Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Azean Irdawaty Tak Percaya Benji Mengedar Dadah



Azean Irdawaty Tak Percaya Benjy Terlibat Sindiket Edar Dadah

PETALING JAYA: Aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.

Benjy pernah berlakon dalam drama berantai Kerana Cintaku Saerah

“Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada mStar Online di sini hari ini.

Portal berita dalam talian dan akhbar hari ini menyiarkan laporan tentang seorang pelakon popular yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik dan juga anak kepada aktres veteran terkenal kini ditahan reman kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000.

Aktor berusia 31 tahun itu ditahan di kondominium mewahnya di Jalan Segambut pada Khamis. Dalam serbuan tersebut, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah.

Pelakon itu dicekup bersama teman wanitanya berusia 24 tahun di tempat meletak kereta di kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi Khamis setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai.

Azean Irdawaty

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang ketika dihubungi berkata, pelakon itu ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat di Balai Polis Bukit Jalil bersama teman wanitanya.

Difahamkan pelakon tersebut sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun dan kekasihnya itu, telah disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing.

Artis tersebut mungkin akan berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Dalam pada itu, Azean, 60, mendakwa, anaknya sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan.

“Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar,”

Tambah pelakon filem Talentime, Waris Jari Hantu, Anak Mami Kembali dan Baginda itu, dia pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya.

Dia juga mempersoalkan penglibatan anak lelaki tunggalnya itu, sedangkan mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif.

“Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada.

“Lagipun Kak Yan Google (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam,” katanya [sumber]

Tags: ,

Tags: , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Benjy Mengaku Tak Bersalah Miliki Methamphetamin
  • Gambar Jaafar Onn & Azean Irdawaty Masa Muda-Muda
  • Azean Irdawaty Semakin Pulih
  • Azean Irdawaty, Pelakon Datin Diaries Ada Kanser Payu Dara?
  • Tahanan Reman Pelakon Lelaki Edar Dadah Dilanjutkan
  • Gambar Terbaru Azean Irdawaty Bertudung
  • Isteri Sabri Yunus Meninggal Dunia
  • ESOK MASIH ADA : KHAS HARI SENIMAN
  • Pelakon & Tunang Ditangkap Kes Dadah
  • Pelawak Yassin Ditahan Kerana Dadah Lagi



  • 16 Komen untuk entri “Azean Irdawaty Tak Percaya Benji Mengedar Dadah”

    1. cik karma kata:

      jangan risau kak yan, kalau benjy tak bersalah, pasti dia tak akn diapa-apakan..sesiapa pun kecewa kalau perkara macam ni terjadi.,

    2. nur kata:

      rase tak percaya pun ada sbb Benjy adalah seorg pelakon yg low-profile!! Tapi dizaman yg serba serbi memerlukan duit, tak mustahil maanusia baik pun blh tergoda.Cuma saya harap Benjy bukanlah org yg dimaksudkan itu.

    3. lil lala kata:

      kalau perkara ni betul, syg betul….sy sngt suke dgn lakonan benjy

    4. hani kata:

      hhmm.. sian laa kat kak yan. even die sniri pon perlukan duit utk sakit die. kne sara anak yg sepatutnye sara die. pastu bole plak ank disyaki edar dadah.. hope kak yan kuat..

    5. FADZIL kata:

      SALAM…KAK YAN SELALU BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T .SEMOGA ALLAH AKAN MENOLONG PADA ORANG SENTIASA MEMOHON PERTOLONGAN NYA….

    6. ad_hoc kata:

      apapun biar kan polis lakukan tugas mereka.yg bersalah akan dihukum, yg teraniaya akan terbela nasibnya.

    7. dyesebel81 kata:

      sekarang ni pun apa yang orang tak tau pun jadi tau…kan hebohj kata benjy nak jumpa ayah sebenar tapi tak dapat-dapat. mungkin salah satu sebab dia jadi camtu, pressure…sabar la benjy & family. ada hikmahnya. dari kes ini jugak mengajar kita supaya jadi insan yang berguna, yang lebih matang untuk menghadapi onak dan ranjau kehidupan yang serba mencabar ini…

    8. NONA kata:

      agree with you all..sabar la aunty..kalau perkara ni palsu, insyaallah dia akan di bebaskan..mmg betul zaman skrg ni mcm2 bole terjadi, even benda yg kita tk sangka2..kita berdoa saja la, moga2 perkara ini tk benar…mmm tak tau la….kesian kt aunty yan..

    9. missgurl kata:

      i rse mmg bkn benjy jgk laa coz benjy tak ade keter..maybe dia d perangkap kot..i hope u sbr la auntie..ini hanya dugaan ALLAH..suatu hri 6t akan terbukti kbnarannya

    10. Penang_Girl kata:

      banyak2kan la bersabar yerk….
      mesti ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku ini .

    11. sweet yellow kata:

      Kak yan, walid saye selalu berkata, Allah s.w.t hanya akan memberi ujian kepada umatnya yang mampu untuk menghadapi, oleh itu saye percaya kak yan dan keluarga mampu menghadapinya. Semoga kak yan tabah dan banyak bersabar. Amin…
      -sd

    12. adam kata:

      Di saat sebegini diharapkan aunty yan ,uncle karl n all familly…..bersabar dengan tenang..dan teruskan dengan doa kepada yang maha BESAR. semuanya akan di akhiri dengan gelak dan tawa…..saya dan rakan-rakan amway yang lain sentiasa mendokan agar semuanya berpihak kepada Benji……GOD SO GREAD amin…….

    13. achykleo kata:

      salam auntie yan..saya amat bersimpati dgn auntie yan..
      b4 nie de mslh lain lak..ni mslh lain lak..
      percayalah sume nie ade hikamhnya..harap auntie yan bersabar yer..
      ALLAH sentiasa mendengar doa hamba-NYA..
      jgn pts berdoa…kite org sume sygkan auntie..cian kat auntie..mesti sabar k..salam..

    14. era kama kata:

      hello… kak yan hrp bersbar semua ini adalah dugan hidup,d seblk keluh kesah ada kebahagiaan sdng menanti….

    15. azza kata:

      byk2 la bersabar…ini semua dugaan dr Allah s.w.t…..klu dye x lakukannye,insyaallah,akn dilepaskan…

    16. Keadilan kata:

      kalau dah salah tu tetap bersalah ..tak perlulah kita cuba untuk memutar belitkan cerita … makamah kan ada … jangan hukum sesuatu mendahului keputusan makamah …. saya perhatikan tak ada kepentingan untuk individu atau kerajaan tentang penahan benjy ini … bukannya benjy boleh mengugatkan negara pun .. dia hanya sekadar seeorang artis biasa sahaja dan dipuja serta dipuja untuk seketika sahaja ..iaitu dizaman kemahsyurannya sahaja … lepas ni orang dah tak ingat dah … tetapi bila dah makmal pemprosesan syahbu yang boleh dikatakan terbesar terbongkar mungkin itu yang orang akan ingat tentang benjy nanti. apa-apa pun tak perlulah mempolitikkan lagi isu ini … lebih baik kita pertikaikan musibah yang akan menimpa jika makmal ini tidak dibongkar … berapa banyak lagi yang jadi penagih … berapa banyak lagi yang rosak akibat gejala ini … saya rasa itu lebih adik kita bela …sebab ianya lebih ramai berbanding dengan nasib benjy seeorang

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK