Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Artikel Kontroversi Yasmin Ahmad: Keluarga Nak Saman Editor & Wartawan



Waris Yasmin Ahmad mahu saman editor, wartawan
Artikel jejas imej Yasmin Ahmad

SUBANG JAYA: Keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengarang dan wartawan sebuah akhbar tabloid terkenal berhubung penyiaran artikel kontroversi pada 27 Julai lalu mengenai keperibadian pengarah filem dan iklan berkenaan.

Ibunya, Inom Yon, berkata tindakan itu dibuat berikutan artikel berkenaan ditulis, disiarkan tanpa fakta tepat serta menggunakan sumber maklumat yang diragui hingga menjejaskan nama baik pengarah itu serta keluarganya.  

Bagaimanapun, beliau menjelaskan tindakan itu boleh dielakkan jika pengarang dan wartawan akhbar tabloid (bukan terbitan kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)) itu menemuinya sekeluarga selain membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Sampai hari ini pun mereka belum datang bertemu kami. Yang datang sebelum ini pun cuma pegawai atasannya dengan membawa bersama surat permohonan maaf daripada syarikat penerbitannya. Akhbar itu pun sudah memohon maaf pada muka depannya, Khamis lalu dan menjelaskan apa yang berlaku. Tetapi, bagaimana pula dengan pengarang dan wartawan terbabit? Mereka yang sepatutnya bertanggungjawab tetapi sampai sekarang pun belum datang sini,” katanya pada sidang media di rumahnya, pagi semalam. 

Hadir sama bapa Yasmin, Ahmad Hashim dan adik bongsunya, Muzaffar Syah. Yasmin, 51, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 11.25 malam, 25 Julai lalu, dua hari selepas koma akibat serangan angin ahmar ketika bermesyuarat bersama pengurusan kanan Media Prima Berhad (MPB) di Sri Pentas, Bandar Utama.

Pada 27 Julai lalu, akhbar tabloid berkenaan menyiarkan artikel mendakwa mendedahkan identiti sebenar pengarah terkenal terkenal itu hingga mencetuskan kontroversi.

Inom berkata, isu itu tidak selesai selagi pengarang dan wartawan terbabit tidak menemui keluarganya bagi memberi penjelasan, selain memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan mereka dengan menggunakan semua saluran media di Malaysia.

“Ingin saya bertanya pada pengarang dan wartawan terbabit, apa nawaitu sebenar mereka menulis, seterusnya menyiarkan artikel berkenaan. Berapa pasti mereka setiap maklumat diperoleh itu tepat dan sahih. Mereka sedar ke tidak betapa besarnya impak artikel itu terhadap maruah Yasmin dan kami? Berani buat, berani bertanggungjawab. Mengapa mereka perlu takut bertemu saya, ayah Yasmin dan adik-beradiknya yang lain. Pengarang dan wartawan itu tahu ke apa yang sebenarnya berlaku… jangan pandai-pandai membuat andaian yang akhirnya mengelirukan orang ramai,” katanya.

Diminta mengulas lebih lanjut, beliau berkata, jantina anaknya tidak sepatutnya dijadikan isu kerana Allahyarham memang dilahirkan seorang wanita.

“Yasmin dilahirkan sebagai wanita, mengamalkan cara hidup wanita dan meninggal (dunia) sebagai wanita. Malah, semua dokumen mengenainya ada kami simpan, termasuk surat daripada Majlis Fatwa. Jadi, mengapa dan kenapa perkara ini dijadikan isu sensasi,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan mahkamah itu akan mengundang pandangan negatif masyarakat, seolah-olah beliau sekeluarga mengharapkan ganjaran, Inom berkata, apa yang diutamakan adalah menjaga nama baik Yasmin. [sumber]

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Keadaan Kesihatan Yasmin Ahmad Bertambah Buruk
  • Ifa Raziah Tuntut Ganti Rugi RM50 Ribu Dari Power Nest
  • Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Cheryl Samad dalam Drama Frontpage
  • Majalah 3 Paparkan Pewarisan Yasmin Ahmad Ahad Ini
  • Ifa Raziah Menang RM50,000 Kes Saman Fitnah
  • Jurey Saman Fitnah Melodi, Nas Ahmad
  • Filem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di Jogjayarta
  • Sekitar Pengebumian Pengarah Yasmin Ahmad
  • Gambar Sekitar Minum Petang Eh! 20 Yang Anggun di Butik Zang Toi
  • Majalah Sensasi Bertukar Selebriti, Saniboey Bersara dari Manja?



  • 12 Komen untuk entri “Artikel Kontroversi Yasmin Ahmad: Keluarga Nak Saman Editor & Wartawan”

    1. setuju kata:

      aku rasa memang patut pun..setiap perkara jangan memandai menulis suka hati.sepatutnya arwah dah takde wartawan tu kena berjumpa ahli keluarga dia tanya mereka kesahihan sesuatu perkara.ramai yg terkejut sampai hati akhbar buat tajuk macam tu.

