Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Ana Raffali, Aizat, One Nation Emcee di Konsert Gegar Generasiku

TV1 SIAR KONSERT GEGAR GENERASIKU HIMPUNKAN ARTIS INDIE MALAYSIA

Pendekatan diambil pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam usaha mendekatkan golongan remaja dengan RTM pastinya meninggalkan impak yang bukan sedikit kesannya apatahlagi pendekatan dilakukan melibatkan aktiviti yang digemari dan menjadi ’kegilaan’ golongan ini dengan penganjuran Konsert Gegar Generasiku yang dilangsungkan rakamannya pada 1 November 2009 lalu.

Aizat

Estranged

Maximus

Anna Rafalli

One Nation Emcee

Diadakan bertempat di Padang Semarak Angkasapuri, Kuala Lumpur, Konsert Gegar Generasiku (Episod 1) disiarkan pada 6 Disember 2009 (Ahad), jam 8.30 malam di TV2 ini  ternyata menyokong usaha RTM menyahut seruan kerajaan dalam membantu mengurangkan kadar jenayah jalanan mat-mat rempit khasnya sebanyak 20 peratus pada penghujung tahun 2010 dengan mengambil langkah positif menerbitkan konsert ini.

Konsert diterbitkan Unit Hiburan TV RTM ini menjanjikan persembahan mantap dan bertenaga membariskan artis indie yang tampil menghiburkan penonton dengan lagu-lagu menarik yang kebanyakannya hasil karya ciptaan mereka sendiri termasuklah Pesawat (Mirage / Excuse Me), Maximus (Apa Mahumu / Jadikanlah Rahsia), Estranged (Ketika Ini / Yang Pernah / Masa), One Nation Emcee (Dendangkan / Raja Gelek / Boom Boom Pown), Paper Plane Pursuit (Lupakan Dunia / Revolution), Ana Raffali (Mekanika / Hujan Di Kuala Lumpur) dan Aizat & Band (Fikirlah / Kau Aku / Susun Silangkata).

Ternyata persembahan artis-artis indie Malaysia yang semakin diminati kini mendapat sambutan hangat buktinya dimana ramai pengunjung yang membanjiri Padang Semarak Angkasapuri. Malah mereka yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja ini begitu teruja untuk menyanyikan sama lagu-lagu popular artis-artis kesayangan mereka itu.

Pendekatan mengadakan konsert ini turut mendukung harapan RTM dalam usaha untuk ’meremajakan’ RTM menerusi program-program terbitannya sekaligus mencapai matlamat menjadikan stesen penyiar rasmi kerajaan ini disayangi dan digemari golongan muda. Malah mencetuskan persaingan  secara sihat dengan stesen TV swasta yang lain.

Penglibatan kumpulan-kumpulan dan pencipta serta penulis lirik indie yang sedang mencipta nama di negara kita yang mana antara mereka ada yang tidak dikenali di persada muzik mainstream tetapi popular di kalangan mereka pastinya mampu menghimpunkan kelompok peminat genre muzik ini menyaksikan persembahan mereka berhibur bersama sekaligus mengelakkan mereka terlibat dengan sebarang aktiviti yang tidak berfaedah.

Usah lepaskan peluang menonton Konsert Gegar Generasiku (Episod 1) disiarkan pada 6 Disember 2009 (Ahad), jam 8.30 malam di TV2 ini yang pastinya mengajak anda berkongsi detik-detik manis persembahan mereka dan menyanyikan sama lagu-lagu popular mereka sepanjang satu jam setengah siarannya ini. 

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • 10 Artis Indie Malaysia Gegarkan Konsert Gegar Generasiku
  • Karnival Sempena Konsert Gegar Generasiku
  • Gambar Pemenang Percutian SPA & Isitirehat BALI Tajaan Hotlink
  • Promo: Movie Day Out Bersama Aizat AF5
  • Video Aizat Nyanyi Lagu Kau dan Aku di Pelancaran Anugerah Skrin 09
  • Saleem, Kristal, Syura, Nowseeheart, Ash Nair, Anis Salwa di Konsert Gegar Olimpik
  • Gambar Aizat di Konsert Satu Suara di Istana Budaya
  • Kad Raya Dari Aizat Yang Kreatif
  • Poster Preview – Majlis Meraikan Peminat
  • Gambar Aizat di Majlis Pelancaran Album CTKD



  • 2 Komen untuk entri “Ana Raffali, Aizat, One Nation Emcee di Konsert Gegar Generasiku”

    1. Obefiend kata:

      god job ana

      good to see all those years singing on youtube paid off

    2. Lover kata:

      One nation emcees.. u guys roxxxxxx!!!! Mimi hot, Zydee Comel gile..Love u guys so much..muahh muahhh

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!