Gambar Anak Dr Fazley & Azrene Suraya
Budiey nak ucapkan tahniah buat Dr Fazley & Azrene Suraya sebab dah dapat anak lelaki yang comel dan yang penting sempurna sihat. Nama anak mereka Ahmad Fariedz Shah telah lahir pada 29 Oktober 2008. Akhirnya melekat jugak ya.

Melodi untuk Payish - dipetik dari Sinar Harian
HANYA sembilan hari menjelang majlis ulang tahun perkahwinan mereka, Dr Fazley Yaakob dan isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz dikurniakan hadiah paling istimewa. Malah, hadiah yang merupakan kelahiran putera sulung mereka, Ahmad Fariedz Shah pada 29 Oktober lalu bukan sahaja menggembirakan pasangan ini, tetapi juga keluarga kedua-dua belah pihak. Bagi keluarga sebelah Fazley, Ahmad Fariedz yang diberi jolokan Payish merupakan cucu pertama yang ‘membuka’ salasilah generasi keempat keluarga mereka yang tinggal bersama dalam satu rumah.
“Maksud bagi nama yang dipilih bersama keluarga ini ialah ketua penunggang kuda atau firasat. Pada saya, nama itu sesuai buat Payish memandangkan ia melambangkan kepimpinan selaku anak sulung,” kata Fazley ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini. Tambah artis versatil yang juga ahli perniagaan dan pakar motivasi ini, kehadiran bayi turut membawa bersama pelbagai ilmu baru buatnya dan isteri.
“Buat pertama kali dalam hidup, saya belajar bagaimana untuk menanam uri dengan tunjuk ajar bapa. Saya juga mencuci sendiri uri tersebut sebelum menanamnya di depan rumah. Apa yang paling saya syukur ialah ibu dan nenda saya banyak membantu kami yang mulanya kekok untuk mengendalikan bayi. Azrene sendiri banyak menerima dan mengamalkan petua daripada ibu saya,” ceritanya yang cukup gembira kerana Payish dikatakan menyerupai dirinya sewaktu kecil terutama jika dilihat pada jari jemarinya yang runcing.
Katanya lagi penuh bahagia, dia kini tidak betah untuk berlama-lama meninggalkan rumah kerana hati sentiasa diruntun untuk menjenguk si kecil. Keterujaan itu bukan sekadar dirasakannya seorang, tetapi juga anggota keluarganya yang lain sehinggakan biliknya dan isteri kini bagaikan ruang tamu yang sentiasa dikunjungi.
Ibu Fazley, Datin Umi Kalsum Abdol Latib turut berkongsi cerita lucu bagaimana Fazley yang terlalu seronok menimang cahaya mata enggan tidur bagi memastikan Payish berada dalam keadaan selesa apatah lagi isterinya menghadapi kesukaran untuk menyusukan anak mereka setelah menjalani pembedahan.
“Setiap kali Azrene menyusukan bayi, saya dan Fazley akan berada di sampingnya untuk membantu. Rupa-rupanya dia langsung tidak tidur semalaman pada hari pertama anaknya lahir kerana terlalu risau. Hinggakan, dia pulang ke rumah dengan mata sembap dan satu ketika sewaktu saya dan dia sedang memerhatikan Azrene menyusukan Payish, dia tiba-tiba terduduk lalu tertidur di kaki katil kerana terlalu letih,” kata ibunya sambil menjeling Fazley yang tersipu-sipu.
Bagaimanapun, perkara itu tentunya akan kekal menjadi kenangan terindah buat Fazley yang kini sudah pun betah melakukan rutin seorang bapa seperti bangun pada waktu malam untuk memeriksa dan menukar lampin dan memakaikan bedung buat anak. Malah ujarnya, dia kini sudah mahir hingga mampu menukar lampin anaknya itu dalam keadaan gelap!
Lagu buat insan istimewa
Apalagi yang lebih istimewa buat seorang penyanyi selain mengabadikan lagu buat insan teristimewa dalam hidupnya? Itulah juga yang bakal dilakukan oleh Fazley menerusi album keempatnya yang bakal dikeluarkan selewat-lewatnya penghujung bulan ini. Album ini mempertaruhkan single berjudul Superheromu di samping sebuah lagu ciptaan penulis lirik yang disegani Fazley, Kak Chah (Habsah Hassan) berjudul Rindu Tak Tertanggung. Jika lagu ciptaan Kak Chah ditujukannya khas buat ibu dan isteri, untuk si kecil Payish pula Fazley titipkan lagu nyanyian Cascade, Rhythm Of The Falling Rain yang ditukarkan kepada versi Bahasa Melayu dengan tajuk Melodi Titisan Hujan selain Indah Kernamu yang ditulisnya sendiri khas buat isteri tercinta.
