Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Drama Bersiri Dewi Cinta Lakonan Lisdawati di TV1



Drama Bersiri Dewi Cinta
Drama bersiri ‘Dewi Cinta’ ini telah diilhamkan oleh YM Raja Alawiah Idris, Pengarah Urusan Bright Network Sdn Bhd yang kemudian ditulis menjadi skrip drama bersiri oleh pemenang Anugerah Seri Angkasa 2001 dan Anugerah Skrin 2007 iaitu Che Li (Nazli Jaafar). Skrip drama bersiri ini pula akhirnya dizahirkan menjadi sebuah drama bersiri menarik dan penuh emosi oleh Pengarah Hazali Haji Ramli dengan bantuan tiga belas krew produksi.

Drama bersiri ‘Dewi Cinta’ ini telah menjalani penggambaran di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur bermula pada 9 Februari 2007 dan telah mengambil masa dua bulan dan berakhir pada 23 April 2007. Drama yang mengisahkan tentang percintaan, ikatan kekeluargaan dan kasih sayang ini telah dibintangi oleh para pelakon handalan tanahair seperti Lisdawati, Fauzi Nawawi, Rozie Rashid, Shahrudin Thamby, Fadilah Mansor, Rosnah Mat Aris, Linda Hashim, Kenchana Devi, Badrul Muhayat dan ramai lagi.

PELAKON:

DEWI
Lisdawati

NIZAM
Fauzi Nawawi

KASIM
Saharuddin Thamby

MAISARAH
Fadilah Mansor

ASYIRA
Rozie Rashid

TASHA
Rosnah Mat Aris

Sinopsis Dewi Cinta
Drama bersiri ‘Dewi Cinta’ mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Dewi yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang dan kemewahan. Kehidupan Dewi hanyalah bersama ayah dan ibunya, sehinggakan dia tidak suka berkawan dan menganggap dirinya sahaja betul berbanding orang lain. Sikapnya berterusan sehinggalah dia diterima melanjutkan pengajian ke menara gading.

Di kolej, Dewi tidak mempunyai ramai rakan. Namun, setelah kehadiran Nizam, Dewi mula merasai sesuatu. Akhirnya mereka bercinta dan Dewi menyayangi Nizam sepenuh hatinya. Kebahagian Dewi sedikit tercalar apabila ibunya, Asyira, disyaki menghidap barah payu dara. Di saat Asyira bertarung nyawa untuk pulih, hadir pula Maisarah, ibu tunggal memberikan kata-kata semangat, namun kehadiran Maisarah tidak disenangi oleh Dewi. Selepas beberapa bulan Asyira meninggal dunia, Maisarah telah dilamar oleh bapa Dewi, Kasim. Orang pertama yang menghalang perhubungan tersebut adalah Dewi serta Yusri iaitu anak tunggal Maisarah.

Kebencian Dewi semakin bertambah apabila ‘terjumpa’ Tasha iaitu seorang pelayan kelab malam yang merupakan rakan Maisarah ketika muda. Demi dendam, Tasha cuba memburukkan nama Maisarah di depan Dewi dan Kassim. Namun, perkahwinan Kasim dengan Maisarah tetap diteruskan. Akibat kecewa dengan keputusan ibunya, Yusri pula membawa diri ke luar negara.

Selepas tamat pengajian, Dewi dan Nizam berkahwin. Kemudian Nizam dan Dewi diterima bekerja di syarikat perumahan terkenal. Di pejabat, semua pekerja memuji Nizam kerana melayan Dewi dengan baik dan romantik. Hakikatnya, apabila berada di rumah Dewi dilayan seperti wanita kelas kedua oleh Nizam, dan semua perbuatannya tidak pernah dihargai. Malah, Nizam sanggup membiarkan Dewi melahirkan kedua-dua anak mereka bersendirian. Semenjak itulah, Maisarah menjadi tempat Dewi mencurah perasaan dan buat pertama kalinya, Dewi memanggil Maisarah dengan panggilan ‘ibu.’

Tasha tidak senang dengan perkembangan tersebut dan berusaha untuk memusnahkan keluarga Maisarah. Muncul Linda, anak saudara tasha menggoda Nizam dan akhirnya Dewi diceraikan tanpa belas kasihan. Selepas menikahi Linda, Nizam pula disahkan menghidap barah otak yang kronik. Linda tidak mahu menanggung beban, lalu meminta cerai dan meninggalkan Nizam bergelut dengan penyakitnya sendirian.

Nizam mula berasa kesal dan bayangan Dewi mula kembali di dalam mindanya. Dewi pula hidup bahagia bersama Ramli, lelaki yang selalu mengambil berat mengenai dirinya. Namun, setelah mendapat berita mengenai penyakit Nizam, Dewi mula keliru dengan rancangan hidup bersama Ramli atau mahu kembali semula kepada Nizam, lelaki yang amat dikasihi dan juga merupakan ayah kepada kedua anaknya. Adakah Dewi memilih untuk kembali bersama Nizam dan seterusnya melupakan Ramli, lelaki yang abru bertakhta dihatinya?

Ikutilah pergolakan hidup Dewi, pengorbanannya sebagai siteri dan anak yang akan muncul di kaca TV tidak lama lagi. Hanya di RTM 1.

[tags]sinopsis dewi cinta, drama, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Rozie Rashid, Shahrudin Thamby, Fadilah Mansor, Rosnah Mat Aris, Linda Hashim, Kenchana Devi, Badrul Muhayat, tasha, bugil, ain maisarah, video ida nerina, penulis novel, Malaysia Currency, Exchange Rate, study in singapore, Ringgit Local, Currency Converter, Malaysia, Travel, Market[/tags]

Tags: , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Suria Di Cordoba di Astro Prima
  • Gambar Lisdawati di Anugerah Juara Lagu Ke-26
  • Sinopsis Drama Dari Mata Arisa
  • Drama Bersiri Cinta Shanxi Lakonan Lisdawati & Ako Mustafa
  • Petua dan Tips Rumahtangga Lisdawati dan Fauzi Nawawi
  • Drama Bersiri Opah Musim Baru
  • Fauzi Nawawi, Pelakon Orang Minyak Pergi Kelab Dangdut?
  • DRAMA JAMU CIK SEMAH URUT PAK ALI LAKONAN EIZLAN YUSOF, DATO’ AZIZ SATTAR, SHEILA MAMBO
  • Sinopsis Filem Saus Kacang Lakonan Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair
  • Drama Bersiri Kisah Kaisara Lakonan Sari Yanti dan Wan Sharmila



  • 3 Komen untuk entri “Drama Bersiri Dewi Cinta Lakonan Lisdawati di TV1”

    1. ramolah kata:

      c fauzi nawawi ado x payah lh tgk……buang maso den

    2. girl23 kata:

      Nak Tema Lagu dalam Drama Dewi Cinta Lakonan Lisdawati & Fauzi Nawawi

    3. rosinar kata:

      salam. tahniah pd semua pelakon dan semua yang terlibat dlm drama dewi cinta. cerita ni bagi kesan yg mendalam. tiap2 hari sy tgu nk tgk cite ni. memang best. TAHNIAH SEMUA!!!!!!!!!

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK