in ,

Terlalu Setia dengan Kekasih, Nina Iskandar Sanggup Dipukul?

Rakan karib pelakon jelita Nina Iskandar telah membawa mulut mengenai Nina pernah dilihat berlebam di seluruh anggota tubuhnya. Rakan Nina yang hanya ingin dikenali sebagai Liza itu mengesyaki bahawa Nina dipukul dan diterajang oleh suaminya hanya kerana Nina bertegur dengan lelaki lain.

Bagaimanapun, apabila ditanya perihal sebenar kepada pelakon itu, Nina sering menidakkan dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa beliau sebenarnya terjatuh tangga dan mengalami kemalangan kecil. Namun, para peminat Nina Iskandar hendaklah bersabar kerana itulah pengorbanan watak lakonan Nina Iskandar dalam drama Andainya Takdir di slot Samarinda kelak.

Andainya Takdir

Andainya Takdir adalah sebuah drama bertemakan kekeluargaan dan kasih sayang 16 episod yang diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd di bawah arahan saudara Along Kamaludin. Drama ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi dan Adiba Yunus.

Menurut pengarah Andainya Takdir, saudara Along Kamaludin,

“Drama Andainya Takdir ini berbeza dengan drama-drama Samarinda lain kerana ia lebih bertemakan kekeluargaan. Gabungan pelakon-pelakon baharu dan lama serta perbezaan umur yang jauh juga merupakan tarikan drama ini. Terutamanya apabila kita tampilkan pelakon kanak-kanak hebat seperti Puteri Balqis untuk bergabung dengan pelakon handalan seperti Shukri Yahaya. Selain itu, kekuatan drama ini terletak pada jalan cerita itu sendiri yang idea asalnya daripada Dato A. Aida.

Pihak produksi menjaminkan drama 16 episod ini sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai kemanusiaan. Oleh itu, saya berharap agar drama ini menjadi pilihan para penonton untuk sepanjang bulan Ramadan ini.”

Drama Andainya Takdir ini mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Andainya Takdir

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

“Kerana anak, Fatihah bertahan dengan sikap ibu mertuanya yang kuat mengumpat dan suka membanding, hasad dengki iparnya dan sikap suami yang terlalu kuat cemburu hingga sering memukulnya. Ramadan itu, Fatihah berusaha untuk mengubah sikap mereka namun segalanya adalah TAKDIRNYA…”

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni? Saksikan drama bersiri yang penuh trajis Andainya Takdir setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di TV3 dalam slot Samarinda bermula 29 Mei 2017.

Andainya Takdir

Andainya Takdir

Andainya Takdir

Andainya Takdir

Andainya Takdir

Andainya Takdir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Soseh Soseh HARIAN METRO: Artis Jaja Kisah Cinta

Penghibur Popular Gamatkan Konsert 7117