    2. shhhh kata:

      saman jgn xsaman…ibunya yg melahirkan lbih tau sapa sbenarnya yasmin..jgn sesekali mengaibkan org lain…kpd kuarga arwah yasmin bykkn bersabar..semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

    3. MIMIY kata:

      saman jer,mmg ada sesetengah wartawan melampau kalau menulis artikel,ikut sedap tangan je nak tulis aper.yg pelik editor pun tk reti nak tapis apa anak buah tulis.kalau nak melariskan suratkhabar pun jgn la sampai mengaibkan orang.lgpun org tu dah tkda.tk bijak langsung…………

    4. mahadi abu kata:

      Wartawan yang tidak bertanggung jawab mesti disaman. Mereka ini tiada akhlak dan cari makan daripada kesusahan dan air mata orang lain, cari kesempatan pula. Banyak wartawan seperti itu, contoh kalau ada kematian…. adake tanya yang bukan2 dan pelik2…dah lah mereka itu kehilangan orang tersayang……..

    5. yanee kata:

      Wartawan takde akhlak??Biar betol!!

    6. obefiend kata:

      RIP yasmin,………screw the BS……….

    7. jijahi kata:

      wartawan o wartawan..jgn asyik tengok kat org ja..klu nk tunjuk hebat pun biar la kena cara nya..ingat semua org skrg x bole fikir ke..cam mana org yg di tuduh tu rasa..biar ler cm mn pun..nk cari mkn pun biar cara yg betoi..fikir2 fikir lah..

    8. adil kata:

      tak kisah la, yang pergi tetap akan pergi… tapi yang batil perlu diperbetulkan. kes transeksual dalam Islam memang amat ditegah dan dilaknat oleh Allah krn tidak redha apa yang Allah SWT ciptakan. teta[pi di Malaysia kes ini agak longgar dan bebas… seolah2 ia dihalalkan. sampaikan org VIP yang terlibat pun dilindung cukup2 supaya tidak mendapat cemuhan masyarakat. ini soal agama, bukanya soal peribadi. soal yg tertimbul adalah soal pengebumian…

    9. eddie kata:

      Apalah mak dia nieh…kata sejak dari kecil mmg si Yasmin wanita….mengamalkan hidup seperti…tapi nama bubuh jadi zulkiflie….cover album tahun 75 nama lelaki dan pakai baju lelaki…… .ada akai ker tarak akai……..hanya orang yg mandikan si Yasmin tuh ajek tau dia nie sebenarnya patut dikebumikan sebagai lelaki atau perempuan…..even kalau khunsa sekali pun ….alat kelamin yg dominant akan lebih terserlah. Yang Batil perlu diperbetulkan……….bukan dilupakan…….yg benar tetap benar …yg salah tetap salah….tak kira lah siapa.!!!!

    10. adil kata:

      aku pun tahu la… kesian tgk si arwah, aib dah terbongkar masa mati. knp isu ni tak kecoh masa dia hidup? takut ker? atau dia ni terlalu disanjung oleh masyarakat, hingga tak sampai hati nak membuka kelemahannya? bukan dia sahaja, ramai lagi artis2 lain yang melakukan bende terkutuk lain yang masih tak dikecoh2kan disebabkan masih lagi disanjung oleh masyarakat. contohnya isu botox, plastic surgery yg terang2 haram disisi Islam.. nak kecoh kesian, sebab dia seorang diva, ramai peminat.. nanti bila dah mati mula la kecoh2, tp time tu dah x guna kecoh2 sebab dah jadi arwah… al-fatiha kepada si arwah…

    11. sudah lah kata:

      apalah koang ni..jaga hal masing2… awak yg bercakap tu pandai sangat ker soal agama…tau lah mak dia yg menguruskan anak dia..dah cakap sekali hilang dah beban awak.. betul atau salah bukan korang yg tentukan…jangan aib kan lagi..cukuplah..dia dah meningal pon..asyik dengar org cakap buat apa…jaga diri n keluarga sendiri..jauh lg perjalanan banyak lagik yang belum kita tempuh..pk2 sendiri n anak2..mcm mana kalau2 konag or anak2 plak yg kene??? haaaa?? jawap

    12. mualaf kata:

      kepada ibu yasmin dan kaum kerabatnya…jika betol yasmin 2 memang dilahirkan seorang wanita saya sokong pihak wartawan yg berkenaan mesti di saman!ajar dia cukup2..tp jika sebaliknya……fikirlah sendiri….tak kesian ke arwah?jasad arwah mesti tidak tenteram…kesiankesian…hal2 mcm ni xblh di buat main!lebih2 lg arwah 2 seorang islam.so, kita kna ikut ajaran islam yg betol..upacara pengebumian yang betol.jika arwah memang lahir seorang pempoan mati pun tetap pempoan..kalu lelaki ikutlah cara lelaki..kesian tau arwah..jangan kerana arwah 2 glamour kita sanggup menegakkan benang yg basah..walauapapun al-Fatihah buat arwah.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK