Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Akademi Nasyid Rancangan Realiti Nasyid Pertama Terbitan TV9

Sejajar dengan usia TV9 yang kedua pada bulan ini, kami di TV9 sentiasa mencari idea-idea baru atau konsep-konsep menarik yang boleh diketengahkan untuk penonton. Tidak dinafikan bahawa program pencarian bakat terutamanya dalam bidang nyanyian masih lagi popular masakini. Kita juga sering melihat rancangan-rancangan realiti dalam mencari penyanyi berbakat samada secara solo mahupun berkumpulan menerusi stesen-stesen televisyen lain. Kini, untuk kali pertamanya, TV9 akan menerbitkan sebuah rancangan realiti hiburan yang diberi nama Akademi Nasyid.

Menurut Ketua Pegawai Operasi TV9, Encik Bukhari Che Muda,

“Kelainan yang dibawa ini sesuai dengan imej TV9 sebagai sebuah stesen televisyen yang lebih menjurus kepada program-program Islamik serta menerapkan nilai-nilai murni kepada penonton. Malah, rancangan ini juga merupakan salah satu daripada hadiah ulangtahun kedua TV9 dan sebagai penghargaan kepada penonton yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.”

“Selama ini, banyak stesen mencari bakat hiburan bagi penyanyi-penyanyi yang boleh membawa lagu-lagu berbentuk pop rock, balada, etnik kreatif dan hip hop. Kami di TV9 ingin memberi ruang yang lebih luas kepada genre nasyid di mana nasyid juga adalah sesuatu yang universal. Akademi Nasyid akan menampakkan bahawa sesebuah nasyid itu bukan terbelenggu dengan muzik lama dan sempit, tetapi Akademi Nasyid akan memaparkan kepelbagaiannya, dari kontemporari ke puisi acapella dan sebagainya.  Yang diutamakan juga ialah mesej melalui lirik yang baik, kreatif, segar, menginsafkan dan memberi peringatan serta pengajaran. Saya percaya ramai anak-anak muda yang berbakat samada perseorangan atau kumpulan di luar sana menanti-nanti peluang ini dan saya menyeru mereka  tampil untuk menunjukkan bakat mereka dalam Akademi Nasyid di TV9″.

“Kami yakin rancangan realiti Akademi Nasyid ini pasti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton kerana dalam rancangan ini, kita dapat melahirkan ramai lagi bakat-bakat baru dalam muzik nasyid kontemporari yang berunsurkan ketuhanan dan kemanusiaan. Sekaligus dengan adanya rancangan ini, ia dapat mempopularkan lagi muzik nasyid di Malaysia.”

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai ujibakat Akademi Nasyid, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyertai sesi ujibakat yang telah dijadualkan yang akan berlangsung di enam lokasi yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama, roadshow juga diadakan sehari sebelum sesi ujibakat diadakan. Berikut adalah senarai roadshow dan sesi ujibakat.

Roadshow & Sesi Ujibakat

1.
2 Mei 2008
(Pasar Payang/Mydin/IPTA)  

3 Mei 2008
Primula Beach Resort, Kuala Terengganu

2. 
10 Mei 2008
(Plaza Angsana/Batu Pahat)  

11 Mei 2008
Selesa Hotel, Johor Bharu

3. 
17 Mei 2008
(Kompleks PKNS, UiTM, UKM, UIA)  

18 Mei 2008
Sri Pentas, Bandar Utama

4. 
24 Mei 2008
Kuantan  

25 Mei 2008
Vistana Hotel, Kuantan

5. 
30 Mei 2008
Alor Setar/Batu Kawan  

31 Mei 2008
Club Cinta Sayang, Sg.Petani

6. 
7 Jun 2008
Muar/Alor Gajah  

8 Jun 2008
Mahkota Hotel

Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada semua yang berminat samada secara solo mahupun berkumpulan dan harus menepati syarat-syarat penyertaan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Penyertaan secara solo atau berkumpulan (tidak melebihi lima orang satu kumpulan).
  3. Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada 31hb. Disember 2008.
  4. Penyertaan secara berkumpulan mestilah terdiri daripada kumpulan jantina yang sama.  (Kumpulan lelaki atau kumpulan perempuan).
  5. Kumpulan yang ingin mengambil bahagian mestilah bertaraf amatur dan kumpulan tersebut tidak pernah menandatangani kontrak rakaman album dengan mana-mana syarikat rakaman.
  6. Peserta dikehendaki hadir dengan ahli kumpulan masing-masing pada hari yang telah diiklankan di media cetak & elektronik.
  7. Peserta dikehendaki bersedia untuk diujibakat apabila diarahkan oleh pihak Penerbit.
  8. Segala perbelanjaan untuk menjalani ujibakat adalah atas tanggunggan sendiri. 
  9. Persembahan ujibakat adalah tertakluk kepada lagu pilihan ujibakat yang telah ditetapkan oleh pihak Penerbit.

Bagi kemudahan para peserta, tujuh buah lagu telah disediakan oleh pihak penerbitan iaitu :

  1. Intifada (Rabbani)
  2. Permata (Kopratasa) 
  3. Al-Iktiraf (Raihan)
  4. Permaidani (Aris),
  5. Doa (Rahimah Rahim)
  6. Sesungguhnya (Raihan)
  7. Berita Kepada Kawan (Akil Hayy)

Untuk melayakkan penyertaan ke Akademi Nasyid, peserta perlu melalui tiga peringkat ujibakat,  iaitu ujibakat peringkat 1, ujibakat peringkat 2 dan ujibakat akhir . Para peserta yang berjaya pada ujibakat akhir akan melayakkan diri ke Akademi Nasyid dan berpeluang untuk merebut gelaran juara serta hadiah wang tunai di samping hadiah-hadiah menarik yang lain.

Format rancangan Akademi Nasyid yang merangkumi 11 episod akan menyaksikan penyingkiran peserta pada minggu-minggu yang telah ditetapkan oleh penerbit menjadikan pertandingan ini lebih mendebarkan. Hanya empat peserta/kumpulan yang akan melayakkan diri untuk merebut gelaran juara Akademi Nasyid pada minggu terakhir. Tema-tema juga telah dipilih untuk setiap minggu bagi program realiti ini seperti lagu popular nasyid, lagu nasyid 70an, nasyid kontemporari, munajat dan acapella. Tema-tema ini merupakan cabaran-cabaran mingguan yang perlu dilalui oleh peserta.

Juri-juri yang terlibat dalam sesi ujibakat ini adalah terdiri daripada ahli-ahli kumpulan nasyid seperti Yusof Kopratasa, Rabbani, Raihan dan Hijjaz serta penyanyi-penyanyi solo popular yang membawa lagu-lagu pop, rock dan puisi.

Rancangan realiti Akademi Nasyid ini diketuai oleh Fadzliniza Haji Zakaria selaku penerbit eksekutif serta Azman Abdul Ghafar selaku penerbit, dibantu oleh Fauzana Ainud-din, Shukrin Farahida, Mohd. Azmy Rosly, Zalie Salim Bachik dan Haji Adnan Suhaimi.

Technorati Tags: , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Profile Kumpulan Nasyid All One
  • Gossip Penyanyi Rock Selalu Tergoda Menggoda
  • KOLEKSI NASYID PUJI-PUJIAN
  • NAZREY KAWIN LAGI?
  • Sekitar Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2
  • Laman Website Muslim Voice www.muslimvoice.my
  • PROFILE THEWANS
  • Gambar Ina Naim dan Suhaimi di Majlis Pertunangan
  • Nazrey Johani Album Nasyid Nostalgia Memori The Zikr
  • Bienda, Raihan, Hafiz Hamidun Dalam Sirahmu Di Aidiladha



  • 10 Komen untuk entri “Akademi Nasyid Rancangan Realiti Nasyid Pertama Terbitan TV9”

    1. obefiend kata:

      i have strong suspicion that this reality tv will be just as bad as the others. draping ISLAM over a singing competition is just wrong!

    2. afza kata:

      Dekati dan Dampingilah ISLAM dalam apa jua sekali pun.
      DEKAT DI HATI

    3. amaanina kata:

      salam..bagus kalu nk buat akademi nasyid..tp biar la muslimin je..rasenya muslimat dok perlu..

    4. zaidulkhair kata:

      assalamualaikum..kami sangat menyokong apa yang baik untuk ISLAM. harap segala yang buruk di tv9 dapat di pertimbang dan dimansuhkan supaya tv9 lebih dekat di hati..

    5. Anoynomous kata:

      salam..agree with amaanina…klu niat betul bknnya krn keuntungan semata2, Insya-Allah rancangan nie akan berjaya selaras ngn objektifnya. Amin.

    6. niqob girl kata:

      tahniah lah kepada siapa yang jayakan program akedemi nasyid ni memberi peluang peminat2 nasyid kembangkan bakatnya , dan tidak memandang sepi industri nasyid..dan dapat pertengahkan ke industri muzik.. semoga dapat lahirkan ramai penasyid 2 di malaisia… NASYID UNTUK SEMUA

    7. iera kata:

      salam..
      Anoynomous..
      u r rite..
      sy stju dgn hujah yg anda brikan..smoga niat dan tjuan program akademi nasyid ini brkonsepkan hukum islam..AKADEMI NASYID AMAT SESUAI UNTUK PARA REMAJA…
      tdak untuk mndapatkan keuntngan..smoga tv9 terus maju dan mmberi banyak kbaikan dan bermanfaat kpd kaum agama islam kita.. DEKAT DI HATI..

    8. pija kata:

      assalamualaikum….sy cuma nak bg pndangan ,nape sesi uji bakat akademi nasyid ni x di buat ke seluruh tempat..ipoh ke KL ke n lain2 tempat lg..x di nafikan sy pon berminat nak menyertai sesi uji bakat nie..tp apa kan daya tmpat yg di buat semua nye jauh2..emmm k wsalam..

    9. pooh kata:

      salam….sy setuju dgn rancangan spt ini kerana ia dpt mengembalikan kegemilangan nasyid selain berhibur kt berdakwah..

    10. koled kata:

      Assalamualaikum wbt.Sy sgt bersetuju dgn program akademi nasyid ni diadakan.Melalui program sedemikian sedikit sebanyak dpt mempelbagaikan konsep nasyid pd khususnya dan secara amnya dpt menyampaikan dakwah melalui lagu.Di sini juga saya berharap program seperti ini terus dikekalkan dan sesi roadshow serta ujibakat diperluaskan di seluruh rantau semenjung Malaysia serta termasuk Sabah Sarawak.Demikian juga,semoga program ini mencapai matlamat serta setaraf dari segi kualiti dgn lain2 program realiti tv mahupun penerimaan penonton…..Majulah nasyid seiring dakwah Islamiah!!!

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:












    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK