in , , ,

Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Pulang Ke Australia Untuk Urusan Melahirkan Anak

Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza mengambil keputusan untuk menyambung kelahiran cahaya mata pertama mereka di Perth, Australia.

Pasangan pelakon popular Aiman Hakim Ridza dan isterinya Zahirah Macwilson kini telah berangkat ke Perth, Australia untuk urusan bersalin anak sulung mereka. Menurut pasangan terbabit, mereka bakal kembali semula ke Malaysia pada tahun hadapan. Kandungan pelakon filem Bulan dan Pria Terhebat itu kini sudah mencecah tujuh bulan dan dijangka bersalin pada Disember depan.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh mereka menerusi perkongsian di laman Instagram.

Aiman Hakim & Zahirah Macwilson Pulang Ke Australia Untuk Melahirkan Anak

“Selepas tidak tidur malam… Jumpa kalian tahun hadapan. Kami sayang kalian, terima kasih atas doa-doanya. Insya-Allah kami akan balik bertiga nanti.”

See you next year, Malaysia. We love you guys, terima kasih atas semua doa yang baik-baik. Insya-Allah bila kami pulang, akan bertiga,”

– AIMAN HAKIM & ZAHIRAH
Aiman Hakim & Zahirah Macwilson Pulang Ke Australia Untuk Melahirkan Anak

Terdahulu, Zahirah yang dijangka bakal bersalin pada Disember ini dilihat turut berkongsi perkembangan mereka yang khabarnya sedang sibuk mengemas barangan keperluan bayi untuk dibawa ke Australia.

“Di waktu Covid-19 sekarang ini banyak betul dugaan yang mereka lalui untuk pulang ke Perth. Syukur Alhamdulillah, Allah telah perkenankan doa-doa kami supaya urusan anak-anak kami dipermudahkan.

“Sekarang, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Saya sangat bersyukur kepada Allah. Semoga penerbangan kak dan Aiman dalam keadaan selamat.

“Kita akan berjumpa awak selepas dua minggu awak menjalani kuarantin. Love you guys so much. #cantwaittoseeyou,”

– Maslinda
Aiman Hakim & Zahirah Macwilson Pulang Ke Australia Untuk Melahirkan Anak

Dalam pada itu, pelakon Zainol MacWilson berharap semua orang mendoakan keselamatan anak, cucu dan menantunya

“Pagi tadi, Zahirah, cucu saya dan Aiman dah pun berangkat pulang ke Perth. Papa doakan semoga kakak serta cucu papa dan menantu selamat sampai.

“Mohon sama-sama kita doakan keselamatan mereka agar dilindungi Allah sepanjang masa… aamiin,” ujarnya.

– Zainol MacWilson

Zahirah mendirikan rumah tangga dengan Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza Abdoh, 31, pada 8 Jun tahun lalu.

Terdahulu pada tahun 2019, kedua-dua mereka juga telah selamat mengikat tali pertunangan dalam majlis ringkas yang diadakan di Perth, Australia yang disaksikan keluarga Zahirah.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Syamsul Yusof Kasi Tawaran RM10,000 Jika Grab Jumpa Lelaki Ini

Kesemua Model iPhone 12 Melepasi SIRIM, Termasuklah Pengecas Magsafe