in ,

Eja Jadi Ibu Susuan Secara Rahsia?

Semua orang tahu, Eja atau nama sebenarnya Siti Shahriza mempunyai seorang anak perempuan. Tetapi menjadi ibu susuan hanyalah wataknya di dalam telefilem terbitan Enuja Production iaitu Aku Bukan Halimatus Saadiah yang akan disiarkan di slot Skrin Di 9 pada 13 Januari ini jam 8.30 malam. Aku Bukan Halimatus Saadiah mengangkat tema ibu susuan bersempena sambutan Maulidur Rasul. Jangan lupa juga untuk menyaksikan telefilem-telefilem istimewa untuk anda sebagai permulaan tahun 2014 bermula Januari ini dengan telefilem Wayar Putus pada 6 Januari dan juga telefilem Atan dan Atoi pada 27 Januari.

6 Januari 2013
SI WAYAR PUTUS (Terbitan AFS Pictures Sdn Bhd)
[dropcap]K[/dropcap]isah perjalanan Kahel membawa Sattar dari pusat rawatan mental demi memenuhi permintaan ayahnya yang sakit untuk berjumpa dengan Sattar. Pelbagai kisah lucu yang berlaku dalam perjalanan itu. Huru-hara yang dicetuskan Sattar memberi masalah kepada Kahel tetapi dia bijak menyelesaikannya dengan bantuan Wani yang juga merupakan jururawat di pusat rawatan mental itu. Malangnya, laluan untuk membawa pak cik Sattar menemui bapanya tidak semudah yang disangkakan kerana Kahel telah diganggu oleh geng Ah-Lim yang mahu menuntut hutangnya daripada Kahel.
Pelakon: Kazaruddin, Hairi Safwan, Sharifah Sakinah, Aisyah Atan, Achong Sweetchild, Boy Iman, Johan Raja Lawak

ISTIMEWA MAULIDUR RASUL

13 Januari 2013
AKU BUKAN HALIMATUS SA’ADIAH (Terbitan Enuja Production)
[dropcap]M[/dropcap]engisahkan Halimah dan Maria yang melahirkan anak pada masa yang sama. Malang bagi Halimah apabila anak kedua yang dilahirkan meninggal dunia. Lebih malang lagi, suami Halimah juga kemalangan dan terpaksalah Halimah yang masih dalam pantang bekerja demi mencari rezeki buat keluarganya. Kerana simpati dengan nasib Halimah, Datuk Fuad, majikan kepada arwah suami Halimah menawarkannya pekerjaan untuk menjaga anak Maria. Maria yang bekerjaya dan menjaga kecantikan tidak mahu menyusukan anaknya dan mengikuti jejak ibunya, Datin Ruby yang turut tidak menyusukan anak kerana mahu menjaga bentuk badannya. Atas rasa simpati kerana Rayyan sering sahaja menangis kelaparan kerana hanya diberikan susu tepung, Halimah telah menyusukan Rayyan. Perbuatan itu tidak diketahui oleh Maria sehinggalah pada suatu hari apabila Maria pulang ke rumah untuk mengambil fail syarikat yang tertinggal di rumah melihat sendiri Halimah menyusukan Rayyan. Maria menjadi marah dan bertindak menghalau Halimah dan anaknya Intan keluar daripada rumahnya.
Pelakon: Eja, Sabrina Ali, Jasmin Hamid, Eizlan Yusoff, Zul Handy Black

27 Januari 2013
ATAN DAN ATOI (Terbitan Zeel Production)
[dropcap]T[/dropcap]elefilem komedi yang mengisahkan Atan yang terlalu taksub untuk menjadi anggota polis, namun sering gagal dalam temuduga polis. Suatu hari, nasibnya berubah apabila beliau berhadapan dengan sekumpulan penculik ketika sedang mencari kucing kesayangan ibunya, Atoi, yang telah hilang di dalam jagaannya. Walaupun pada mulanya Atan tidak suka kepada Atoi kerana cemburu ibunya memanjakan Atoi lebih daripada dirinya. Atan bergandingan dengan Atoi dalam berusaha menyelamatkan Qistina, kanak-kanak yang telah diculik sindiket tersebut. Berjayakan Atan dalam misinya dengan hanya bantuan seekor kucing?
Pelakon: Shahrul Shiro, Khatijah Tan, Hamid Gurkha, Ifa Raziah, Pekin Ibrahim, Adik Puteri Nuriesyafiera

Eja Jadi Ibu Susuan Secara Rahsia?

Eja Jadi Ibu Susuan Secara Rahsia?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Sidang Media Drama Festival KL

BoBoiBoy Musim Ke-3 di TV3