/tags]





Tags: Gossip, Serina Redzuan
Tags: Gossip, arkitek, bf Serena, Bollywood, boyfren Serina, Chef Wan, foto boyfriend Serena, gambar kekasih baru Serena, Hani Mohsin, Hollywood, jurutera, Kekasih Serena Chef Wan, kontraktor, Malaywood, perkahwinan Serina, resepi sedap, Serina Redzuan, tips aura selebriti, tips masakan, tips rupa hensem, tunang SerinaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