“Melihat pengalaman Azrene mengandung banyak menginsafkan saya. Ia sekali gus membuatkan saya cukup menghargai ibu yang mengandungkan saya ketika keadaan keluarga kami susah dari segi kewangan dan hidup,” luah Fazley.
Barangkali dek kerana itulah juga, ibunya sendiri memuji Fazley yang disifatkan sangat banyak membantu isterinya dalam keadaan sekarang. Bukan memuji anak sendiri, namun sesiapa sahaja yang menyaksikan gelagat Fazley mengendalikan anak isterinya pasti mengesahkan kenyataan ini. Akui ibunya lagi, bapa Fazley sendiri, Datuk Yaakop Mohammad dahulunya tidak berani memegang anak-anak sebelum berusia tiga bulan kerana risau dan kekok namun Fazley tega melakukan perkara ini kerana mahu berkongsi segala kepayahan bersama isteri.
“Apabila isteri saya melahirkan anak menerusi pembedahan, bukan bayi sahaja yang perlu dijaga tetapi isteri juga. Pada waktu malam, ibaratnya tangan kiri saya ini memegang Azrene manakala tangan kanan pula memegang anak kami,” kata lelaki penyayang ini.
Beg tangan dari kulit ikan talapia
Jika berbual dengan Fazley, pasti ada sahaja projek terbaru yang diusahakannya. Malah jadualnya boleh dikatakan sentiasa penuh dengan pelbagai urusan kerja. Ketika bertemu baru-baru ini pun, Fazley sempat menguar-uarkan projek terbarunya iaitu perniagaan beg tangan dari Indonesia dan skirt labuh serta selendang yang ditempah khas dari Sarawak. Apa yang menarik, beg tangan yang dijualnya diperbuat daripada kulit ikan talapia dan tahan lasak jika terkena air.
“Syarikat kami berjaya mendapatkan hak untuk menjual beg tangan ini di Malaysia. Setiap satu beg ini merupakan hasil buatan tangan dan boleh dibeli di laman web www.fazleycollection.com. Selain beg tangan, skirt dan selendang, kami juga bercadang untuk menjual baju-baju bayi secara online menggunakan label Fazley Baby dan gajet-gajet terbaru yang susah untuk diperoleh di negara ini menerusi Fazley Gadjet. Akan datang, saya dan Azrene juga merancang untuk menubuhkan Fazley International Dance Academy memandangkan Azrene mempunyai pengalaman lebih 10 tahun sebagai penari kebudayaan,” ujar Fazley.

Baca artikel lain yang berkaitan:

















November 22nd, 2008 at 8:48 am
Congratulations Dr. FAzley and suraya!!! Untung betoi suraya dapat Dr. Fazley jadi suami..dah le..hensem, berpelajaran, keluarga orang baik-baik dan berada, dan yg paling best sanggup susah payah tuk isteri dan anak..RUGI YE SIAPE ‘ARTIS”YG TOLAK CINTA DIA DULU..dah le sengsara..laki buaya..dpt anak pun belum lagi..sian..
November 22nd, 2008 at 10:06 am
Amboi kiki, ‘dalam’ makna tu…hehehe… tahniah buat Dr Fazley n istri,smoga ank yg d anugerah kan tu akan menjadi ank yg soleh n bijak seperti Dr jugak ye…
November 22nd, 2008 at 10:51 am
ha ha. now everyone has babies except silly pilly from Kuala Lipis
November 22nd, 2008 at 11:28 am
Nasib Dr. Fazli kawin ngan Soraya..tak pilih ‘artis penyamun tu’..oops..mestile..Dr. Fazli mesti nak cari wife yg setaraf dgn dia..cantik & educated..cos nanti dpt anak mesti pandai..tak le harap sore je..otak udang..
November 22nd, 2008 at 11:35 am
hahaha…
tau xpe..takpela…de pon x hingin pompuan cmtu.
mak de x bagi la katekan.
beauty but got no BRAIN…
lantak p laaa dat gal..
fazley pon da bahagie..ade payish..
“SI POLAN” tu…takat ade pe?..
oh sebok wat liposuction kan..sian..hidup penuh hipokrit.
November 22nd, 2008 at 2:32 pm
ahh musim babies jgk skrg ni yer..congratss2…cutenya dia..
November 22nd, 2008 at 6:02 pm
Apa cer mak mertua? Kat turkmenistan lagi ka?
November 22nd, 2008 at 6:33 pm
ha ha ha, silly pilly dari K.Lipis.Kelakar lah Obefiend ni.I LIKE.
November 22nd, 2008 at 9:22 pm
mak mertua tak datang ke… tengok cucu… nak panggil opah ka.. nenek ka… mak tuk ka… tukka… aiseh takut kut nanti payish kencing baju baru beli…
November 22nd, 2008 at 10:36 pm
tahniah Dr Fazley & wife..
November 24th, 2008 at 10:32 am
btul sangat2…………….dgn kata2 norizan, kiki, littlewonder……
i likeeeeee………tak boleh angkat seh dgn u all………i sokong…….he he he…
November 24th, 2008 at 11:17 am
Mak Mertua/ nenek TUA/ datin Rosmah Mansor ke yg u all sibuk gossip tu!! semoga dia terima la cucu yg comel tu!
November 24th, 2008 at 1:10 pm
ummi cute….i’here….
hati2 komen ummie cute….
ko skang ni mungkin sdg d perhatikan oleh INGAT TUHAN….
jgn sampai die mule mendoakan ko lg…
doa die makbul…jgn main2…
aku takuttttttt……
November 24th, 2008 at 1:39 pm
tu perli datuk ct la tu….jahatnyer korang nie….
November 24th, 2008 at 1:43 pm
same la besday dgn anak dr fazley…nanti leh sambut same2…
November 24th, 2008 at 5:02 pm
haluuu mama cntik…
November 24th, 2008 at 5:11 pm
congrats dr fazley..cute bby…=)
November 25th, 2008 at 3:07 am
Obefiend….u’r here too, huh? Silly pilly’s ardent fan Afir hasn’t been around here by the look of it….? Or he’ll curse you again!!
November 25th, 2008 at 3:10 am
There’s something about this couple that I admire….all the very best to them! That boy is gonna be a heartbreaker when he grows up…he’s cute!
November 25th, 2008 at 9:03 am
tak elok cakap orang cam tu. rezeki masing2. ade orang dapat cepat..ade orang dapat lambat baby…kite kene faham & terima qada & qadar…dah tertulis jodoh dengan siapa2, kita x boleh nak tolak…jangan la asyik salahkan orang lain hanya kerana kita tak suka dia…
November 25th, 2008 at 9:06 am
kita x boleh nilai orang dari luaran saja…mana yg belum kawin tu, hati2 jangan sampai apa yg anda kutuk2 orang akan berbalik kepada anda ibarat meludah ke langit..muka sapa yg kene?..mana yg dah kawin pulak…bukan alasan untuk kita bercakap hal orang…hari ini mungkin hari dia..esok lusa..klu bukan kita..anak cucu kita…sapa tahu kan..?? insaflaah..
November 25th, 2008 at 10:20 am
hai…ummie cute….aku dah blk la…
ko lambat masok r smalam….
November 26th, 2008 at 3:26 am
eena…give us all a break…!
November 26th, 2008 at 10:07 am
orang yang suka mengutuk ni lupa qada’ dan qadar. jage2lah p’cakapan kita. tuhan nak tunjuk kita senang aje tau.
November 28th, 2008 at 9:44 am
cute baby.. congrats 2 both of u !
December 28th, 2008 at 2:55 pm
COMELNYA PAYISH….TGK SKLI MCM MAMA DY TP BLE TGK BTUL2 MCM PAPA DY PLAK….CAYELA,PAPA PN CONGRATS DR N WIFE….BLE PAYISH DH BSR DIDIKLAH DY JD INSAN Y BGUNA MCM PAPA N MAMA DY JGK K….
April 20th, 2009 at 9:45 am
tahniah kpd abg pajie n kak azreen krn dah menimang cahaya mata sulung..semoga baby fariedz menjadi insan yang berguna kelak nanti…
April 27th, 2009 at 11:24 pm
yahoouuwww… HOT DADDY..!!!
eheheheh… congrats yeahh… dr.fazley.
huhh…. mintax2 ah besa nanty.. baby
cute cam bro taw…!! hahaahahha…………
June 4th, 2009 at 10:10 am
ahaha.korang ne sengal ah
sempat lagi ngutuk akak siti kite tuh
nway congrats ye fazley.moga payish tu
jadi anak soleh ye