in ,

Bapa Youk Bunkface Meninggal Dunia

Berita mengejutkan dan menyedihkan yang baru sahaja Budiey terima, bapa kepada pemuzik dari kumpulan Bunkface, Youk telah meninggal dunia pada jam 1 tenghari tadi di KPJ Shah Alam, Seksyen 18. Diberitakan, ayah Youk telah dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan dan keadaan pada masa tu memang dalam kritikal.

Berita ini disahkan oleh Youk sendiri melalui akaun Twitternya:

@Youk_Jaafar: Abah saya telah selamat kembali ke rahmatullah.alfatihah.smoga beliau ditempatkn org yg beriman.amin.

Alfatihah. Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.

Sesiapa yang ingin menziarah jenazah ayah @Youk_Jaafar alamatnya, No.70, Jalan Lengkongan, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, Selangor.

Gambar di bawah: Youk berdiri di sebelah kanan. Gambar ini Budiey ambil semasa Youk bersama Paan menyertai rombongan ke Pulau Perhentian untuk menjayakan Malam Santai Media dan Pelancaran Xpresi Kembara musim terbaru di sana.

Bunkface

Bunkface

Bunkface

Bunkface

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Pelakon Balas Dendam di Teater Terima Kasih Cinta

Gambar Shahir di Sidang Media Hos Akademi Fantasia 9